13

1.7K 101 17
                                    

8k words. boleh baca lain kali YG PENTING VOTE


Adira diam menghirup latte dengan mata mengintai dua manusia yang duduk di hadapannya. Dhiya memandang kanan manakala Asfa memandang kiri. Dhiya dengan raut resah manakala Asfa dengan raut rengus. Perlahan-lahan dia meletakkan cawan kembali ke atas piring dengan aura tubuhnya sendiri sudah merasa tidak berapa bagus.

Dhiya memandang kanan memang langsung tidak memandang lain. Keningnya berkerut begitu menahan daripada jantungnya tercampak keluar akibat degupan yang tidak berhenti kuatnya daripada tadi. Dia berdebar sungguh berdebar akibat emosi yang bertalu-talu melintas menjerut tangkai hati. Tetapi yang paling mencengkam adalah perasaan takut. Dia takut kerana dia di situasi yang tidak tahu apa-apa. Dia sepertinya bukan di dalam kisah ini lagi. Dia bukan di dalam AsfaDhiya. Malah dia seperti tidak lagi wujud. Kisah mereka tergantung begitu saja sebelum punah dibadai Taufan Rai. Malah seperti... tidak pernah adanya AsfaDhiya. Yang ada cuma angan masing-masing.

Asfa geram. Geram yang teramat geram. Entah di atas perkara apa dia dan Dhiya boleh di sini. Entah di atas perkara apa Adira menyusun perjumpaan ini. Dan entah di atas perkara apa keadaan ini macam lah penting sangat. Ya! Ya! Dia kenal siapa Airis Dhiya. Dia pernah bercinta dengan perempuan itu. Dia pernah meletakkan perempuan itu di dalam hati. Malah tinggi daripada arwah mama. Dia pernah sampai hendak mengahwini perempuan itu. Semua perkhabaran itu bukan daripada cerita Adira atau Dr. Sim semata-mata. Dia ingat malah dia tahu itu lah waktu dulunya di dekad lalu. Tetapi kini, semua itu memang tidak penting langsung dah. Semua itu masa lalu saja! Habis tu kenapa sampai beria ke sini, anjing?! Bodoh.

Adira bangun. "Toilet jap." Dhiya dan Asfa langsung tidak memandangnya pergi. Apabila sudah di sebalik dinding, dia berhenti dan mengintai dahulu. Langsung kedua-dua manusia itu tidak bergerak walau seinci pun daripada postur kaku mereka tadi walau dia sudah tiada di hadapan mereka. Aduh. Abang As. Dhiya. Betul ke tak buat meeting macam ni niiiii~~~?

Dhiya teringat akan kesemua cerita-cerita Adira.

Jalan cerita yang Adira berkali-kali ulangkan itu lah turutan sebenarnya di atas apa yang terjadi kepada Asfa.

Selama dia bermimpi malam sehingga bergantung kepada ubat-ubatan di dalam masa yang sama dia berkawan dengan Aslah, selama itu Asfa berada di dalam hospital sakit jiwa.

Di saat akhirnya berjumpa Asfa secara tiba-tiba di rumah keluarga lelaki itu di Selangor membawa kepada pengetahuan kali pertamanya berkenaan BPD (borderline personality disorder), di saat itu dia tahu Asfa di dalam sesuatu yang tidak pernah dia terlintas untuk membayangkan.

Asfa memang sudah menceritakan fasa lelaki itu di hospital orang gila. Tetapi setelah mendengar daripada Adira, baru lah dia sadar betapa benar pertarungan dan perlawanan yang Asfa tanggung. Bukan sedari mengenalinya sahaja, tetapi sedari kecil lagi Asfa sudah sedia berlawan dengan identiti sakit mental.

Memang orang akan cakap pesakit mental tidak kira BPD atau apa-apa saja, mereka akan cakap segolongan itu mempunyai minda yang beza (different), cara berfikir yang pelik, tidak boleh memproses emosi seperti kebanyakan orang, etc etc. Tetapi pada dia:

Sakit mental Asfa tidak bermakna apa-apa. Sakit mental Asfa bukan kekurangan. Sakit mental Asfa bukan ketidakupayaan. Semua itu hanya sekadar kondisi lelaki itu saja. Asfa was just Asfa. And she accepted him the way he was. Daripada dulu, daripada awal lagi.

Matanya tunduk memandang lantai rumput yang menjadi interior kafe.

Luka yang tara di lengan dan tangan Asfa, di dada Asfa, di perut Asfa... dia takkan pernah lupa semua itu. Tetapi sangkakaannya terhadap kesemua itu tiada penglibatan keekstrimen sakit mental. Hanya sekadar self harm yang buta. Padahal, Asfa sampai digari dan diikat sentiasa. Malah lebih teruk daripada makciknya yang mempunyai schizophrenia itu lalui lama dahulu.

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now