1

3.3K 109 10
                                    




Dhiya tercelik. Terkebil-kebil dia memandang siling putih yang di dalam kelam. Sebelum kepalanya bergerak ke kanan memandang jam digital yang memberi keterangan malap.

5:29

Sudah menjadi rutin dia akan terjaga di waktu ini. Mula dia menarik nafas sebelum menghembuskan perlahan. Dilakukan berkali-kali sehingga lah jam berbunyi tepat 5:30 pagi.

Dhiya duduk di birai katil memandang jemari kaki yang dia gerakkan menghilangkan kebas ngantuk. Matanya lemah bergerak kebil walhal kepalanya sepenuhnya masih teringat akan mimpi kosong semalam.

"My life is all about you, Dhiya!"

Dalam dirinya menarik nafas sebelum menghela melepaskan. Tenang. Dia mahu tenang. Dia mahu hilang. Dia mahu lupa.

"Sudah-sudah lah, As. Jangan hidup sebab saya. Hidup sebab diri awak sudah lah." Kepalanya angkat dengan mata masih pejam dan badan masih di birai katil. "Hidup untuk diri awak, Asfa. Saya tak boleh bagi apa yang awak nak. Berapa kali nak ulang dah."

Hampir beberapa minit begitu, baru lah badannya bergerak bangun menarik langsir memampangkan keadaan luar. Gelap gelita. Hanya titik-titik lampu sahaja yang kenampakan dari jauh. Kakinya terasa digesel. Dia tunduk memandang membuatkan spontan senyumannya keluar. Sebelum ketawa kecilnya pula keluar selari tangannya bergerak mengambil si bulu debab ini.

Sudah sebulan si bulu debab ini dia bela. Tetapi tetap perasaan teruja dan tidak percaya tidak hilang daripada diri. Maine coon! Di mana seekor ini kelihatan mustahil di suatu masa dahulu dan kini apabila sudah seharian menjaga dan melihat perangai, alah senang saja. Tiada lah duit banyak keluar pun.

"Tak sangka aku boleh beli kau, gila. Ergh!"

Dhiya menanamkan mukanya ke perut Joro.

Joro seekor maine coon jantan baru berusia 4 bulan. Nama asalnya ialah Zorro kerana topeng hitam yang tercalit pada badan dan juga pada muka. Black and white maine coon. Tak sangka sama comel je dengan tabby atau orange maine coon. Daripada Zorro, dapat ke lidah dia, terhasil lah Joro. Lagi comel what.

"Ram ram ram ram! Eiii."

Dhiya menggendong Joro hanya apabila kucing itu mula berteriak rimas.

Seperti biasa, selepas memberi Joro makan, dia menggosok gigi dan membilas muka. Kemudian, mencapai tumbler water sekaligus membentang yoga mat di hadapan TV. Dia capai alat kawalan jauh dan menekan itu ini sehingga bermainnya video lazy workout di skrin. 45 minit dia menghabiskan di atas tikar ini sebelum dia ke dapur memotong avocado di sisi sekeping roti wheatmeal dan sekeping cheddar cheese. Dan sepanjang itu, Joro lah penemannya. Berteriak itu ini sambil bergayut di situ dan sini. Ada rimas, ada gelak, ada marah, ada kelakar.

Tak bosan pun hidup bujang. Biarlah tak kahwin pun. Biarlah umur dah 37 tahun pun.

Bu.

❦❦

"Imran."

Imran angkat kepala daripada buku di atas lantai di mana tempat dia meniarap menyiapkan kerja sekolah.

"Imran dah berapa tahun?"

Kerut keningnya memandang Asfa. "Ayah lupa lagi ke?"

Asfa kerut kening dengan jemari kanan menggaru-garu kening. "Tak. Tiber lupa. Dah sekolah rendah la dah, kan? Bukan tadika?"

Bibir Imran serentak kerut muncung menunjuk sedih sebelum dia bangun duduk memandang Asfa yang masih bengong di hadapannya. "Ingat ayah dah sihat." Lama dia memandang kerutan wajah Asfa yang sudah serupa orang tua Inggeris yang menderitai penyakit Alzheimer di kaca TV. Dia menahan air mata sebelum tunduk melepaskan.

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now