8

46 7 0
                                    

Ayra melepak di rooftop seorang diri memandangkan Lyn ingin menyertai kelas Fizik pada waktu itu. Gadis itu mengeluh akibat kebosanan yang melampau.

Phone? Dia bukan jenis yang suka bermain dengan telefon, hanya memeriksa sekiranya ada perkara yang penting sahaja. Novel? Semua novel yang dibeli sudah habis dibaca. Dia belum ada masa untuk pergi ke kedai buku bagi mendapatkan novel yang baru.

Gadis itu membuatkan keputusan untuk berjalan - jalan di tingkat bawah. Pandangan daripada para pelajar yang terserempak dengannya tidak dihiraukan. Well, semua orang sudah sedia maklum tentang sikapnya.

Tapi, apa dia kisah? Baginya, pandangan orang terhadap dirinya tak penting dan dia tak perlukan pendapat mereka untuk hidup. Apa yang penting baginya ialah menerima diri sendiri seadanya.

Orang putih kata, 'love yourself' ha gitu !!

"Ayra."

Gadis itu berpaling ke belakang untuk mencari punca suara itu. Kelihatan seorang wanita yang cukup dikenali sedang berdiri tidak jauh daripadanya. Tanpa banyak bunyi, dia terus berjalan ke arah guru wanita itu.

Walaupun gadis itu selalu memonteng kelas dan tidak sukakan pelajaran, tetapi dia masih tahu menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Termasuklah guru, orang yang memberikan ilmu.

"Yes, miss? Ada apa - apa yang boleh saya bantu?" Tanya Ayra sebaik sahaja tiba di hadapan guru Biology itu lalu tersenyum manis.

"Saya nak minta kamu tolong panggilkan Qaiz. Kamu mesti kenal dia, kan?" Tanya Johana.

"Qaiz? Qaiz yang mana satu pula ni?" Balasan daripada gadis itu membuatkan Johana mengerutkan dahi dek kerana kepelikan.

"Biar betul, kamu tak kenal Qaiz?" Tanya wanita itu.

"Betullah, cikgu. Saya ni jujur tau, tak pernah menipu." Balasan daripada Ayra membuatkan wanita itu ketawa kecil.

"Tak sangka pula saya masih ada yang tak kenal Qaiz. Tak apalah, macam ni. Kamu pergi kelas 5V-1, cari student bernama Qaiz Ayden. Then, beritahu dia yang saya nak jumpa dekat Bilik Guru. Boleh tak?" Pinta Johana.

"Boleh - boleh. No problem, miss!" Balas Ayra.

"Terima kasih ya, Ayra." Ucap Johana lalu terus beredar.

Gadis itu tersenyum lalu terus berjalan ke arah block yang sememangnya khas untuk pelajar yang mengambil Vocal Class belajar. Baru sahaja ingin memulakan pencarian, dia tersedar akan sesuatu.

"Kaiz Aidin tu kelas mana, ya?" Ujarnya sendiri, kepala yang tidak gatal digaru.

"Alamak kau ni, otak. Time - time macam nilah kau nak buat hal." Bebel gadis itu sendiri.

"Cik adik, okey tak tu? Jangan cakap seorang diri, bahaya." Tegur satu suara.

"Eh, kau lagi?" Ujar Ayra sebaik sahaja memandang si penegur.

"Yes, me. Why?" Balas lelaki tadi dengan selamba.

"Kau sekolah dekat sini juga ke?" Tanya Ayra lagi.

"Yes, why? Tak boleh ke?" Balas lelaki itu pula, keningnya dijongketkan.

"Tak - tak, bukan tak boleh. Maksud aku, sebelum ni aku tak pernah pun nampak kau dekat sini." Ujar Ayra.

"Kenapa? Kau tak sangka lelaki yang kau jumpa dekat jambatan hari tu schoolmate kau?" Tanya lelaki itu lalu menayang senyuman senget.

"Yeah, something like that. First time kita jumpa pun time kau tengah campak batu dalam air. Dahlah buat kerja sia - sia." Kutuk Ayra selamba.

"Suka hati akulah. Okey daripada kau, tegur orang yang kau tak kenal." Balas lelaki itu tak nak kalah.

"Kan aku dah explain hari tu yang aku tegur kau sebab muka kau familiar." Balas Ayra mempertahankan diri, pinggangnya mula dicekakkan.

"Haih, nampaknya aku memang takkan menang kalau lawan mulut dengan kau." Lelaki itu mulai beralah.

"Ha, tahu tak apa." Balas Ayra bersama wajah kemenangan.

"Fine, kau menang. By the way, kau buat apa dekat block ni? Student vocal juga ke?" Tanya lelaki itu.

"Eh, bukan. Miss Joo tu ha, dia suruh aku tolong panggilkan Kaiz Aidin. Aku tak kenal, nama kelas dia pun aku dah lupa." Gadis itu mengeluh.

"Kaiz Aidin?" Balas lelaki itu.

"Ha'ah, kau kenal dia ke?" Tanya Ayra bersama wajah penuh berharap.

"Tak dan dalam sekolah ni, tak ada orang yang bernama Kaiz Aidin. It's Qaiz Ayden, sister. Sebut betul - betul, kau jangan sesuka hati je nak tukar nama orang." Balas lelaki itu.

"Okey, fine. Qaiz Ayden tu kelas mana?" Tanya Ayra lalu berpeluk tubuh.

"Kelas 5V-1." Balas lelaki itu.

"Okey, bye." Ucap Ayra lalu terus berjalan.

"Hoi! Kau nak pergi mana tu, cik kak?" Tanya lelaki itu.

"Jumpa Qaiz Aydenlah!" Jawab Ayra sambil berjalan tanpa memandang lelaki itu.

"Dia tak ada dekat kelas!" Lelaki itu tersenyum apabila Ayra berjalan ke arahnya, ketawa kecil terbit saat melihat wajah si gadis yang masam mencuka.

"Kau jangan nak main - main dengan aku ea." Tegas gadis itu.

"Mana ada aku main - main, dia memang tak ada dekat kelaslah." Balas lelaki itu, Ayra mengeluh.

"Then, dia ada dekat mana? Library? Makmal?" Tanya Ayra, lelaki itu pantas menggeleng.

"Semua salah. Dia ada dekat depan mata kau je ni ha." Lelaki itu tersenyum.

"Depan mata aku? Kau?" Tanya Ayra.

"I'm Qaiz Ayden. Nice to meet you." Ucap lelaki itu lalu menayang senyuman manis, Ayra mengetap bibir.

"Kenapa kau tak beritahu aku daripada tadi, ha?"

*****

Lyn berjalan keluar dari kelas sebaik sahaja waktu mata pelajaran Fizik tamat. Dia berjalan ke arah Swimming Hall yang terletak berhampiran dengan Main Hall.

Pintu Swimming Hall dibuka sebelum ditutup kembali. Dia tersenyum saat melihat swimming pool di situ. Gadis itu terus duduk di tepi swimming pool, kaki dimasukkan ke dalam kolam.

Tiba - tiba, dia ditolak dari arah belakang sehingga masuk ke dalam kolam yang dalam itu. Si pelaku tersenyum sinis sebelum keluar dari tempat itu tanpa memikirkan perkara yang bakal menimpa si gadis.

*****

"Dah lama kita tak berenang rasanya." Kata Hafiz.

"Itulah. Tak sabar aku nak tunjuk skill aku dekat kau orang." Ujar Mika bersama wajah bangga.

"Eh, hello - hello. Kalau bab berenang ni, aku lagi pro daripada kau tahu tak?" Balas Ayra disertakan dengan senyuman mengejek.

"Kalau kau tak puas hati dengan aku, cakap jelah." Kata Mika pula.

"Tak payah nak perasan sangat." Balas Ayra.

"Ish, kau orang ni. Sampai bila kau orang nak gaduh, ha?" Sampuk Hafiz.

"Sampai bila - bila!" Jawab pasangan kembar itu serentak, Hafiz mengangguk pasrah.

"Lyn ni aku tak tahu dia pergi mana. Aku chat, dia tak reply pun." Kata Hafiz sambil menatap skrin iPhonenya.

"Adalah tu dia lepak dekat mana - mana, tak sedar yang chat kau masuk." Balas Ayra.

"Ka-kau orang." Panggil Iman yang mendiamkan diri sedari tadi dalam nada terketar - ketar.

"Kau kenapa, Man?" Tanya Mika dalam nada risau.

"Tu." Jawab lelaki sambil menunjuk ke suatu arah, tangan dan jarinya menggigil.

"Kau tunjuk apa, Man? Tak ada apa - apa pun." Balas Ayra sambil cuba mencari objek yang dimaksudkan oleh Iman.

"Cu-cuba tengok be-betul - be-betul. Da-dalam ko-kolam tu." Arah Iman lagi, mereka yang lain mula menajamkan mata masing - masing.

"Tu-tu bu-bukan ram-rambut o-orang ke?"

the boy's badgirl Where stories live. Discover now