16

2.1K 108 15
                                    

aperson batak vote so vote lah hohohooh





Dhiya terjaga dengan nafas tercungap-cungap. Seperti biasa di dalam duduk, dia menolak rambutnya ke belakang sebelum dia meraup muka ketat-ketat sampai ke belakang leher. Baharu dia bergerak hendak mencapai tumbler di meja sisi, terjerit dia tatkala melihat sebatang badan tinggi yang berbaju dan yang berseluar sedang berbaring enak di sebelahnya. Dada dan perut sama-sama tidak tentu turun naik menarik nafas. Menyebabkan terus panic attack nya keluar.

Asfa yang terjaga tidak menunggu terus menarik tubuh Dhiya ke dalam pangkuan. Dia menampar dan menampar perlahan akan pipi Dhiya, cuba menyedarkan gadis itu daripada sesak nafas dan kabur pada sekitar. Dia pandang mata Dhiya yang bulat terbelalak tidak lari daripada wajahnya. Tanpa menunggu, dia baringkan Dhiya sebelum dia tunduk memberi CPR (cardiopulmonary resuscitation=ciuman paling romantik).

Debar Asfa menunggu reaksi Dhiya yang tercungap-cungap perlahan sebelum terbatuk-batuk. Baru dia hendak menyentuh, segera Dhiya tepis tangannya dan turun daripada katil. Dia pandang perempuan itu yang berteleku diam di sisi katil memeluk kedua kepala lutut.

Dia dengar Dhiya menangis.

Don't go. Just give me a minute.

Masing-masing faham perkara itu walau tidak divokalkan kata. Asfa teramat faham itu daripada bahasa badan Dhiya. Jadi dia bangun dan keluar berdiri di balkoni. Dhiya dengar pintu yang dibuka makin membuatkan esakannya keluar kecil dan kecil dan kecil. Dia hendak Asfa. Tetapi deria luar dan dalam badannya memerlukan ruang di antara setiap langkah. Tidak boleh terus dan mendadak lemas bagai dibius di dalam sekali ambil berkenaan Asfa. Dia perlu ruang.

Dan sudah tentu Asfa juga, suatu hari nanti.

Mereka berdua sakit. Mereka tidak akan boleh bercinta seperti kebiasaan amalan romantika manusia lain.

Untuk benar-benar menjayakan, Asfa dan Dhiya perlu faham dan arif tentang ini berkenaan satu sama lain; ruang.

Asfa menenyeh rokok di tangan ke dalam bekas kaca. Entah ini mangkuk hiasan Dhiya atau tempat sampah Dhiya, dia campakkan saja puntung rokok ke dalam. Di dalam masih duduk di balkoni, dia toleh belakang ke ruang dalam melalui pintu gelongsor yang terbuka. Kelihatan Dhiya sedang berdiri di bawah cahaya malap di kaunter dapur sedang meneguk air. Dia pandang setiap perbuatan perempuan itu sehingga lah mata mereka bertemu. Perempuan itu diam sebelum memandang lain berbuat konon-konon sibuk di dapur. Dia pandang setiap pergerakan Dhiya walau sekecil mana. Kemudian, dia tunduk memandang kaki sendiri dengan kedua siku di kedua kepala lutut.

Dhiya tanpa suara terus bergerak ke atas katil dan baring mengiring. Jam baru menunjukkan 12 tengah malam jadi dia hendak tidur saja balik. Malas fikir, malas menghadap Asfa, malas melayan otak yang sedang bising bercelaru itu ini.

Diam lah, Vervet. Jangan kau ganggu aku masa ni!

Marahnya di dalam hati terhadap monkey mind nya sendiri. Marahnya dia terhadap diri dia sendiri.

Dia memang daripada dulu selesa dengan katil bersaiz queen daripada bersaiz single. Menjadikan memang muat Asfa di sebelahnya walaupun kaki lelaki itu mungkin melebihi hujung katil.

Dia pejam mata tatkala merasakan ruang sebelah berat menampung berat badan Asfa. Dia mengerekot di bawah selimut berharap Asfa faham bahasa badannya. Diam dan senyap menyelubungi. Joro juga mungkin sedang membuta.

Matanya pejam dengan otak dan hati yang keluar itu dan ini.

Ya Allah.

Dia memang hendakkan Asfa. Entah memori perasaan atau memori badan, kesemua itu bukan anomali atau norma semulajadi. Cuma masalahnya, dia memang tidak boleh untuk kembali seperti dulu bersama Asfa. Dirinya hendakkan sesuatu yang tidak sihat. Itu penderitaannya. Asfa sesuatu yang tidak sihat. Jika bukan kerana Asfa, dia tidak akan serabut begini. Ya, dia kuat. Tetapi apa maknanya kuat jika setiap hari dia bagai orang bodoh meleleh air liur sukar untuk meneruskan setiap tugasan seharian? Mimpi pun bagai makanan tidur. Sentiasa membuat tekanan darahnya tidak normal.

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now