2

2.3K 114 8
                                    


tanak baca takpe tapi vote je 🥰




Asfa kaku di dalam berdiri. Matanya lama tidak berkelip memerhati keadaan tubuh itu. Yang bersandar. Yang sedang menaip. Yang sedang berkerut kening. Begitu fokus. Begitu hilang di dalam dunia sendiri. Begitu tidak mahu membuat silap.

Dia kenal. Dia masih ingat.

Itu lah Dhiya.

Dia terlebih daripada faham akan minat Dhiya terhadap penulisan. Lebih tepat lagi, bukan terhadap penulisan. Tetapi minat Dhiya terhadap isu-isu sensitif yang perempuan itu begitu suka mendedahkan dan mengongsikan di dalam satu cara saja yang perempuan itu jumpa, yakni penulisan. Dhiya memang suka mengambil tahu. Kerana perempuan itu sentiasa ingin tahu. Ingin tahu lebih dan lebih lagi mengenai kehidupan. Dhiya suka berkongsi dengannya. Malah Dhiya lebih suka berkongsi bersama pembacanya yang lain yang memang majoritinya adalah perempuan. Bertahun-tahun, dia membaca isi penulisan Dhiya. Bertahun-tahun juga, Dhiya bertanya itu dan ini malah menjawab itu dan ini ketika bersamanya dahulu. Bertahun-tahun, dia melihat kecerdikan dan ketangkasan Dhiya. Dhiya tersangat suka belajar.

Niat Dhiya hanya satu.

Supaya tiada lagi perempuan yang berada di tempat dia.

Asfa menarik nafas panjang sebelum perlahan dia melabuhkan duduk di bangku yang berhampiran. Dia tunduk memandang jemari sendiri yang saling bertaut bertongkatkan siku di atas kedua kepala lutut. Matanya pejam menyusun nafas cuba membina tenang dan mencari tujuan di dalam diri.

Dia sudah nampak Dhiya. Dan sekarang, apa?

Matanya kembali mengintai keberadaan Dhiya.

Perempuan itu masih menaip. Kemudian, pergerakan itu terhenti. Raut yang bebas tanpa topeng muka itu kelihatan semakin berkerut dengan sepasang mata yang tidak lari daripada skrin komputer riba. Sebelum wajah itu meninggalkan skrin dan termenung keras memandang hadapan, ke arah redup dan teduhan pepokok. Jemari kecil itu bergerak-gerak mengetuk cursor. Tubuh itu kelihatan kabut. Kepala yang bertudung itu mula menggeleng-geleng sebelum laju kembali menatap skrin komputer riba.

Asfa tunduk. Selari air matanya mengalir. Dia pejamkan mata dan melepaskan nafas perlahan. Dikesat bawah mata dengan diri yang masih terbongkok begini.

Sekarang apa, Ya Tuhan?

Dia memandang Dhiya yang mencapai iPhone. Dia nampak Dhiya tergelak kecil. Menjadikan keningnya berkerut keras kembali.

Aslah.

Dhiya masih berhubung dengan lelaki tu ke? Dorang masih bersama ke? Dengar cerita dari mak Dhiya, dorang dah tadek apa-apa. Aslah kan dah jumpa jodoh dia keluarga dia kasi atur?

Sekejap sahaja gembira Dhiya yang dia dapat lihat. Sebelum wajah dan tubuh itu kembali keras dan garang di dalam kerja.

Asfa tunduk kembali. Matanya pejam menahan air mata sekaligus menahan tangis.

Dhiya si baby pendeknya seperti sudah hilang.

Dhiya sudah menjadi seorang perempuan yang sebenar-benarnya perempuan kini. Airis Dhiya kelihatan kuat dan tangkas. Airis Dhiya kelihatan begitu fokus dan berpegang. Airis Dhiya kelihatan tetap dan tidak berubah-ubah.

Setelah bertahun-tahun, Dhiya akhirnya kelihatan di dalam jaya.

Kau fikir apa, As? Kau ingat Dhiya akan jadi bengong macam kau ke pikir pasal korang dua tak habis-habis? Dhiya tu perempuan kau. Satu-satunya perempuan yang kau maktubkan. Mesti lah dia kuat. Malah dia lebih kuat daripada kau sekarang ni. Semuanya sebab kau. Kau!

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now