3

56 8 0
                                    

"So, apa plan awak?" Tanya Bella sambil
memandang wajah suaminya.

"Kita perlukan seseorang untuk awasi dia orang dekat sekolah." Balas Izz lalu memeluk tubuh.

"Mika kan ada." Balas Bella.

"Yes. Tapi dia perlukan seseorang untuk tolong dia, dia hanya akan jadi pemerhati je. Mika takkan mampu untuk handle adik - adik dia seorang diri, silap - silap dia yang kena buli. Awak ingatkan apa yang jadi dulu?" Tanya Izz sambil lalu, Bella ikut ketawa.

Mana mungkin dia lupa? Masih jelas dalam ingatannya hari di mana Ayra dan Lyn mengenakan Mika. Kejadian ini berlaku tidak lama dahulu, lebih kurang 3 bulan lepas.

Waktu itu, Mika baru sahaja ingin pergi bermain bola sepak. Selepas selesai memakai stoking, dia terus menyarungkan kasut. Tetapi, kaki dia tak lepas untuk masuk disebabkan ada benda yang menghalang dari dalam.

Apabila Mika memeriksa kasutnya, rupa - rupanya ada seekor katak di dalam kasutnya. Apa lagi? Memang menjeritlah si Mika, sampai ke tingkat atas jelas suara jeritannya.

Sehari selepas kejadian itu, Mika demam dek kerana terlalu terkejut. Ayra dan Lyn pula laju sahaja mengaku semua yang berlaku ialah perbuatan mereka.

Kata mereka, mahu membalas dendam kerana pernah terkantoi dengan ibu bapa mereka sewaktu ingin keluar pada tengah malam disebabkan oleh abang kembar mereka yang seorang itu.

Sejak hari itu, Mika tidak lagi meletakkan kasutnya dalam rak kasut tepi pintu keluar, sumpah dia serik. Dia sanggup membeli sebuah rak kasut untuk dirinya sendiri, lalu diletakkan di dalam bilik.

Dan sejak hari itu juga, Mika sudah tidak berani sangat untuk mencari pasal dengan adik - adik kembarnya. Silap - silap, mereka akan mengenakannya sekali lagi. Oh no, dia sudah tidak sanggup!

Adik - adiknya itu nakal mereka tidak boleh dibuat main! Bukannya sekali dia pernah dikenakan oleh mereka, sudah berpuluh - puluh kali! Cuma kejadian katak di dalam kasutnya itu benar - benar meninggalkan kesan kepada dirinya.

Trauma, tahu?

*****

"Izz, kau okey ke tak ni?" Tegur Kai kepada Izz yang termenung, daripada tadi lagi dia memerhatikan tingkah laku sahabatnya yang seorang itu.

"Izz." Panggilnya lagi, namun tetap tiada balasan.

Puk!

"Ya Allah, Kai! Apadia?" Tanya Izz separa menjerit, hampir tercabut jantungnya dek kerana terlalu terkejut.

"Kaulah. Ajak aku lepak, sampai - sampai je termenung." Komen Kai, Izz terus mengeluh.

"Sorrylah, aku tengah fikir pasal Ayra dengan Lyn." Balas lelaki itu lalu menghembuskan nafas kasar.

"Dia orang buat apa pula kali ni?" Tanya Kai yang sudah masak dengan perangai anak - anak saudara perempuannya.

"Budak berdua tu terkejutkan cikgu dia orang sampai koma." Balas Izz.

"Ya Allah." Kai menggelengkan kepala, parah!

"Sekarang ni, aku tengah fikir siapa yang sesuai untuk perhatikan dia orang time dekat sekolah. Aku bukan tak percayakan anak - anak aku, tapi someone perlu pantau dia orang." Izz meraup wajahnya, Kai berfikir seketika sebelum dia memetik jari.

"Aku dah tahu siapa yang sesuai." Kata Kai lalu tersenyum senget, Izz yang mendengar kata - kata daripada sahabatnya itu terus memandang lelaki itu dengan mata yang bersinar - sinar.

"Siapa?"

*****

"Ma, pa. Hari ni kita orang nak pergi hospital, nak lawat Cikgu Maimunah." Kata Ayra.

the boy's badgirl Where stories live. Discover now