20

3K 112 13
                                    

mbek hang double update hohohoh yang penting vote! heheheh asyeh





Dhiya sedang duduk di dalam dakapan armchair dengan kepala lutut naik sebelah menikmati semangkuk Kellogg's Special mengandungi kacang badam, apabila pintu berbunyi buka. Siapa lagi kalau bukan Asfa.

Dia pandang keletihan yang tara pada badan dan pada muka Asfa. Dengan hati yang manis berbekalkan perasa bijirin Kellog's ini, dia sedekahkan senyuman khas untuk lelaki itu. Tetapi Asfa membalas dengan jelir lidah.

Ceh.

Sudah biasa. Ada kala Asfa membalas senyum, ada kala Asfa terus memeluknya, ada kala begitu lah Asfa membalas menjelir lidah, membuat muka menyampah, etc. Sama seperti dia juga.

Dulu, di masa dia begitu di dalam enak keseorangan begini sedang menikmati makanan sambil melayan filem atau di dalam sebarang tugas dan ketenangan lah, memang dia tidak suka jika aktivitinya itu diganggu. Dia jadi pemarah. Seperti tiba-tiba Zahrin mengacau, atau sesiapa saja lah memberi fokus tiba-tiba kepadanya. Dia begitu benci tatkala rutin hariannya berubah walau sedikit pun tidak lagi tersusun mengikut kehendaknya. Sebab pada dia, begitu susah untuk dia mencari rentak yang kena pada jiwa. It's a hardwork pada dia untuk menghabiskan 24 jam sehari. Jadi apabila dia sudah biasa dan selesa, tiba-tiba sekali kena ganggu, memang dia akan mejadi pahit (bitter) dan mengamuk tidak tentu hala.

Lagi pula, kian lama kian dia cepat penat jika terpaksa memberi perhatian atau dia diberi perhatian. Bercakap, membalas mesej, mendengar, keluar bersama, berteman... exhausted sangat. Walaupun Zahrin cakap kehadiran saja sudah cukup, tidak perlu suara atau pandangan mata, pada dia, semua itu tetap sesuatu yang memenatkan. Sebab kehadiran orang yang dia tak perlukan itu, di waktu yang dia perlukan sangat itu untuk diri sendiri... manusia itu pada dia hanya hadir sudah serupa saka. Menyedut tenaga luar dan dalamnya habis keluar. Spiritual dia serupa didera.

Penat sangat.

Suara sudah kian tiada. Tetapi fikiran begitu zahir membuatkan dia sangat sangat sangat rimas dan sakit teramat.

Sekarang tidak lagi. Sebab orang itu ialah Asfa.

Tipu lah.

Di permulaan waktu, ya sukar juga.

Memang lah dia rayu untuk Asfa sentiasa muncul di hadapan mata, di sebelahnya sebaik Subuh, di situ dan di sini di dalam studio ini untuk dia pasti yang lelaki itu akan sentiasa dan terus ada, tidak akan meninggalkannya lagi. Tetapi sebaik sahaja kepastian itu sudah benar-benar nyata 100% sepanjang sebulan ini mereka sibuk menguruskan prosedur nikah, dia menjadi sukar sangat untuk menyesuaikan diri dengan sekitar itu dan hari-hari itu yang baharu.

Semua manusia begitu. Kan?

Peringkat awalnya di mana rasminya mereka sudah kembali berkasih dan bersayang, dia rasa susah sangat untuk cope dan adjust dengan kesentiasaan yang diberi Asfa. "I'm not leaving." Dia memang menerima kerana itu bahagia yang dia hendakkan sangat tetapi susah sebab dia dah terlampau biasa sendiri. Susah sangat okay untuk mengubah the mould.

Sedang dia khusyuk berbuat kerja, sedang dia sudah bersiap cantik-cantik dan wangi-wangi untuk tidur, sedang dia sibuk bersama Joro, sedang dia penat mengemas rumah, sedang dia itu sedang dia ini, di waktu itu lah juga Asfa sampai, memang dia akan terus masam dan rasa terganggu. Walau Asfa hanya datang dan terus tidur akibat kepenatan kerja bukan mengacaunya pun, tetapi dia menyampah kerana ruang dan waktunya bukan terisi dengan dia seorang dah lagi.

Rasa seperti sempit untuk dia berlatih nafas di dalam baring, termenung di dalam duduk, bergerak yoga di hadapan TV dan macam-macam lagi lah. Rasa sempit dan eii geramnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now