"Ayden!" Panggil Ayra dari tingkat bawah sambil berlari mendapatkan suaminya yang sedang berada di bilik tidur.
"Ya Allah, Sofiyyah. Kenapa ni? Sampai lari - lari bagai? Kalau jatuh nanti macam mana?" Tanya Qaiz sambil berjalan menghampiri isterinya yang baru sahaja tiba di muka pintu, gadis itu tersengih.
"Lyn call aku, dia cakap Cikgu Maimunah dah sedar!" Kata gadis itu teruja disertakan sebuah senyuman lebar, Qaiz yang mendengar menghembuskan nafas lega sebelum turut mengukir senyuman.
"Alhamdulillah. Kau nak pergi lawat dia sekarang ke?" Tanya Qaiz.
"Boleh ke?" Tanya isterinya dengan penuh teruja.
"Mestilah boleh. Kau pergi bersiap, aku tunggu dekat bawah." Lelaki itu mengucup lembut dahi isterinya sebelum dia beredar ke dari bilik itu, senyuman manis Ayra perlahan - lahan berubah menjadi senyuman sinis.
The show will start soon!
*****
"Assalamualaikum." Ucap Ayra sambil membuka pintu bilik Maimunah secara perlahan - lahan, seorang wanita yang sedang ditemani oleh dua orang remaja tersenyum nipis ke arahnya.
"Waalaikumussalam." Balasnya, Ayra terus melangkah masuk diikuti Qaiz dari belakang sebelum pintu ditutup.
"Cikgu." Ayra mencapai tangan wanita itu lalu dikucup lembut, senyuman manis dihadiahkan kepadanya.
"Terima kasihlah sebab datang melawat cikgu." Ucap guru wanita itu lalu tersenyum lagi.
"Eh, tak ada apa - apalah cikgu. Lagipun, kalau bukan sebab kita orang..."
"Ish kamu ni, sudah - sudahlah tu. Kisah lama tak payah diungkit, cikgu dah maafkan kamu berdua." Pintas Maimunah lalu tersenyum lagi.
"Cikgu tahu ke apa yang dah berlaku?" Tanya Ayra bersama dahi yang berkerut, wanita itu terus memandang ke arah seorang lagi gadis yang sedang berdiri di sampingnya.
"Lyn dah ceritakan semuanya. Cikgu tak kisah, cikgu dah maafkan. Sudah, tak payah nak rasa serba - salah lagi." Tegas Maimunah.
"Terima kasih sebab maafkan kita orang, cikgu." Ucap gadis itu.
"Kamu berempat ni kembar, ya?" Tanya wanita itu.
"Ha'ah, cikgu." Balas Ayra lalu tersengih.
"Nama kamu apa?" Tanya Maimunah sambil menatap mata gadis di hadapannya itu.
"Ayra." Gadis itu tersenyum ceria, wanita itu mengangguk faham.
"Kamu pula?" Tanya wanita itu kepada lelaki yang sedang berdiri di sebelah Ayra.
"Saya Qaiz, cikgu." Lelaki itu tersengih.
"Kamu Qaiz, dia Qay." Wanita itu memandang Qaiz sebelum pandangannya beralih pula ke arah Qay.
"Mentang - mentanglah kembar, nama pun lebih kurang je." Kata - kata itu membuatkan keempat - empat remaja tadi meletuskan tawa kecil.
"Dah parents kita orang yang bagi, nak buat macam mana?" Balas Qay bersama tawa yang masih tersisa, Maimunah tersenyum lalu mengangguk.
"Cikgu gurau jelah."
"Erm, doktor ada beritahu tak bila cikgu boleh keluar?" Tanya Lyn.
"Esok pagi." Balas wanita itu.
"Nak kita orang datang jemput tak?" Tanya Ayra pula.
"Eh, kamu berdua ni. Tak payah susah - susah, nanti cucu cikgu datang ambilkan."
Sebut pasal cucu, teringat pula Ayra dan Lyn kepada seorang lelaki yang datang melawat guru wanita itu tidak lama dahulu. Masih segar dalam minda mereka hoodie hitam yang dikenakan olehnya.
YOU ARE READING
the boy's badgirl
Teen Fiction[ the boyz series special : very slow update ] Tiga orang bayi lahir bersama - sama daripada rahim ibu mereka. Bukan sekadar hadiah, namun merupakan sebuah anugerah yang terindah. Namun, yang menjadi ujian ialah anak - anak gadis yang nakal sehingga...