17

2.1K 105 5
                                    

cam biasa saya nak vote jadi sila tekan button star dekat skrin korang tu k asyeh hhehe





Dulu cakap tiga tahun tu macam lama gila, kan. 'Bazir kot tiga tahun aku study last-last dapat kerja gini?' Sama jugak dengan lima tahun. Rasa lama sangat dan macam-macam boleh buat selama tu. Tapi makin lama pejam celik pejam celik eh dah tiga tahun habis, dah lima tahun habis.

Semuanya sebab apa?

Sebab pandemik. Pandemik jadi makin teruk sebab apa? Sebab menteri kita semua tak competent. Jadi kalau dalam hidup korang tu korang ada tersalah buat patu taktahu nak salahkan siapa. Ha. Salahkan menteri. Itu norma baru kita as Malaysian. Lesgoo.

Dhiya terkejut. Dia pandang iPhone yang berdering memampangkan nama Mak. Nasib baik Mak datang jadi penyelamat, kalau tak sampai berjam-jam la aku duk lalat je hurung fikir itu ini. Dia mencapai dan terus menjawab.

"Angah ada jumpa Asfa ke? Asfa tiba-tiba telefon mak."

Tersedak air liurnya. Dia kesat tepi bibir dan dalam gesa dia meneguk air, sebelum suara lantangnya keluar memenuhi ruang studio. "Bila dia telefon? Dia cakap apa? Mak cakap apa?"

"Baru kejap tadi. Dia telefon elok je berhalus je tanya khabar mak, tanya khabar Amil, tanya khabar rumah sini lah. Pasal angah dia tak tanya. Dia carik angah ke? Nak mak bagitahu ke angah dekat mana? Ke takpayah?"

Dhiya berkerut kening. Apa permainan Asfa ni? Dia sendiri tidak memberitahu kepada Mak apa-apa berkenaan mereka berdua. Baharu lima hari kot semenjak kejadian di waktu Subuh itu. Haih. Dia gigit jari berfikir begitu tenggelam di dalam teka-teki.

"Angah!"

Dia tersedar. "Ha. Ya, mak, ya." Tumit tangan kiri sudah memangku dahi. Matanya pening memandang meja sendiri. Tangan kanan kian kemas cuba menidakkan rasa ketar dengan iPhone di dalam genggaman. "Tak payah cakap apa-apa kalau dia ada call lagi. Angah rasa tu dia tengah bodoh kot. Lepas ni tadek dah kot dia call." Dia diam menarik nafas. "Mak takpayah pening la pasal Asfa tu."

Dia diam lagi mencari isi untuk bersuara, begitu mencuba untuk keluar daripada rasa ketar dan ketakutan akibat ketidaktahuan begini. Ha! Dia teringat akan WhatsApp Mak berkenaan Jamilah. "Mak dah bagi ubat ke Jamilah ke? Ada demam dia kebah?" Dia diam mendengar cerita Mak yang berkemungkinan Jamilah itu rindu akan dia kerana kucing putih gemuk tua itu selalu mencakar biliknya sejak kebelakangan ini. "Hm. Nanti ada masa angah balik. Pasal Asfa tu siyes, mak takpayah fikir langsung. Angah tak pernah jumpa dia pun. Mak call cakap pasal dia ni ha angah terkejut gila. Tah! Biar la si bodoh tu."

"Takpe lah kalau angah dah cakap gitu. Mak bagitahu je."

Seusai mengucapkan salam berserta kiriman peluk cium untuk Jamil dan Jamilah, baru lah panggilan mereka tamat. Dhiya meletakkan iPhone ke atas Vivobook dengan jemari yang nyata ketar. Kemudian, dengan perlahan dia bangun mula mundar mandir di sekitar ruang. Joro yang datang mengendeng, dia dukung saja sekaligus membawa kucing ini merayau ke sekitar dalam ruang.

"Joro. Apa yang aku dah buat sebenarnya ni?"

Joro menjilat pipinya langsung dia tiada rasa hendak marah seperti kebiasaan. Dia usap kepala dan badan besar Joro. Apabila lenguh, dia duduk di birai katil dengan Joro di ribaan.

"Joro."

Joro dongak memandangnya.

Dia senyum hambar dengan jemari setia bergerak mengusap.

Di tatkala Asfa ada, dia begitu pasti dengan pilihannya. Di tatkala dia berseorangan begini, dia begitu takut dengan segala yang sudah dia pilih. Berkahwin? Sebumbung? Tidur sekatil? Keluarga? Bersama Asfa?

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now