"Nanti aku hantar rombongan meminang."
Lyn terus menekup kedua - dua belah pipi menggunakan kedua - dua belah tangannya. Kata - kata Qay siang tadi asyik bermain di minda, sudah entah kali ke berapa kata - kata itu berulang di dalam fikirannya.
"Lyn, wake up. Ya Allah, aku ni dah angau ke apa?" Gumam gadis itu sendiri, wajahnya kembali ditekup.
Tok! Tok! Tok!
Gadis itu terus memandang ke arah pintu biliknya yang sememangnya terbuka sedari tadi. Kelihatan Bella sedang berdiri di situ sambil tersenyum sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Dia melabuhkan duduk di sebelah anak gadisnya itu.
"Kenapa ni? Mama tengok Lyn ni kan, asyik termenung je daripada tadi. Sejak kamu balik rumah tengah hari tadi, ralit sangat dengan dunia sendiri." Ujar wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu.
"Ish, mama ni. Mana ada Lyn termenung, Lyn cuma tengah berfikir je." Balas gadis itu.
"Hm, berfikir. Kamu fikir apa sampai naik merah muka tu?" Balas Bella, sengaja ingin mengusik anak gadisnya itu.
"Ma-mama." Lyn mula tergagap - gagap.
Bagaimana dia mahu memberitahu ibu bapanya tentang Qay? Dia tidak boleh menolak kerana hatinya sememangnya untuk lelaki itu. Tapi, adakah ibu bapanya akan menerima pada usianya yang masih muda?
"Lyn tak nak cerita apa - apa dekat mama ke? Nampak macam Lyn ada cerita yang nak diluah." Kata - kata Bella membuatkan anak gadisnya itu menelan liur.
"Cerita? Nak cerita pasal apa?" Balas gadis itu sambil cuba mengawal riak wajahnya, bibirnya diketap perlahan.
"Cerita pasal Qay nak datang meminang?" Mata Lyn serta - merta membulat saat mendengar kata - kata selamba daripada mamanya.
"Ma-mama tahu?" Tanya gadis itu bersama pipi yang sememangnya sudah memerah sedari tadi bersama wajah terkejut.
"Hm, okey macam nilah. Sebenarnya beberapa minggu lepas, Qay dah datang meminang tau." Bella mula membuka cerita.
"Wait, what?" Balas Lyn bersama mulut yang terlopong.
"Iya, dia dah hantar rombongan beberapa minggu lepas." Ujar Bella lalu tersenyum manis.
"Apa yang jadi time tu?" Tanya Lyn bersama wajah ingin tahu.
"Lah, apa lagi yang nak jadi? Mama terima sajalah." Balas Bella selamba.
"Habis tu, kenapa baru tadi..."
"Semua tu plan Qay, sayang. Dia rancang semua benda, Ayra dan Qaiz yang cadangkan supaya tak beritahu kamu tentang semua ni." Terang Bella.
"Oh, maknanya selama ni Ayra tahulah?" Tanya Lyn, bibirnya diketap tanda kegeraman.
"Kamu nak balas dendam tak?" Tanya Bella sambil menjongket keningnya berkali - kali, Lyn mengerutkan dahi bersama wajah ingin tahu sebelum bibirnya mengoyak senyuman sinis.
"Kita nak buat apa, mama?"
*****
"Mesti dia terkejut, kan?"
"Ha'ah, comel gila muka dia tadi."
"Ha, kau jangan. Adik aku tu, tak payah nak melebih."
"Alah, future wife aku juga."
"Future wife, bukan dah jadi wife pun. Okeylah Qay, aku dah nak sampai rumah ni. Tak sabar nak dengar si Lyn tu membebel dekat aku."
"Nanti cerita dekat aku tau."
"Alright, bye - bye!"
Ayra terus menyimpan iPhonenya ke dalam poket, langkahnya selamba menuju ke rumah yang hanya terletak beberapa langkah sahaja di hadapan. Geli hatinya saat memikirkan adik kembarnya, Lyn.
Namun, semua bayangan itu serta - merta terhenti saat dia melihat Qaiz yang baru sahaja melangkah keluar daripada rumahnya. Dia terus berjalan menghampiri lelaki itu bersama dahi yang berkerut.
"Kau buat apa dekat sini? Bukan kelas kita esok ke?" Tanya gadis itu.
"Memanglah. Siapa cakap yang aku datang ni untuk mengajar?" Balas lelaki itu selamba bersama sebelah tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Dah tu, kenapa kau datang?" Pertanyaan daripada Ayra membuatkan bibir Qaiz mengoyak senyuman manis yang dipenuhi makna tersirat sebelum wajahnya berubah datar.
"Aku tak nak jumpa kau sampai tiba masanya." Kata lelaki itu lalu terus berjalan pergi.
"What? Apa ni? Apa kena dengan dia? Qaiz!" Panggilan daripada Ayra hanya diabaikan oleh lelaki itu.
Ayra mengerutkan dahi dek kerana kepelikan. Apa masalah lelaki itu sebenarnya? Beberapa minit yang lepas elok saja, tak akanlah tiba - tiba marah dekat dia pula? Dia ada salah cakap ke macam mana?
"Ayra." Niat Ayra untuk mengejar langkah Qaiz terhenti sebaik sahaja suara itu menyapa pendengarannya.
"Aunty!" Jeritnya teruja, wanita di hadapannya terus dipeluk dengan erat.
"Lama tak jumpa Ayra, dah besar panjang dah anak saudara kesayangan aunty ni." Ujar wanita itu sambil membelai lembut rambut gadis itu.
"Shh, jangan kuat - kuat. Nanti kalau Lyn dengar, dia jealous." Kata - kata Ayra mengundang tawa Fara, pelukan antara mereka terlerai.
"Aunty sayang semualah, buat apa nak jealous? Aduhai, kamu ni." Balas Fara, Ayra tersengih.
"Hm, patutlah aku tunggu tak sampai - sampai. Buat drama dekat depan rumah rupanya." Tegur Bella yang sedang berdiri di muka pintu.
"Eleh, kau jealous dengan aku sebenarnya." Balas Fara lalu menayang senyuman mengejek.
"Tak ada makna jealousnya lah. Dah - dah, jom masuk. Ayra, ada benda penting yang mama dengan aunty nak beritahu kamu ni." Kedua - dua wanita itu saling berpandangan sebelum memandang Ayra.
"Apadia?"
*****
"Hah? Kahwin dengan anak aunty?" Ujar Ayra dalam nada penuh terkejut.
Ya Allah, tak cukup ke Qaiz dah buat dia terfikir - fikir apakah kesalahannya? Sekarang, emak saudaranya mahu menambahkan beban untuk dia memikirkan tentang perkahwinan pula?
"Aunty, Ayra tak kenal pun siapa anak aunty. Takkanlah tiba - tiba nak kahwin dengan dia. Lagipun, ni kan real life. Tak naklah kahwin sebab aturan keluarga macam dalam drama tu." Rengek gadis itu.
"Hey, siapa cakap yang semua ni aturan keluarga?" Balasan daripada Fara membuatkan Ayra terkelip - kelip memandang emak saudaranya itu.
"Dah tu?" Tanya gadis itu kebingungan, dia menatap mata emak saudaranya meminta penjelasan.
"Semua ni bukan kehendak aunty dan bukan permintaan mama dengan papa Ayra, tapi pilihan dia sendiri." Balas Fara lalu tersenyum manis ke arah si anak saudara yang masih berkerut seribu wajahnya.
"Hah? Wa-wait. Aunty, kita orang ni dahlah tak kenal. Tiba - tiba, dia nak kahwin dengan Ayra pula? Ma, apa ni?" Bella hanya tersenyum mendengar bebelan protes anak gadisnya itu.
"Kamu tanya pendapat mama, kan? Kalau mama jadi kamu, mama akan terus terima dia. Tak nak fikir dua kali dah. Rugi sangat kalau kamu tak terima lelaki ni. Dia baik tau, sesuai untuk jadi suami kamu." Bella tersengih mengusik sebaik sahaja selesaikan menuturkan kata.
"Ma, mama sepatutnya halang tau. Anak mama ni muda lagi kalau nak kahwin pun." Ujar gadis itu bersama wajah cemberut.
"Ra, mama bukannya apa. Mama rasa, dialah lelaki yang terbaik untuk kamu. Lagipun, kamu kan sukakan dia. So, apa salahnya." Sekali lagi, kata - kata mamanya mengundang kerutan pada dahi Ayra.
"Apa yang mama cakap ni? Ayra su-suka dia? Siapa anak aunty?" Tanya Ayra sambil menatap wajah emak saudaranya.
"Tengku Qaiz Ayden, lelaki yang memilih untuk berkahwin dengan Tengku Ayra Sofiyyah."
YOU ARE READING
the boy's badgirl
Teen Fiction[ the boyz series special : very slow update ] Tiga orang bayi lahir bersama - sama daripada rahim ibu mereka. Bukan sekadar hadiah, namun merupakan sebuah anugerah yang terindah. Namun, yang menjadi ujian ialah anak - anak gadis yang nakal sehingga...