14

43 8 0
                                    

"Bila kita nak jalankan plan tu?" Tanya salah seorang daripada mereka sambil bermain - main dengan rambutnya.

"Itulah, daripada hari tu lagi kita rancang." Balas yang lain pula.

"Ish, kau orang ni. Tak boleh senyap sikit ke? Kita kena jalankan plan tu step by step. Nanti kalau kantoi susah kita bertiga, tahu tak?" Ujar lagi seorang.

"Okey, look. Aku dah susun tarikh plan yang akan kita jalankan. Aku nak kau orang pastikan semuanya berjalan seperti yang kita bertiga dah rancang, aku tak nak ada sedikit pun cacat cela. Kalau gagal, siaplah kau orang berdua." Sambungnya lagi, dua yang lain mengangguk akur.

"Just wait and see, girls."

*****

"Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Tanya Lyn sebaik sahaja dia tiba di hadapan seorang guru wanita yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Saya nak bincang sesuatu yang penting dengan kamu. Tapi, kita kena tunggu someone sekejap." Balas guru wanita bernama Hazlin itu, Lyn hanya mengangguk faham.

"Cikgu Lin!" Panggil seorang gadis sambil berjalan ke arah mereka berdua.

Hazlin dan Lyn terus memandang ke arahnya. Hazlin tersenyum manakala Lyn pula menayangkan wajah tertanya - tanya apabila melihat gadis yang tidak disukainya turut berada di situ.

"Sampai pun kamu, Sarra." Ujar guru wanita itu.

"Sorrylah lambat, cikgu. Saya ada kelas tadi." Balas gadis itu lalu tersengih, sempat dia memandang ke arah Lyn sebelum mendapat jelingan percuma daripadanya.

"Kenapa cikgu nak jumpa kita orang?" Sampuk Lyn yang mahu cepat - cepat beredar dari situ, menyampah betul dia saat melihat wajah angkuh milik Sarra.

"Baiklah, macam ni. Lyn, Sarra, saya harap kamu berdua terima apa yang saya bakal katakan ni dengan hati yang terbuka." Kata Hazlin sambil memandang wajah kedua - dua gadis itu silih berganti.

"Apadia, cikgu?" Tanya Lyn dan Sarra serentak, mereka saling berpandangan sebelum menjeling satu sama lain.

"Mulai hari ni, Sarra akan ambil alih club netball. Dia akan pegang jawatan sebagai leader." Ujar Hazlin disertakan sebuah senyuman manis.

"Yes!" Sorak Sarra dalam nada penuh keriangan.

"Habis tu, saya macam mana?" Tanya Lyn bersama wajah yang masih terkejut.

"Hey, terima jelah apa yang Cikgu Lin cakap. Cikgu dah beritahu awal - awal yang kita kena terima dengan hati yang terbuka." Sampuk Sarra, Lyn terus menghadiahkan jelingan kepadanya.

"Cikgu, mana boleh macam ni. Tak cukup ke apa yang saya dah buat untuk club netball selama ni?" Kata Lyn, membantah sekeras - kerasnya kenyataan yang baru sahaja dikatakan oleh guru wanita itu sebentar tadi.

"Maafkan saya, Lyn. Tapi, sejak kebelakangan ni perangai awak semakin menjadi - jadi. Saya tak nak nama club netball busuk disebabkan keahlian awak, lebih - lebih lagi kalau awak yang lead.

Saya harap, awak boleh keluar daripada club ni dan cari club lain yang lebih sesuai untuk awak." Kata - kata daripada wanita itu cukup untuk menghancurkan hati Lyn, gadis itu menggenggam erat tangannya.

"Baiklah, saya faham. Terima kasih dan halalkan segala ilmu yang cikgu dah ajar kepada saya. Tapi, satu je saya minta. Kalaulah suatu hari nanti pasukan ni berada dalam kesusahan disebabkan leader yang cikgu dah pilih ni, jangan cari saya lagi."

*****

Gadis itu berjalan menerusi hujan yang sedang turun dengan lebat tanpa ada sedikit pun niat untuk mencari tempat perlindungan. Biarlah dia dibasahi, kerana dia hanya mampu menangis di dalam hati.

Tiba - tiba, hujan yang tadi menimpa dirinya hilang secara tiba - tiba. Masih ada rasa sesuatu yang menitik, namun sudah berkurang. Dia terus memandang ke atas, ada sepasang tangan yang sedang melindungi kepalanya.

Dia memandang pula ke tepi, wajah basah Qay yang sedang tersenyum menyapa pandangan matanya. Gadis itu terpaku seketika sebelum dia kembali ke dunia nyata.

"Qay..."

"Aku dah dengar apa yang berlaku." Pintas lelaki itu, Lyn mula meneruskan langkah sambil menunduk.

"Lyn, tunggu aku." Kata Qay sambil mengejar langkah gadis itu, suaranya dikuatkan bagi mengelakkan ia tenggelam akibat bunyi hujan.

"I'm okey, kau tak payah risau." Balas gadis itu sambil terus melangkah, suaranya turut dikuatkan.

"Lyn, please. Tolonglah, biar aku jadi listener kau. Aku pernah cakap yang aku akan sentiasa ada untuk kau, kan? Sekarang ni, aku tengah kotakan janji yang aku dah buat.

Kau sanggup ke tengok aku berdosa sebab mungkir janji?" Lyn yang tewas dengan ayat kasihan Qay mula memberhentikan langkah, dia mengeluh berat sebelum berpaling memandang lelaki itu.

"Aku tak kuat." Gadis itu mula membuka bicara, Qay pula hanya menunggu kata - kata seterusnya daripada gadis itu tanpa menyampuk walau sedikit pun.

"Kenapa semua ni berlaku secara tiba - tiba? Aku ingat lagi masa mula - mula aku jadi leader untuk club netball sekolah. Betapa semua orang percayakan aku, betapa tingginya harapan Cikgu Lin kepada aku. Tapi sekarang, mana perginya semua tu? Dah jadi debu.

Cikgu Lin cakap, perangai aku semakin lama semakin teruk. Betul ke semua tu, Qay?" Lyn menatap dalam mata lelaki itu, lelaki itu membalasnya dengan senyuman nipis.

"Tak, Lyn. Kau tak teruk, kau cuma nakal sikit je. Dan sekarang ni kan kau sedang cuba untuk berubah." Ujar lelaki itu, Lyn mengeluh.

"Kalau kau nak nangis, nangislah. Kau tak perlu malu untuk menangis depan aku. Kan aku dah janji untuk jaga kau?" Kata - kata Qay membuatkan bibir Lyn mengoyak senyuman nipis.

"Aku bukannya tak nak, Qay. Sejujurnya, aku cemburu bila tengok orang lain menangis." Kata - kata Lyn membuatkan dahi lelaki di hadapannya itu berkerut kepelikan.

"Hey, tak payahlah tayang muka macam tu." Kata Lyn lalu ketawa.

"Tak - tak, aku tak faham. Kau jealous tengok orang lain menangis? Kenapa pula?" Tanya Qay menginginkan penjelasan.

"Aku tak boleh menangis, Qay. Aku nak nangis, tapi aku tak boleh. Aku pun tak tahu kenapa. Aku kan, bila tengok orang lain menangis aku rasa jealous sangat.

Menangiskan salah satu cara untuk meluahkan rasa di saat bibir tak mampu berbicara. Tapi, aku tak boleh. So, aku rasa tersekat. Aku sesuatu yang aku nak lepaskan, tapi aku tak boleh." Luah Lyn sambil menatap mata Qay.

"Lyn, izinkan aku untuk jaga kau?" Pinta Qay lalu tersenyum.

"Kau kan memang pelindung aku, buat apa nak minta izin bagai? Merepek je kerja kau, kan?" Ujar Lyn lalu ketawa kecil sebelum terus berjalan meninggalkan Qay di belakang.

"Ariana Lyn." Langkah gadis itu terhenti saat nama penuhnya disebut, dia berpaling ke belakang lalu memandang wajah basah milik Qay.

"Nanti aku hantar rombongan meminang."

the boy's badgirl Where stories live. Discover now