Tok! Tok! Tok!
"Masuk."
Tidak lama kemudian, pintu dibuka daripada luar. Beberapa orang gadis melangkah masuk ke dalam Bilik Pengetua bersama wajah yang masam mencuka. Lelaki berusia 30-an itu mengerutkan dahi tanda kepelikan.
"Kamu semua ni kenapa datang jumpa saya?" Tanya Rian, keningnya dijongketkan.
"Kita orang nak buat laporan pasal Ayra dengan Lyn, pengetua. Dia orang ponteng kelas!" Jawab Sarra.
"Ayra dengan Lyn ponteng kelas, ya?" Balas Rian.
"Ya, pengetua." Laju sahaja Fisya menjawab.
"Then, kamu bertiga ni tak ponteng kelas ke? Sekarang ni kan waktu pembelajaran." Balasan daripada pengetua muda itu membuatkan The Divas terdiam.
"Haih. Kamu bertiga ni mesti pelajar yang baru masuk dua minggu lepas, kan?" Tanya Rian, The Divas mengangguk.
"Macam ni lah. Pasal Ayra dengan Lyn tu, lebih baik kalau kamu semua tak payah masuk campur. Kamu tak kenal siapa mereka yang sebenarnya." Ujar Rian.
"Pengetua, kita orang pernah satu sekolah dengan dia orang and kita orang dah tahu sangat perangai dia orang tu." Balas Fisya.
"Ya, saya tahu. Saya dah check record kamu bertiga, memang kamu pernah satu sekolah dengan mereka. Tapi tu zaman sekolah rendah, kan? Zaman sekolah menengah ni dah lain.
Mereka dah berubah, bukan macam yang kamu bertiga kenal dulu. So kalau tak ada apa - apa, tolong keluar ya? Saya ada banyak lagi kerja yang boleh dibuat daripada melayan kamu bertiga ni." Kata Rian selamba, matanya masih fokus kepada kertas kerja.
"Tapi, pengetua..."
"Tak ada tapi - tapi. Saya bagi peluang dekat kamu bertiga kali ni je. Kalau saya dapat tahu yang kamu bertiga ponteng kelas lagi, saya dah tak akan bagi peluang tau." Potong lelaki itu pantas, The Divas akur lalu terus keluar dari bilik itu.
"Aku tak puas hatilah bila pengetua cakap macam tu." Kata Sarra.
"Same here. Nampak macam dia rendah - rendahkan kita, tahu tak?" Balas Fisya lalu memeluk tubuh.
"Then, kau orang nak buat apa?" Sampuk Wana.
"Why not kalau kita kenakan Ayra dengan Lyn?" Cadang Sarra bersama senyuman jahat.
"What's your plan?"
*****
"Lyn!"
Lyn yang mendengar suara itu menggulingkan bebola matanya. Dia berpaling ke belakang, memandang ke arah gadis yang memanggilnya tadi. Kedua - dua tangannya disilang, kening dijongketkan.
"What do you want, Fisya? Sarra suruh kau buat apa pula kali ni?" Tanya gadis itu dalam nada sinis.
"Tak adalah. Aku just nak beritahu yang kita orang dah report dekat pengetua yang kau dengan Ayra ponteng." Balas Fisya sebelum menayang senyuman mengejek.
"Oh, so kau dah beritahu pengetualah ni, ya?" Tanya Lyn dalam nada menyindir.
"Yes, kita orang dah beritahu!" Jawab Fisya dengan penuh semangat.
"Then, pengetua kata apa? Nak denda kita orang ke?" Balas Lyn sinis, Fisya terdiam.
"Kau dengan geng kau semua sama, bodoh. Kalau nak main dengan kita orang, mental kena kuat. Kalau tak, teruk padahnya nanti." Tambah Lyn lagi.
"Kau memang suka cari pasal, kan?" Marah Fisya.
Dia terus menolak badan Lyn dengan niat untuk membuat gadis itu jatuh, namun tindakan itu langsung tidak memberi kesan kepada Lyn. Lyn menayang senyuman sinis.
YOU ARE READING
the boy's badgirl
Teen Fiction[ the boyz series special : very slow update ] Tiga orang bayi lahir bersama - sama daripada rahim ibu mereka. Bukan sekadar hadiah, namun merupakan sebuah anugerah yang terindah. Namun, yang menjadi ujian ialah anak - anak gadis yang nakal sehingga...