"Kaulah." Arah Sarra sambil menolak badan Fisya ke hadapan.
"Ish, kenapa aku pula? Kaulah." Balas Fisya lalu terus menyorok di belakang Wana.
"Kau orang ni, kan. Memang tak boleh harap betullah. Dah, biar aku je yang pergi." Ujar Wana lalu terus berjalan pergi meninggalkan sahabat - sahabatnya itu.
"Wana!"
Fisya dan Sarra pantas mengejar langkah sahabat mereka itu, lengan gadis itu disambar. Wana hanya mampu menayang wajah pasrah apabila kedua - dua belah lengannya digenggam dengan erat.
Mereka bertiga berjalan ke arah kelas 5D-1. Fisya dan Sarra berpandangan antara satu sama lain, masing - masing menelan liur. Wana mengeluh sebelum menjengukkan kepalanya ke dalam kelas itu, dia pantas kembali ke posisi asal.
"Nampak dia tak?" Tanya Sarra, Wana terus mengangguk.
"Hello, The Divas." Sapa Ayra yang sedang menghampiri mereka bertiga sambil memaut bahu Lyn.
"Eh, bila masa kau orang ada dekat sini?" Tanya Fisya kekok.
"Bila kita orang dekat sini? Hm, sempatlah tengok kau orang gelabah." Sindir Lyn lalu ketawa sinis bersama kakak kembarnya.
"Ouh. Ki-kita orang pergi dulu." Kata Sarra lalu terus menarik lengan Fisya dan Wana.
"Jangan fikir kita orang tak tahu apa yang kau orang dah buat." Langkah The Divas terhenti saat mendengar kata - kata Ayra, masing - masing hanya kaku di tempat mereka berdiri tanpa berpaling memandang pasangan kembar itu.
"But, It's okey. Kali ni, aku lepaskan kau orang bertiga." Kata Lyn.
"But, not that's easy." Sambungnya lagi, The Divas pantas berpaling memandangnya.
"What do you mean?"
*****
"Kau nak aku yang lawa ni buat kerja - kerja macam ni? Hey, mummy aku pun tak pernah suruh aku buat tau!"" Bentak Sarra tak puas hati.
"Eh, hello - hello. Suka hati akulah nak suruh kau buat apa pun, or kau nak aku report dekat pengetua?" Sinis Lyn, keningnya sengaja dijongket tanda menyindir.
"Ergh! I hate you, Lyn!" Marah Sarra.
"Then I hate you too, simple. By the way, bersyukur sikit aku bagi kerja biasa - biasa je.
Mood aku elok hari ni, almaklumlah dapat denda orang jahat. Aku chaw dulu, happy working!" Sindir Lyn lalu ketawa sebelum beredar."Euw, kotornya!" Rungut Fisya bersama wajah yang kegelian.
"Aku benci Lyn! Ayra pun sama!" Jerit Sarra.
"Dahlah. Jangan banyak bunyi, buat je apa yang dia suruh. Setakat basuh pinggan je pun, tak adalah teruk sangat. Buatnya dia report dekat pengetua, nanti makin teruk kita bertiga kena."
Teguran daripada Wana membuatkan kedua - dua gadis itu terdiam, ada betulnya juga kata - kata sahabat mereka itu. Setakat basuh pinggan saja, bukannya kena cuci tandas pun. Kira okeylah tu.
*****
"Kau nak ice cream apa?" Tanya Ayra kepada Lyn yang sedang ralit bermain iPhone.
"Hari ni, aku nak ice cream vanilla." Jawab Lyn, kakak kembarnya mengangguk lalu terus beredar.
Tidak lama kemudian, Lyn memasukkan iPhonenya ke dalam poket lalu melabuhkan duduk di atas bangku yang berhampiran. Sedang asyik dia memandang sekeliling, matanya menangkap kelibat seseorang yang kelihatan agak mencurigakan.
Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam, daripada atas hingga ke bawah. Wajahnya turut ditutup menggunakan mask hitam. Lyn membuat keputusan untuk terus memerhatikannya.
YOU ARE READING
the boy's badgirl
Teen Fiction[ the boyz series special : very slow update ] Tiga orang bayi lahir bersama - sama daripada rahim ibu mereka. Bukan sekadar hadiah, namun merupakan sebuah anugerah yang terindah. Namun, yang menjadi ujian ialah anak - anak gadis yang nakal sehingga...