12

1.6K 79 7
                                    

VOTE k asyeh


Dhiya melihat Adira yang baru tersedar keberadaannya di sini dahulu. Perempuan itu memandangnya sebelum berhenti di kaunter pembayaran. Entah apa yang disampaikan sebelum perempuan itu menuju ke meja dia menunggu.

Dia diam menunggu Adira menyelesaikan semua; tarik kerusi, meletakkan beg besar di kerusi kosong, menuang hand sanitizer, bla bla. Dan baru lah perempuan itu memandangnya dengan topeng muka masih tidak dicabut. Dia tunduk menghirup ice lemon tea sekaligus memberi peluang kepada pelayan meletakkan segelas jus buah di hadapan Adira.

Diam dia memandang Adira yang tunduk menghirup jus. Adira tidak langsung berbunyi lagi. Entah kenapa. Mungkin kerana perempuan itu dahaga. Jadi dia memberi ruang dan menunggu. Saat mata mereka dua bertemu, masing-masing diam menelaah apa yang ada di dalam kepala dan hati masing-masing.

Hmm. Dhiya menarik nafas dan bertindak dahulu.

"Asfa tahu tak awak jumpa saya?"

Adira senyum tawar begitu tanpa rasa dan menggeleng saja dengan mata tunduk memandang gelas. "Dia sibuk kerja."

Dhiya diam mendengar itu. Dia melihat jam. Sudah 6 petang. Berlama-lama nanti makin menyusahkan pula. Dia tahu Adira sudah berkahwin dan seorang yang sangat sibuk. Jadi dia terus ke perihal utama yakni kehendaknya. Kerana kehendaknya itu lah mereka akhirnya berjumpa. "Ceritakan pada saya, Adira. Saya nak tahu."

Adira diam memandang Dhiya yang langsung tidak kelihatan tidak pasti. Kepastian dan keteguhan perempuan itu membuatkan pertanyaanya keluar terus tidak sempat ditahan. "Awak dah sedia ke?"

Kening Dhiya berkerut. "Sedia untuk apa?"

Adira mencari kata. "Ini... diri Asfa yang sebenar."

Kening Dhiya kian berkerut selari tubuhnya kian ke hadapan juga. "Kenapa awak cakap macam tu? Awak risau saya akan terus berambus tak kisah kan dia so nanti awak risau dia gila balik?"

Adira terdiam.

Dhiya merengus sebelum pandangannya lari ke tepi, cuba bertenang. Hampir seminit, baru lah dia memandang Adira kembali. "Sorry, saya sekarang memang selalu kurang ajar. Just... can we get straight to the point? Saya nak tahu. Boleh tak awak just bagitahu? The other things could we sort out after?"

Adira diam memandang meja dan mengangguk sahaja. Dhiya menghela nafas dan sabar menunggu.

"Saya... taktahu nak cerita bermula dari mana."

Dhiya memotong. "Dia putuskan segalanya dengan saya sebab cakap ayah tak restu. Ibu ayah korang tak restu. Dia ada mention itu tak pada awak? Parents ada masuk campur ke?"

Kening Adira berkerut cuba mengingat. "I think?" Dia memandang tepi gigih menggali memori. Dia menggelengkan kepala mematikan sahaja daripada terus cuba mengingat sebelum memandang Dhiya. "Apa yang dia cakap pulak dia nak selamatkan awak."

Dhiya diam sebelum tersenyum sinis jelas sangat mengejek.

Adira segera mencelah. "Please stop doing that, Dhiya." Dia pandang rayu akan wajah Dhiya yang memandangnya. "Saya tahu saya sekeluarga salah. Salah pada awak. Salah pada keluarga awak. Tapi pasal Abang As ni— Ya Allah." Dia mula memicit-micit dahi. "Awak tak hidup dengan Asfa sebagai ahli keluarga dia, Dhiya. Itu perbezaan kita."

"...cik jangan selalu ingat cik betul, ya?"

Suara perempuan tinggi itu di taman apartment nya di tahun lepas serta-merta kedengaran di dalam kepala.

Tanpa suara, Dhiya diam memandang gelas minuman sendiri. Adira yang merasa bersalah, malas hendak bersuara berlengah lagi. Jadi dia terus menceritakan. Segala-galanya.

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now