Seorang lelaki yang memegang jawatan sebagai pengetua di Malaysia International Art High School berjalan ke arah keretanya sambil membetulkan coat yang tersarung pada badan.
Lelaki kacukan Jepun itu mengeluarkan kunci kereta daripada poket seluarnya. Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci sebelum keretanya diunlock secara automatik.
Baru sahaja dia berniat untuk membuka pintu, dia merasakan seakan - akan ada sesuatu yang berlender pada pembuka pintu itu. Jarinya dibawa ke hidung secara perlahan - lahan.
"Uwerk! Bau belacan!" Jari segera dijauhkan daripada hidungnya, nafas kasar dilepaskan.
Matanya mula meliar ke segenap kawasan sekolah itu, bibirnya diketap tanda kegeraman. Bukannya dia tidak tahu siapa yang melakukannya, orang sama sahaja yang selalu membuat masalah di sekolah itu.
"Ayra! Lyn!" Jeritan kemarahan itu membuatkan dua orang gadis yang sedang berada di rooftop melepaskan tawa.
"Padan muka dia." Kata Ayra sambil ketawa.
"Itulah, suka hati dia je tuduh kita selongkar bilik dia." Tambah Lyn bersama ketawa yang masih tersisa.
"Tapi..."
"Tapi, apa?" Tanya Lyn sambil memandang ke arah kakak kembarnya.
"Kan memang kita yang buat." Mereka ketawa lagi, dah gila agaknya.
"Nanti kita nak prank siapa pula?" Tanya Lyn teruja.
"Aku dengar, ada seorang cikgu yang baru masuk. Katanya, dia ada sakit jantung." Balas Ayra lalu menjongketkan keningnya berkali - kali, senyuman nakal ditayangkan.
"Tapi macam mana kalau dia kena heart attack, then dia mati?" Fikir Lyn.
"Pasal tu, aku tak terfikirlah pula." Balas Ayra lalu memuncungkan bibirnya dengan selamba.
"Ah, lantak dialah. Bila nak buat?" Tanya Lyn sambil memandang ke arah kakak kembarnya dengan mata yang bersinar - sinar.
"Anytime."
*****
Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an fokus menghadap komputer. Memandangkan dia baru sahaja mengajar beberapa hari di situ, banyak benda yang perlu diselesaikannya.
Lebih - lebih lagi apabila dia turut menyandang jawatan sebagai guru kelas Tingkatan 5V-1, menggantikan tempat guru kelas itu yang telah berpindah beberapa minggu yang lalu.
Tok! Tok! Tok!
"Ya, siapa tu?" Tanya guru wanita yang bernama Maimunah itu, ataupun lebih dikenali sebagai Cikgu Maimunah dalam kalangan para pelajar MIAHS.
Namun, tiada sahutan. Dahi Puan Maimunah berkerut dek kerana kepelikan, namun dia lebih memilih untuk mengabaikannya. Kerjanya perlu diselesaikan pada hari ini juga!
Tok! Tok! Tok!
"Siapa tu? Saya tanya ni, jangan nak main - main." Tegas Puan Maimunah, namun tetap tiada balasan.
Wanita itu menghembuskan nafas kasar sebelum kembali menghadap komputer. Dia hanya menganggap ada pelajar yang sengaja ingin bermain - main dengannya.
Tok! Tok! Tok!
Wanita itu mulai hilang sabar, dia terus bangun daripada duduk lalu berjalan ke arah pintu. Kalau dia dapat tangkap siapa yang bermain - main dengannya, memang siaplah!
"Kamu ni mema..."
Kata - kata Puan Maimunah terhenti apabila mendapati tiada sesiapa di pintu itu. Wanita itu turut memandang sekeliling, kosong dan lengang. Hari juga sudah mulai senja.
YOU ARE READING
the boy's badgirl
Teen Fiction[ the boyz series special : very slow update ] Tiga orang bayi lahir bersama - sama daripada rahim ibu mereka. Bukan sekadar hadiah, namun merupakan sebuah anugerah yang terindah. Namun, yang menjadi ujian ialah anak - anak gadis yang nakal sehingga...