8

1.4K 67 3
                                    

VOTE! hehe



"Imran, moh sahur. Ayah dah panas lauk."

Asfa memandang Imran dan Azri yang sama-sama sekejap senget ke kanan sekejap senget ke kiri di depan kaca TV begitu fokus bermain PlayStations. Dia menggelengkan kepala dengan perangai budak berdua itu. Sambil itu dia berdiri menelan empat biji ubat miliknya sekali harung. Dia mencapai potongan daging bakar yang panas berasap sebelum dingap masuk mulut. Kemudian, dia bergerak meletakkan nasi ke dalam pinggan mereka bertiga.

"Hoi, Azri kentit."

Terus bulat mata Azri memandang Asfa.

"Ko stop main. Bawak Imran sahur sini."

Dengan kening berkerut dan mulut muncung, Azri menekan butang pause. Imran sudah berlari ke meja makan sebelum menempatkan diri di sebelah kanan Asfa. Asfa senyum kepada Imran sebelum matanya menjeling Azri.

"Aku dah macam mak-mak. Ingat aku ni cikaro ke duk panggil susah sangat nak sahur."

Azri mencebik kepada Asfa. Mulut masih muncung walaupun begitu tangan sudah panjang mengaut sesudu daging bakar ke pinggan sendiri. "Jangan ah panggil kentit. Aku mana ada natang tu."

Imran memandang Asfa dan Azri sambil dia menyuap nasi. Dengan mulut penuh dia bertanya. "Kentit tu apa?"

Asfa mendekatkan sup ayam kepada Imran. "Makan dengan lauk la. Apa makan nasi kosong gitu." Apabila Imran terus mencapai sudu sup, baru lah dia bersuara. "Imran laki. Imran ada belalai, kan? Ha perempuan ada kentit."

Azri menggeleng-gelengkan kepala. "Habis lah Imran besar nanti dapat kepala sama macam kau. Mampes."

Asfa ketawa sambil mengunyah nasi. "Mantul apa. Celik macam aku. Jangan gampang macam kau. Modified exhaust motor kereta habis bunyi macam bangang. Patut spesies korang kasi kumpul satu taman ha biar rasa jadi taman bodoh bangang. Bawak kereta brawl satu line sampai kiamat. Ha apa apa?" Dagunya angkat-angkat memandang Azri yang mahu membalas. Azri diam terus suap nasi. Dia menyambung lagi sambil mengunyah. "Cukup la Dhiya kasi aku stres lagu tu toksah la tambah."

"Dhiya memang gitu eh? Sebab dia pendek kot."

Ketawanya keluar. "Kena tepat. Ya, sebab pendek. Semua benda lencong ke lain. Bawak kereta memang kau kena sabar kalau tumpang dia."

Azri memandang Asfa. "Ko memang dah tadek apa-apa eh bila Dhiya masuk dalam kepala? Borak ke, tidur ke, tengok jam teringat ke dia ke? Dah tadek apa dah?" Dia tahu kerana dia lihat sendiri tetapi pada dia, masih sukar untuk dia menerima fakta itu. Abang As sembuh! Dhiya dah tadek makna! Akhirnya! Itu lah berita gembira yang paling gembira! Tambah-tambah pula di bulan mulia begini! Tetapi dia adalah dia. Azri yang sentiasa tidak betah. Maka, dia bertanya.

Asfa sengih sinis senget mulutnya memandang Azri. Suapan juga sudah terhenti. Dia pandang raut Azri yang menyeringai tunjuk gigi teragak-agak. "Tch." Dia berbunyi sinis begitu sekali sebelum suapan diteruskan. "Tadek. Kau tunjuk goyang gini, tu buat panas. Boleh potong dah kot, Ri." Dia memaksudkan 'anu'. Sebelum menambah lagi sambil mengunyah dengan matanya tidak berkelip selamba kekal pada Azri. "Gentle? (Deal?)"

Azri angguk sekali sebelum terus tunduk menghabiskan sahur. Imran tahan gelak di dalam dia mengunyah ayam. Asfa menyudahkan suapan akhir sebelum bangun bersama pinggan menuju ke dapur. Jamil yang diam menikmati ayam pemberian Imran tadi terus berlenggang berlari terkedek-kedek mengekori buntut Asfa. Nak wetfood nak wetfood nak wetfood.

"Padan muka. Imran cakap dah ayah dah baik. Pakcik yang penakut. Buuuu tak malu ada belalai tapi takut."

Azri menjeling muka sengih Imran yang ketara sangat menganjing dia.

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now