3

2K 94 6
                                    




i will not putus asa. nak cakap jugak. just vote hehe





"Lah."

Aslah memandang sepupunya yang berdiri di muka pintu. Nizam mengangkat kening. Dia mengangkat dagu sahaja. Tidak pandang akan Nizam yang bergerak ke sisinya turut melepak di anak tangga, matanya hanya kembali memandang hadapan. Ke arah jalan kampung yang sunyi malam ada kala dicemari bunyi-bunyi motor rempit anak muda.

"Anak-anak tidur dah?"

Nizam mengangguk saja. Dia pandang sisi wajah Aslah. Sudah bertahun rambut panjang mencecah belakang bahu tidak dipotong. Dan selama bertahun itu juga, jambang dan misai hanya dicukur pendek tidak membuang terus. Kelihatan selekeh tetapi sepupunya itu tahu saja untuk kelihatan kemas untuk urusan kerja dan urusan sosial.

"Kau pikir apa?"

"Benda biasa la. Benda yang aku selalu menung."

"Dhiya lagi?"

Aslah geleng.

Nizam menghela nafas dan melepaskan perlahan. "Aku ulang apa yang Dhiya cakap. Kalau tak boleh, jumpa doktor la, Lah. Aku tak boleh tolong kau. Kau je yang boleh tolong diri kau sendiri."

Aslah turut melepaskan nafas besarnya sebelum belakang badannya mencari sandar di dinding tangga. "Taktahu lah. Aku masuk group depression je la cukup. Aku ada sana, ada sini, kira okay lah tu."

Nizam menggelengkan kepala. "Group Facebook gitu mana cukup. Support group apatah lagi, ini kan pula group Facebook. Kau—"

Aslah menggelengkan kepala. "Takpelah." Matanya memandang Nizam mematikan terus topik berkenaan. "Plan camping apa cerita? Jadi?"

Nizam tersenyum senget dan memberitahu saja lah apa yang Aslah mahu tahu.

Duk mengulang benda sama, jika kendiri itu sendiri sedang tidak mahu kerana masih lagi mencari, baik dia diam sahaja. Lagipun, Aslah sering mampir ke mari di setiap kali cuti. Membuatkan dia sentiasa tahu turun naik emosi sepupunya ini. Itu pun sudah cukup.

Setakat menung, jangan lah terlebih risau. Kang sebab kerisauan terlebih dia yang akan membuatkan Aslah menjadi tidak selesa seterusnya akan terus menutup diri daripada sekeliling.

❦❦





Dhiya melepak di balkoni di sisi juntaian pokok-pokok miliknya. Di tangan kanan ada sebotol jus manakala di tangan kiri ada buku. Selesai meneguk, matanya tetap tidak beralih daripada kesesakan jalan di lebuhraya.

Awak, minggu depan 27hb sampai 29hb kita pergi kl nak

Itu mesej Aslah selepas tidak sampai setahun dia di Cyberjaya.

Terkejut gila dia saat membaca sebaris ayat itu di skrin notifikasi. Dengan kening berkerut, segera dia menaip balas.

eh buat apa? tanak la. tengah2 covid ni saya tak berani nak pergi mana-mana

Kan awak nak pergi kinokuniya tu

Makin berkerut lah keningnya.

Aku tak kasitahu dia lagi aku duduk Cyberjaya. Dia taktahu la maknanya aku dah pernah pergi Kino sebelum pandemic ni semua. Tapi... ke dia saja nak jerat aku ni semata nak tahu aku duduk mana sekarang?

Tidak semena-semena dia takut jikalau Aslah menjadi seorang stalker. Dengan kening berkerut, dia menaip balas lagi.

ha lain kali boleh. skrg ni covid malas lagi. lagipun awak nak kahwin kan? 😑😑😑 tak bahaya ke ajak saya macam ni? kang jadi pape kang ha

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now