"Memandangkan trial dah nak dekat, papa nak kamu berdua belajar bersungguh - sungguh." Tegas Izz.
"Papa bukan nak desak kamu berdua tau. Tapi papa nak bila dah besar nanti, kamu berdua hidup senang. You too, Mika."
Mika mampu menayang wajah pasrah apabila namanya turut disebut, ingatkan Ayra dengan Lyn saja yang kena. Rupa - rupanya ehh, nama dia pun diangkut sama. Tak apalah, kan papa dia dah cakap semua ini untuk masa depan mereka.
"Dan kami dah upah cikgu untuk kamu berdua." Kata Bella teruja.
"Alah."
"Ni tak suka ni."
Bella dan Izz hanya mampu tersenyum aat melihat respond daripada anak - anak gadis mereka. Faham sangat dengan perangai mereka berdua yang tidak suka diarah itu ini. Tapi kalau tak dipaksa untuk belajar, jangan haraplah mereka nak buat sendiri.
Walaupun mereka berdua dianugerahi IQ yang tinggi, itu tak bermakna mereka tidak perlu mengulangkaji. Kadang - kadang, pelajar yang bijak juga boleh jatuh kecundang jika terlalu yakin.
"Kali ni, papa upah mak cik yang mana pula untuk jadi cikgu kita orang?" Tanya Ayra yang sudah pasrah.
Setiap kali peperiksaan semakin hampir, ibu bapa pasti akan mencarikan guru untuk membimbing mereka. Guru mereka sememangnya selalu bertukar orang.
Apa yang Bella dan Izz mampu lakukan apabila setiap guru yang diupah tidak mampu bertahan lama semasa mengajar anak - anak mereka? Ada saja rancangan pasangan kembar itu untuk membuatkan para guru berhenti kerja.
"Hi, guys!"
Dua orang lelaki yang berwajah serupa muncul di ruang tamu secara tiba - tiba. Membulat mata Ayra dan Lyn dibuatnya, namun Mika hanya menayang wajah selamba memandangkan dia sudah mengetahui segalanya sejak mula.
"Jangan kata kau orang yang akan jadi cikgu kita orang." Ujar Ayra.
"Malangnya, sangkaan kau tepat." Balas Qaiz selamba, bibirnya mengoyak senyuman penuh makna.
"Hi, Qay!" Ucap Lyn teruja, lelaki itu tersengih comel.
"Hi, Lyn! And untuk kurangkan rasa bosan, ada lagi dua yang akan join kita." Ujar Qay.
"Siapa pula?" Tanya Ayra dalam nada malas.
"Kita orang!" Jawab Hafiz sambil menarik lengan Iman masuk ke ruang tamu.
"Hey, yow! Macam ni barulah cun!"
"Nice!"
Ujar Ayra dan Lyn teruja, mereka berdua berhigh-five.
"Dia orang datang kemain laju je kau, kan? Aku pula, macam tunggul kayu je." Kata Qaiz sambil berpeluk tubuh memandang Ayra.
"Eleh, dengkilah tu." Balas gadis itu lalu menjelirkan lidah.
"Mana ada."
"Kau dengki."
"Tak."
"Dengki."
"Tak."
"Dengki, dengki, dengki."
"Dengki."
"Yeah, aku menang!" Sorak Ayra.
Mereka yang lain hanya mampu ketawa melihat telatah mereka, Qaiz pula menyembunyikan senyumannya. Entah kali yang ke berapa dia berperang mulut dengan Ayra, tetapi kemenangan tidak pernah berpihak kepadanya.
Haih, nasib.
"Kalau macam tu, kami pergi dululah ya?" Tegur Izz yang sedari tadi memerhatikan gelagat para remaja itu.
YOU ARE READING
the boy's badgirl
Teen Fiction[ the boyz series special : very slow update ] Tiga orang bayi lahir bersama - sama daripada rahim ibu mereka. Bukan sekadar hadiah, namun merupakan sebuah anugerah yang terindah. Namun, yang menjadi ujian ialah anak - anak gadis yang nakal sehingga...