9

1.4K 69 4
                                    

VOTE. tengtyu. and SHOPEE BABI


Dhiya diam menonton The Conjuring 2. Salah satu filem yang selalu dia ulang tayang dan ulang tonton. Badannya tegak cuba menahan berak mahu menonton sehingga babak akhir. Apabila sudah habis menonton babak berkenaan, baru lah dia bangun mencapai iPhone dan mencapai tuala kecil sebelum hilang ke bilik air. Pintu memang biar buka kerana Joro akan mencakar jika dia melepaskan hajat seorang diri.

Dia mengerling Joro yang berlenggang masuk sebelum matanya kembali pada Safari di iPhone. Sambil tenang duduk di mangkuk tandas, jemarinya menaip "where is janet hodgson now". "Joro, lama dah aku tengok citer tu baru nak amik tahu budak tu hidup lagi ke tak." Segera dia menekan hasil carian pertama yang keluar. "Oh dah mati." Dia pun membaca epitaph seorang Janet Hudgson.

Joro sudah bersenang lenang di dalam seluar Dhiya yang berada di antara dua kaki keding itu yang berselipar. Ini memang tempat kegemarannya sebagai seekor kucing. Rasa begitu dekat dengan tuannya di setiap kali masa yang intimate begini. Tuan dia pun dah biasa tengok dia berak, begitu lah juga dia.

"Marquis of snakes."

Joro pandang mummy gila yang bersuara tiba-tiba di tengah diam pembacaan tadi.

Dhiya tunduk memandang Joro yang mendongak. "Valak tu kan marquis of snakes. Macam Zill Family kan marquis. Jadi Zill Family tu marquis of apa?" Dia angkat kepala memandang dinding bilik air dengan iPhone masih di tangan. Berfikir. "Nobles? Lords? Confirm la bukan bourgeoisie even phrase tu dengar vogue sekali pun, kan? Dorang kaya gila kot sampai tak masuk carta orang terkaya dunia sebab Zill Family kan memang bukan golongan population." Diam. "Hmm." Dia memandang iPhone mencari hasil carian yang lain pula.

"Ha behind the scenes aku tak pernah tengok lagi, Joro." Dia tekan hasil carian berkenaan yang terus pergi ke aplikasi YouTube. Dia meletakkan iPhone di sandaran dinding. Kemudian, dia memandang dinding hadapannya. "Oh shit, Joro. Aku sembelit. Ss."

Joro buat pekak saja dengan mata pejam dia berlingkar di dalam seluar Dhiya walaupun badannya terlampau besar sehingga menggelebeh keluar. Dhiya berbunyi bersedia untuk rectum high contraction. Ruang itu pula bising dengan suara dan bunyi rakaman behind the scenes of The Conjuring 2.

Best gila duduk sorang. Nak bogel dalam rumah pun boleh.

❦❦


Dhiya berjalan sambil matanya lekat pada skrin iPhone. Menatal dan menatal membaca segala ciapan sambil lalu. Di belakang badan, bukan beg sandang Vivobook tetapi beg sandang lutsinar cat carrier.

I took ADHD meds for the first time in my life today.

It's been one hour. I have finished a whole slide. I have not looked away from my computer. I had to FORCE myself to take a break.

IS THIS WHAT IT IS LIKE FOR YOU PEOPLE???????????

You mean to tell me (neurotypical) people CAN just sit and do work for hours at end? Without impulsively deciding to clean the floor and do laundry and google "how does rat population control work?"???????

"Huh." Dhiya berbunyi sinis (scoff) di sebalik topeng muka. Dia membaca segala komen yang ada sambil lagi sekali, tanpa memandang keliling dia melabuhkan duduk di bangku yang kosong. Dia membuka cat carrier Joro dan bersuara kepada Joro dengan matanya jegil memandang kucing itu. "Kau jalan-jalan je makan rumput. Jangan ngecek McD ke KFC ke dekat orang. Tak masal-masal aku kena kutuk dekat group komuniti ei kau ni."

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now