"Mika!"
Mika yang sedang berjalan itu memandang ke arah adik - adik kembar dan sahabat - sahabatnya lalu menjeling mereka semua. Lelaki itu terus melangkah pergi, membuatkan mereka yang lain meletuskan tawa.
"Nampaknya, rajuk dia tak habis lagilah." Kata Ayra bersama tawa yang masih tersisa.
"Tak boleh nak salahkan dia juga." Balas Lyn, kedua - dua jari telunjuk dilagakan.
"Kau nak acah - acah bersalah ke sekarang ni?" Tegur Hafiz bersama wajah datar.
"Why not?" Lyn tersengih.
Macam manalah si Mika tu tak merajuk kalau kuku tangan dan kakinya diwarnakan menggunakan marker berwarna merah. Sekali pandang, dah macam inai pengantin perempuan.
Dahlah time tu waktu Zohor dah nak habis, Mika pula belum menunaikan kewajipannya. Memang strugglelah dia cuba untuk menghilangkan warna marker itu. Struggle pun struggle juga tapi kalau dah marker jenis permanent, memang tipislah harapan untuk hilang.
At the end, Mika guna klorox.
Apabila Bella dengan Izz pulang ke rumah, memang mereka semua disoal siasatlah kenapa si Mika itu badmood. Bukannya pasangan itu tak tahu perangai anak gadis mereka, tak usik Mika memang tak sah. Nak tak nak, memang kena mengaku juga.
Part yang paling cun, dia orang heret Hafiz, Qaiz dan Qay sekali. Bak kata Ayra dan Lyn, walaupun hanya mereka berdua yang mewarnakan kuku Mika tetapi budak bertiga itu tetap dikira bersubahat kerana tidak menghalang. Lastly, semua kena bebel.
Fair, right?
Ouh, yeah. Dah masuk tiga hari Mika merajuk tau!
*****
"Fiz, Ra. Aku balik dululah, nak jalan - jalan sekejap. Tunggu kau orang bersembang lambat pula. " Ujar Lyn.
"Hm, suka hati kaulah. Take care." Pesan Ayra ringkas.
"Yeah, I know, I know." Lyn terus berjalan keluar dari kelas dengan langkah santai.
Kedua - dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Baju kemeja sekolah yang terbuka daripada atas sampai bawah mendedahkan t-shirt hitam yang dipakai di dalam.
Well, badgirl style.
Keluar sahaja dari perkarangan sekolah, matanya terpandang ke arah sebuah gerai. Laju sahaja dia berjalan ke situ, tiba - tiba sahaja perutnya berbunyi tatkala hidung terhidu bau keropok goreng yang baru diangkat daripada kuali.
"Assalamualaikum, Mak Teh." Ucap gadis itu lalu tersenyum.
"Waalaikumussalam. Ha, Lyn? Nak berapa ringgit?" Tanya Fateha.
"Nak 2 ringgit, macam biasa." Balas gadis itu lalu tersengih.
Dia sememangnya mengenali wanita yang dipanggil Mak Teh itu. Wanita itu sering berniaga berhampiran sekolahnya. Pada hari minggu atau cuti sekolah pula, dia akan berniaga di pasar untuk mencari rezeki.
"Laku ea keropok hari ni." Kata Lyn lalu menayang senyuman manis.
"Alhamdulillah, rezeki Mak Teh. Ayra mana?" Tanya wanita itu.
"Lyn sengaja balik dulu sebab nak jalan - jalan." Balas gadis itu lalu tersengih, Fateha tersenyum nipis.
"Nah. Tak payah bayar, Mak Teh belanja." Kata wanita itu sambil menghulurkan keropok yang sudah diletakkan di dalam plastik.
"Orang kata, rezeki jangan ditolak. Terima kasih, Mak Teh. Moga murah rezeki Mak Teh." Doa Lyn.
"Aamiin. Terima kasih, Lyn." Ucap wanita itu.
YOU ARE READING
the boy's badgirl
Teen Fiction[ the boyz series special : very slow update ] Tiga orang bayi lahir bersama - sama daripada rahim ibu mereka. Bukan sekadar hadiah, namun merupakan sebuah anugerah yang terindah. Namun, yang menjadi ujian ialah anak - anak gadis yang nakal sehingga...