surat Dhiya

987 56 3
                                    

Salam, Adira.

Saya Dhiya.

Maaf mengganggu sebab mesej secara tiba-tiba macam ni. Mungkin di waktu yang tak sesuai atau apa-apa, saya minta maaf, ya. Saya cuma hendak tahu apa khabar Asfa sekarang? Apa yang jadi pada dia sebenarnya?

Terlebih dulu dan lagi sekali, saya memohon maaf. Saya tidak bermaksud untuk berbunyi panjang lebar, tetapi jika itu yang jadi pada emel ini, saya minta maaf. Minta maaf sangat-sangat sebab mengambil masa awak. Dan minta maaf sangat-sangat sebab muncul tiba-tiba macam ni... selepas bertahun-tahun. Minta maaf sangat-sangat sebab perkara peribadi timbul di barisan emel kerja awak. Saya minta maaf jika serupa biadab. Saya minta maaf.

Tapi...

Saya rasa saya berhak untuk berperilaku macam tu selama ni. Dan ada masa saya rasa saya tak berhak maka saya rasa bersalah. Mungkin kesemua itu memang apa yang saya patut rasa. Saya harap awak boleh faham keadaan saya. Saya minta maaf, Adira.

Saya tahu Asfa sakit apa sekarang, malah selama bertahun-tahun ini saya tahu.

Saya ingat lagi perbualan kita di hari pertama kali saya jumpa awak di rumah keluarga Asfa. Saya bangkitkan mengenai OCD. Dan awak menceritakan semua yang berat kepada saya. Bagaimana Asfa cuba untuk suicide berkali-kali. Selepas kematian mama kandung awak. Bagaimana Asfa benci akan perempuan. Bagaimana awak yakinkan bahawa saya ni... satu-satunya serupa hantaran Tuhan untuk abang awak. Untuk Asfa. Saya masih ingat kesemua akar untuk kedalaman kekurangan Asfa yang awak ceritakan. Dan saya terima. Saya sangat terima. Kerana itu yang awak tekankan kepada saya, berkali-kali, Adira. Berkali-kali. Membuatkan saya kian jatuh cinta kepada Asfa berkali-kali juga. Maka saya sanggupkan diri saya. Berkali-kali.

Sebab saya memang dah cintakan dia. Dan awak yakin kan lagi. Membuatkan saya taktahu dah saya cintakan dia atau saya dahagakan dia.

Kenapa awak tak ceritakan yang sebenarnya kepada saya?

Saya sangat cintakan Asfa. Saya sangat cintakan abang awak. Tetapi selepas semua yang terjadi, walaupun sudah bertahun-tahun, sedekad... saya masih tertanya-tanya. Apa tujuan sebenar awak tidak membuka mengenai BPD Asfa kepada saya?

Selama bertahun-tahun ini, saya baca dan baca mengenai BPD. Mungkin tidak cukup dan tidak dalam fahaman saya berbanding dengan apa yang awak faham dan doktor peribadi Asfa faham. Walaupun bahan rujukan saya hanya lah artikel di Google dan buku-buku, tetapi saya masih tidak dapat jawapan sebab sebenar kenapa awak tidak ceritakan mengenai BPD Asfa kepada saya.

Bagaimana jika kami benar-benar jadi mendirikan rumah tangga di waktu itu? Adakah Asfa akan benar-benar sembuh dan benar-benar boleh bahagia dengan saya? Adakah itu yang awak dan doktor peribadi Asfa jangka dan ramalkan? Atau lebih teruk, Adira... seperti yang saya fikir malah mimpi ngeri setiap malam untuk bertahun-tahun ini, adakah awak semata gunakan saya untuk Asfa semata terus sihat dan bahagia macam tu? Itu ke yang awak fikirkan? Itu ke tujuan awak pujuk dan usik kami berdua sampai saya jatuh hati berkali-kali kepada Asfa?

Saya mati, Adira. Saya dah mati.

Jika itu tujuan awak, sungguh kah awak tega dan sanggup tengok abang awak bahagia dengan saya macam tu? Adakah itu kebahagiaan yang sebenar pada pandangan awak sebagai pakar dalam bidang sakit mental macam ni, untuk pesakit-pesakit awak? Untuk terus bagi mereka harapan dan realiti palsu? Untuk terus buat mereka hidup di dalam penipuan? Bukan takdir dan benar-benar faham dan terima keadaan sendiri? Pada awak, Asfa bahagia dengan saya bermakna dia sihat? Walaupun awak lebih tahu daripada awal, bagaimana keadaan dia. Apa yang akan trigger dia. Apa yang akan lebih suap ke dalam keadaan sakit dia?

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now