"Qaiz, aku tak naklah. Boleh tak kalau kau jangan paksa aku?" Ujar Ayra dalam nada tak berpuas hati, gadis itu bercekak pinggang menunjukkan bahawa dia sedang serious.
"Ayra, aku suruh buatlah. Boleh tak kalau kau ikut je arahan aku?" Balas Qaiz menggunakan ayat Ayra tadi, namun dalam versi yang berbeza.
"Qaiz, pleaselah. Aku benci belajar, aku tak suka masuk kelas. Aku pergi sekolah just untuk dapatkan vibes hidup seorang remaja. Ha, kau faham tak? Aku rimaslah bila kena jawab soalan ni semua." Adu gadis itu lagi, dia mengeluu berat.
"Haih. Ayra, kau dengar apa yang aku nak cakap ni." Nada Qaiz yang tadinya tegas mulai bertukar lembut, dia terus melabuhkan duduk di hadapan gadis itu sambil menatap lembut matanya.
"Kau kena jawab juga soalan - soalan ni walau apa jua keadaan." Ujar lelaki itu, masih lagi berlembut.
"Kalau tak semua barang kau aku akan rampas, terutamanya novel. Novel - novel cinta itulah punca utama kau malas nak study." Lelaki itu mulai menayang senyuman senget.
"Ish, apa ni? Mana aci kalau macam tu. Lyn tak buat, Qay tak ada pun sampai nak ugut - ugut macam ni. Dia cakap elok - elok je tau." Kata Ayra lalu menayang wajah yang tak berpuas hati sambil berpeluk tubuh.
"Itulah kau kena pandai bezakan. Muka kita orang je yang sama, tapi perangai langsung tak serupa. Dia Qay, aku Qaiz. Dia adik, aku abang. Dia ditugaskan untuk jaga Lyn, aku pula ditugaskan untuk lindungi kau." Kata lelaki itu lalu tersenyum nipis.
"Siapa yang suruh kau lindungi aku? Aku boleh jaga diri sendirilah." Balas Ayra lalu memuncungkan bibirnya, sejak bilalah dia bersetuju untuk berada di bawah perlindungan lelaki itu.
"Kau perempuan, Ayra. Sekuat mana pun kau, kau tetap perlukan seorang lelaki sebagai pelindung. Dan aku akan pikul tanggungjawab tu." Ujar Qaiz lagi.
"Tanggungjawab?" Dahi gadis itu berkerut, dia memandang ke arah Qaiz meminta penjelasan.
"Yeah, tanggungjawab. Aku nak jaga kau, Ayra. Dan bila tiba masanya, aku akan halalkan kau." Ayat terakhir Qaiz diperlahankan.
"Apa kau cakap?" Tanya gadis itu.
"Aku nak jaga kau." Balas Qaiz.
"Tak - tak, ayat last tu." Pinta Ayra, Qaiz terus tersenyum nipis.
"Jaga hati kau untuk aku."
*****
"Goodjob, Lyn. Ha tengok, kan aku dah kata kalau kau buat betul - betul dan kurangkan bermain kau akan siap dalam masa yang singkat." Ujar Qay lalu tersenyum manis.
"Hehehe, ada betulnya juga kata kau tu. Kenapalah selama ni aku susah sangat nak buat homeworks, padahal soalan dia bukannya complicated sangat pun." Balas Lyn disertai tawa kecil.
"Hm, orang bijak bolehlah cakap macam tu. Aku ni setiap kali nak exam macam orang gila, kau tahu tak? Semua benda jadi tak kena."
Lyn terus ketawa saat mendengar rungutan daripada Qaiz, namun tawanya terhenti apabila lelaki itu mula mengambil barang - barang yang digunakannya tadi.
"Kau nak buat apa?" Tegur gadis itu.
"Lah, nak buat apa lagi? Kemaslah." Balas Qay, dahinya sedikit berkerut saat mendengar kata - kata gadis itu.
"Ish, kau ni. Tak cukup dah tolong aku buat homeworks, kau nak tolong kemas barang - barang aku pula? Tak payahlah, aku boleh je buat sendiri." Halang Lyn.
"Lyn, tugas aku bukan sekadar untuk jaga kau tau. Aku pun ditugaskan untuk lindungi dan tolong kau. Lagipun aku tolong tengokkan je, soalan tu semua kau yang siapkan sendiri."
Balasan daripada Qaiz disertakan dengan sebuah senyuman manis, Lyn hanya akur apabila lelaki itu mula mengemas barang - barangnya lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg.
"Nah." Ujar lelaki itu sambil menghulurkan sebuah beg galas berwarna hitam kepada Lyn.
"Ish, kau ni. Buat aku rasa serba - salah jelah." Rungut gadis itu sebelum beg galas bertukar tangan.
"Tak payah rasa macam tu. Hari ni aku tolong kau, manalah tahu esok - esok kau pula yang tolong aku?" Lyn tersenyum nipis saat mendengar kata - kata lelaki itu.
Let's power up!
Lyn terus mengeluarkan iPhonenya daripada poket seluar. Gadis itu memandang ke arah Qay sekilas, dia terus menerima panggilan tadi sebaik sahaja mendapat anggukan daripada lelaki itu.
"Hello, Yuan."
Dahi Qay serta - merta berkerut saat mendengar nama yang agak asing pada pendengarannya. Seingatnya, dia tak ada kenal mana - mana lelaki yang bernama Yuan, Mika juga langsung tidak pernah menyebut tentangnya.
"Hey, Lyn. Kau ada dekat mana?"
"Aku dekat kantin ni ha. Kenapa?"
"Aku nak jumpa, boleh tak?"
"Tapi, aku tak bawa Meow hari ni. Petang ni jelah kita jumpa, aku bawa dia."
"Tak, aku bukan nak jumpa Meow. Aku nak jumpa kau."
"Hah?"
"Kenapa? Tak boleh ke?"
"Eh, tak - tak. Bukan tak boleh, cuma ak-"
"Dia tengah date dengan aku. Dah, bye." Kata Qay dengan penuh selamba sebaik sahaja iPhone milik Lyn berada dalam pegangannya, iPhone itu terus dikembalikan kepada tuannya.
"What? Kenapa kau tengok aku macam tu?" Tanya Qaiz sambil menjongketkan keningnya apabila Lyn hanya memandangnya tanpa suara.
"Kau jealous ke?" Pertanyaan itu membuatkan Qay terus terbatuk sendiri, soalan yang tepat mengenai sasaran!
"Batuk pula? Alahai, kau memang je-"
"Yes, I'm jealous. Aku tak suka kau berbual dengan mana - mana lelaki selain daripada aku dan geng kita." Lelaki itu terus berjalan pergi sementara Lyn pula tersenyum sendiri.
Kau suka aku ke, Qay?
*****
"Meow, rindu aku tak? Hm?" Ujar Yuan kepada anak kucing yang sedang didukungnya itu.
"Meow!" Lelaki itu tersenyum saat mendengar ngiauman yang seakan - akan membalas pertanyaannya tadi.
"Aku peliklah. Kau kata, kau bela dia. Tapi, macam mana dia boleh tak ada nama pula?" Tanya Lyn bersama wajah yang tertanya - tanya, Yuan tersenyum.
"Aku bukannya pandai sangat bab - bab bagi nama ni. Biasanya aku panggil random je, ikut mood aku. Tapi bila kau dah panggil dia Meow, aku pun terikut sama pergi panggil Meow." Terang lelaki itu sambil membelai lembut bulu anak kucing itu.
"Er, Lyn. Aku nak tanya sikit boleh tak?" Pinta Yuan.
"Kenapa tak boleh pula? Tanya jelah." Balas gadis itu, sempat dia mencuit hidung Meow yang sudah terlena dalam dakapan Yuan.
"Siapa lelaki tadi?" Tanya Yuan bersama wajah ingin tahu.
"Lelaki? Oh, Qay ke? Dia tu boy best friend aku. Dia memang macam tu, over protective. Semua yang aku buat, dia rasa risau." Balas Lyn lalu tersengih saat teringatkan gelagat lelaki yang seorang itu.
"Kau suka ke lelaki macam tu? Tak serabut ea?" Tanya Yuan lagi.
"Aku? Hm, nope. Aku suka lelaki macam tu, nanti kalau dah kahwin senang kalau aku nak bermanja." Balas gadis itu lalu tersengih lagi.
Lagipun, aku sukakan dia.
YOU ARE READING
the boy's badgirl
Teen Fiction[ the boyz series special : very slow update ] Tiga orang bayi lahir bersama - sama daripada rahim ibu mereka. Bukan sekadar hadiah, namun merupakan sebuah anugerah yang terindah. Namun, yang menjadi ujian ialah anak - anak gadis yang nakal sehingga...