7

1.7K 79 4
                                    

VOTE. tekan je simbol star tu.



18 bulan kemudian...

"Kau dah dekat sini, Dhiya. Come on. Come on. Come on!"

Zahrin berkerut memandang Dhiya yang berlari pecut memanjat tangga yang ada. Tidak menunggu terus dia menjerit panggil. "Oi perempuan bocah! Kau jangan nak mandai!"

Dhiya tidak mendengar. Dia terus panjat dan panjat tangga yang ada. Panjat panjat panjat panjat. Suara itu saja yang wujud di dalam kepala. Diindahkan lagi oleh bunyi cengkerik pagi. Orang kata pagi-pagi serangga berbunyi sebab dorang tengah mengawan. PANJAT PANJAT PANJAT PANJAT. Dah lepas 4 km. Dah lepas Layang-layang Hut. Dah lepas 10km. Dah lepas Panalaban (Laban Rata Base Camp). Jadi, Dhiya! PANJAT PANJAT PANJAT PANJAT. Semakin dia memanjat, semakin suara itu kedengaran kuat. Sehingga kan dia tidak sedar dia meninggalkan Zahrin jauh di belakang.

"Mana la pulak jantan ni. Zahrin!!!!" Dia melaung saja tidak kisah sudah akan keadaan sekeliling. Dia ke hulu hilir cuba mengintai tangga dan laluan tanah yang ada, berkemungkinan Zahrin bermain-main dengannya. Kian laju kakinya bergerak mundar-mandir serupa tidak terkawal, sehingga terlanggar dada seseorang. Rata, tadek bukit. Sudah, aku langgar jantan. Segera dia tolak dada keras ini ke belakang. Dia mendongak sebelum tidak sampai sesaat, matanya bulat dan dalam kepalanya bercelaru dengan dengungan bising.

"Dhiya!"

Suara Zahrin kedengaran sayup melaung sebelum dia pengsan.



"Bro, awek lu dah bangun."

Zahrin segera ke hadapan muka Dhiya yang terbaring.

Dhiya terus tolak muka Zahrin ke sana sebelum dia picit pangkal hidungnya di antara dua mata. Kepalanya masih ada sisa berdenyut tetapi tidak sekuat dering gema yang dia alami sebelum pitam tadi. Dia bergerak bangun duduk dengan kepala yang ditekan di atas silangan kedua lengan.

"Kau okay tak?" Zahrin bersuara hati-hati.

Dhiya tidak menjawab. Dia di dalam ketidakberanian untuk mengangkat muka. Apabila dirasakan sudah agak lama begitu, ditambah pula rasa kasihannya terhadap Zahrin yang tidak tahu hendak berbuat apa dah macam mati bini je suara jantan tu, maka dia timbulkan sepasang matanya dulu. Mahu mengintai kemungkinan lelaki tadi masih ada.

Takde!

Terus kepalanya tegak memandang keliling.

Zahrin pelik dengan perilaku Dhiya yang memusingkan kepalanya 180 darjah di hadapan sebelum 180 darjah di belakang. "Kau cari apa? Aku ada depan mata kau ni ha."

Dhiya bengong. Mulutnya ternganga tidak tahu mahu menyuarakan apa. Dia pandang muka Zahrin yang berkerut seribu sebelum matanya memerhati satu persatu muka-muka yang berada di sekitar mereka. Tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Semuanya manusia yang tidak pernah dia kenali. Yang penting, tiada langsung tanda-tanda yang lelaki tadi benar-benar wujud di atas gunung ini di masa ini di hari ini di depan badannya ini seperti tadi. Keningnya berkerut.

Aku halusinasi balik ke? Aku dah sembuh la dari Asfa syndrome tu!

Zahrin menggelengkan kepala dengan kebisuan tenuk yang diberi Dhiya. "Bongok la kau ni. Masa atas gunung ni juga kau nak bagi aku heart attack. Aku cakap tunggu aku, tunggu la dulu. Nasib baik aku ni kaki gym, boleh kejar kau dalam kurang seminit. Dan-dan aku sampai, aku tengok kau pengsan kat sorang lengan jantan tu. Aku jerit nama kau tengok-tengok kau dah tak sedar apa dah." Dia pandang mata Dhiya yang bertanya. Kepalanya geleng dengan helaan nafas lega. "Tak. Kau tak sawan. Kau dah biasa hiking so aku rasa emotion tsunami kau tak serang sangat. Tapi yang penting, kau pengsan masa aku tadek. Jantan tu pulak nasib gentle je dia baik hati tolong baringkan kau. Dia terus gerak turun bila aku cakap aku member kau siap tunjuk gambar kita dua lagi punya dia ingat kau tadek penjaga. Tu lah kau kena sedar kau tu perempuan biar lah penah angkat dumbbell pun."

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now