11

1.4K 66 10
                                    

jangan ponteng vote! jangan bagi lompong! hhhe asyeh





"Cik!"

Dhiya berjalan semakin laju.

"CIK!"

Sape pulak panggil aku cik, cik ni? Ergh. Dhiya buat bodoh dan terus melangkah dan melangkah sahaja. Bagaikan dikejar oleh Dementor.

"DHIYA!"

Ha?! Terhenti terus langkahnya. Menyebabkan hujung jemari kaki tersalah letak menjadikan terjatuh tercium kepala lututnya ke atas jalan tar. "Argh." Dia gosok kepala lutut secara tidak sedar kerana kepala dan sepenuh deria tertumpu sepenuhnya hanya kepada suara garau itu yang memangggilnya.

'Dhiya'.

Masih terngiang-ngiang.

Masih sama je. Masih racun je. Masih romantik je. Macam bodo.

Dia berdiri memandang belakang kepada badan tinggi itu yang kian mendekati. Sampai saja badan tinggi itu di hadapan muka, walau muka itu bertutup separuh dengan topeng muka, tak kisah! kerana dia terlebih daripada kenal hanya akan sepasang mata itu saja, maka terus dia tolak dan tumbuk-tumbuk dada tegap yang dia rasa semakin padu dan padat ini. Tidak kira lah dia seperti diserang sawan babi atau apa, dia tetap pukul dan tolak dan cubit seluruhnya milik lelaki tinggi ini yang dia mampu capai.

Kenapa kau sihat dari aku ha? Muka aku parut teruk habis semua sebab kau?! Kenapa kau boleh sihat boleh maju daripada aku?! Jantantakguna100!!! Sial sial sial!!!

"Hei!" Asfa tolak tangan perempuan ini ke belakang. Tetapi kaki perempuan pendek ini tidak padan dengan fizikal itu yang terbantut, terus tetap bergerak tiada henti menyepak dan menendang sekujur badannya. "HEI!!!" Tadi dia cuba menolak perlahan, kini dia terus turut sama naik hangin. "Kau pegang apa ni?!!!" Tidak kisah Dhiya ini perempuan sudah, dia terus tolak Dhiya hingga terjatuh perempuan itu ke atas jalan tar. Terbelalak matanya memandang Dhiya. "Kau bangang kimak apa pergi marah aku tiba-tiba? Asal?! Ha?! Kau pegang depan seluar aku tiba-tiba tarik aku punya konek. SIAL BABI APA KAU?!"

Dhiya diam memandang mata bulat Asfa yang serupa hendak keluar begitu menerkam tubuh kecilnya yang jatuh terduduk di atas jalan tar. Keningnya masih tidak hilang kerut. Buntut pula perit serupa terluka. Jantung pula sungguh lah rasa hendak tercampak keluar. Tak kisah semua itu! Sekarang ini yang penting dia cuma hendak menengking kembali tetapi sesuatu yang keras tercampak pula tepat kena starlight ke dahi. Dia tunduk memandang objek itu yang tergolek di antara dua kakinya.

Dompet dia.

Dia kembali memandang Asfa. Serentak itu, hilang segala kerutan amarah.

Asfa mengesat kedua bawah mata.

Kau nangis?

"Korang semua betina memang binatang lah." Asfa berbisik baran sebelum dia melangkah pergi.

Dhiya yang terpinga-pinga, terus mencapai dompet beserta plastik-plastik makanannya yang lain dan tergesa-gesa mengikut langkah panjang lelaki itu yang begitu laju. Jelas sangat mahu jauh daripada dia. Dia tidak kisah bagaimana keadaan diri, dia terus saja mengejar sehingga lah dia berjaya menarik lengan lelaki ini. Dia rentap memaksudkan benar-benar yang dia mahu lelaki ini dengar apa yang dia hendak cakap. "Asfa. Apa kena dengan awak ni?"

Asfa memandang Dhiya dengan kening berkerut habis. Matanya tak usah dikata sumpah sungguh pedih dan perit memandang muka perempuan ini. Memang sakit gila mata dengan perasaan benci. "Kau nak apa lagi? Pi mampos la." Dia tarik tangannya dan kembali melangkah. Dia sudah lah lapar berpuasa. Waktu berbuka tinggal berapa minit saja lagi. Si pendek ini pula tiba-tiba makin menyusahkan keadaan. Natang.

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now