"Kau ada beritahu orang lain ke pasal hubungan kita?" Pertanyaan itu membuatkan dahi Qay berkerut.
"Aku beritahu Hafiz dengan Iman je, punyalah terkejut budak berdua tu. Dia orang sampai suruh si Qaiz tu tunjukkan sijil kahwin tau." Balas lelaki itu lalu ketawa, namun ianya mati saat melihat wajah serious gadis di hadapannya.
"Kenapa, Lyn? Ada apa - apa yang tak kena ke?" Tanya Qay.
"Tak, aku cuma pelik. Kau cuma beritahu Hafiz dan Iman. Aku pula memang tak ada terlepas cakap dekat Yuan, so macam mana dia boleh tahu pasal kita?" Dahi Lyn berkerut memikirkan hal itu.
"Yuan? Oh, pemilik asal Meow kau tu ke?" Tanya Qay sambil fikirannya mula membayangkan wajah seorang lelaki.
"Cara kau cakap ni kan, macam aku rampas Meow tu daripada dia pula." Qay ketawa kecil saat mendengar respond itu.
"Mungkin kau tengah ralit berborak dengan dia sampai tak sedar yang kau terlepas cakap?" Teka lelaki itu.
"Aku yakin yang aku dah jaga percakapan aku. But maybe ada betulnya juga kata - kata kau tu, aku kan kadang - kadang cuai juga. Bila aku tanya dia, ada halanganlah pula. Kawan dia tiba - tiba call." Kata - kata Lyn disertakan sebuah keluhan.
"Tak apalah. Lagipun, dia kan kawan baik kau." Balas Qay lalu tersenyum nipis.
"Kau tak jealous ke? Kalau hari tu, dia call aku pun kau tak bagi. Apatah lagi jumpa dia." Sekali lagi Qay ketawa, alahai manisnya.
"Hari tu kau belum tahu tentang perasaan aku dekat kau, so aku risau juga kalau - kalau si Yuan tu dapat tackle kau dulu. Tapi bila dah luahkan dan kau ada perasaan yang sama, aku percaya yang hati kau untuk aku seorang je. Lagipun, Yuan tu seorang lelaki yang baik." Tutur Qay tenang.
"Huh, perasan! Macamlah aku je yang suka kau." Kata Lyn.
"Ada aku kata macam tu ke? Aku kata kita ada perasaan yang sama, kan? Aku suka kau, kau suka aku." Senyuman mengusik Qay membuatkan pipi Lyn berubah rona, lelaki itu ketawa.
"Kau jahat!" Marah gadis itu.
"Ha, yalah. Aku jahat, kau seorang je yang baik." Balas lelaki itu lagi.
"Qay!"
*****
Ketawa pasangan suami isteri itu meletus saat scene lawak ditayangkan pada television. Tidak lama kemudian, tiba waktu iklan. Si gadis terus mencapai remote television.
"Sofiyyah. Dah banyak kali aku pesan, jangan tukar siaran selagi cerita yang kita tengok tu belum habis. Tengok satu - persatu." Tegur suaminya.
"Alah, kan iklan tu. Aku nak check je, nanti bukalah siaran ni balik." Balas gadis itu lalu mula menekan butang pada remote, suaminya hanya tersenyum kecil.
Tengah syok menekan, remote tiba - tiba sahaja terlepas daripada tangannya. Gadis itu membuat muka lalu mengetap bibir tanda kegeraman sebelum dia menunduk untuk mengambilnya.
Baru sahaja mahu kembali menekan butang remote itu, sekali lagi objek itu terlepas daripada tangannya sebaik sahaja melihat scene yang sedang ditayangkan pada television.
Ia merupakan sebuah k-drama dan Ayra tidak suka menonton k-drama ataupun cerita bergenre romance bersama orang lain. Lebih - lebih lagi apabila scene sebegini muncul.
Yes, kiss scene.
Gadis itu menelan liur sebelum dia memandang ke arah suaminya yang turut memandangnya bersama wajah datar. Namun lama - kelamaan, sebuah senyuman terukir pada bibir lelaki itu. Senyuman sinis.
Tangan Ayra laju sahaja mencapai kembali remote yang terjatuh tadi, television terus ditutup dengan pantas. Niatnya yang baru sahaja ingin bangun daripada duduk terbantut saat suaminya mula mendekati.
YOU ARE READING
the boy's badgirl
Teen Fiction[ the boyz series special : very slow update ] Tiga orang bayi lahir bersama - sama daripada rahim ibu mereka. Bukan sekadar hadiah, namun merupakan sebuah anugerah yang terindah. Namun, yang menjadi ujian ialah anak - anak gadis yang nakal sehingga...