4

58 8 0
                                    

Ayra berjalan - jalan di sekitar bandar. Hari ini, rancangannya hanyalah meluangkan masa bersama diri sendiri untuk menenangkan minda. Dia berjalan mengikut arah kaki membawanya.

"Well, well, well. Look who's here."Tegur seseorang dalam nada sinis.

Ayra yang mendengar suara itu memutarkan bebola matanya. Bukannya dia tidak kenal dengan pemilik suara itu, kenal sangat! Dah masak dengan perangai gadis - gadis itu. Terutamanya leader mereka, Sarra.

Ayra hanya mengabaikan mereka semua lalu meneruskan langkah. Namun, bukan The Divaslah namanya kalau tidak mencari pasal. Sejak dulu lagi mereka tidak berpuas hati dengan Ayra dan Lyn, entah apa yang dia orang dengkikan pun tak tahu.

"Berani kau ignore kita orang?" Ujar Fisya sambil menarik lengan Ayra.

"Yeah. Memanglah aku berani, bukan macam kau orang. Nak cari pasal dengan orang bawa geng, nampak sangat pengecut." Balas Ayra lalu tersenyum sinis. 

"Kau!" Niat Sarra yang ingin menyerang Ayra terbantut apabila gadis itu lebih pantas mengunci pergerakan dengan memegang lengannya.

"Kau nak tampar aku? Agak - agak, apa akan jadi kalau aku..."

Ayra mengangkat sebelah tangannya ke arah Sarra, gadis itu terus menutup mata. Ayra yang melihat reaksi Sarra terus ketawa, lengan gadis itu dilepaskan dengan kasar.

"Dah sedar diri tu lembik, jangan berani nak cari pasal dengan orang." Sinis Ayra dan terus berlalu.

"Kau okey tak, Sarra?" Tanya Wana sambil memegang bahu sahabatnya itu.

Sarra mendengus geram, lengan Wana yang berada pada bahunya dialihkan. Dia berjalan meninggalkan kedua - dua sahabatnya bersama kaki yang dihentak - hentak tanda protes. Fisya dan Wana saling berpandangan, masing - masing menjongket bahu.

"Sarra! Wait for us!"

*****

Ayra memerhatikan gelagat orang - orang disekelilingnya sambil tersenyum, dia sangat sukakan suasana begini. Suasana yang bising dan riuh dengan suara orang ramai.

Kemudian, dia berjalan sehinggalah dia tiba di sebuah jambatan. Air yang mengalir laju itu dipandangnya. Dia juga sukakan air, kerana ia menggambarkan dirinya.

Seorang yang tenang.

Pop!

Pop!

Pop!

Sesuatu dilemparkan ke dalam air. Ayra memandang ke arah dari mana datangnya benda itu. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai sedang memegang beberapa biji batu. Sah, itulah objek yang dilontarkan ke dalam air tadi.

Lelaki itu tiba - tiba memandang ke arah Aura yang sememangnya sedang memerhatikannya. Dahi gadis itu berkerut saat melihat wajah yang agak dikenali itu, dia terus berjalan menghampiri lelaki tadi.

"Kita pernah jumpa ke?" Tanya Ayra spontan, dahi lelaki itu berkerut sebelum dia pantas sahaja menggelengkan kepala.

"Tak, aku yakin kita yang pernah jumpa. Tapi, dekat mana ea?" Gadis itu berfikir seketika, matanya dipejam sambil cuba untuk mengingat.

"Hah! Kau lelaki yang dekat hospital tu! Kau mungkin tak kenal aku, tapi aku cam kau. Alah, kan kau pernah tolong adik aku dekat parking hari tu." Hujah Ayra.

"Tapi, aku memang tak ada tolong sesiapa dekat tempat parking dalam masa beberapa minggu ni. Kau salah orang rasanya, maybe tu twin brother aku." Balas lelaki itu lalu tersenyum nipis.

"Kau orang kembar seiras ea?" Tanya Ayra, lelaki itu mengangguk.

"Aku teringin sangat nak tengok kembar seiras depan - depan tau. Aku pun ada kembar, ops sorry. Kita orang bukan kembar, kita orang triplets. Muka aku dengan adik perempuan aku seiras, tapi aku nak tengok macam mana rupa orang lain yang ada kembar." Kata Ayra lalu tersengih.

"Kau ni memang macam ni ke?" Tanya lelaki itu.

"Macam ni? Maksud kau?" Dahi Ayra berkerut.

"Iyalah. Kau tak kenal aku, tiba - tiba kau tegur aku. Manalah tahu aku ni mafia ke." Kata lelaki itu, Ayra ketawa kecil.

"Hey, jangan nak buat hidup ni macam dalam wattpadlah. Walaupun hidup kita cliché but stay, mafia tak wujud." Balas Ayra bersama tawa kecil.

"Macam mana kau tahu yang dia orang tak wujud? Silap - silap suatu hari nanti, kau yang jadi mangsa dia orang." Kata lelaki itu.

"Aku kuat." Balas Ayra membangga diri.

"Sekuat mana pun kau, lain kali jangan tegur orang yang kau tak kenal sesuka hati. Bahaya." Pesan lelaki itu.

"Mana ada aku tegur orang sesuka hati. Aku tegur kau sebab muka kau familiar, okey?" Balas Ayra tak nak kalah.

"Ergh, fine!"

*****

"Ayra! Balik pun kau!" Jerit Lyn sambil berlari anak mendapatkan kakak kembarnya.

"Yah, yah. Kau dah kenapa ni? Aku pergi tak sampai sehari, takkanlah dah rindu kot." Ujar Ayra.

"Jangan nak perasan. Jom masuk, aku nak tunjuk something ni!" Kata Lyn teruja sambil menarik lengan Ayra.

Sebaik sahaja tiba di tingkat atas, Lyn terus menarik Ayra masuk ke dalam biliknya. Ayra pula hanya mengikut langkah adik kembarnya tanpa banyak suara. Dia tertanya - tanya apa yang bakal ditunjukkan oleh adik kembarnya itu, excited semacam je.

"Ni! Kau tengok apa yang aku tengah pegang ni!" Kata Lyn merujuk kepada sebuah kotak bersaiz besar yang sedang berada dalam genggamannya, mata Ayra serta - merta membulat.

"Album Don't Fight The Feeling! Seriously?
Dah sampai? Yahoooo! Exo oppa! We got it!" Jerit Ayra teruja, sampai terlompat - lompat gadis itu dibuatnya kerana terlalu gembira.

Mika yang sedang berada di dalam bilik sebelah memutarkan bebola mata, menyampah betul! Bagi Mika tiada apa yang perlu dihappykan, setakat album je pun! Sesungguhnya, jiwa seorang kpopers tidak pernah wujud dalam dirinya.

Bella dan Izz yang sedang ralit menonton KDrama Doom In Your Service memandang satu sama lain sebelum ketawa kecil saat mendengar suara jeritan anak - anak gadis mereka. Sudah masak sangat dengan karenah budak berdua itu.

"Bila album ni sampai? Sampai hati kau tak call aku." Ujar Ayra.

"Eh, hello - hello. Aku tunggu kau balik pun dah kira okey, tahu tak? Kalau diikutkan hati, time sampai tu aku nak terus buka tau." Balas Lyn.

"Hm, fine. Tunggu apa lagi? Jomlah!" Pasangan kembar itu saling berpandangan.

Unboxing time!

*****

"Kau pergi mana wey? Lambat gila balik." Tegur seorang lelaki berambut hitam berkilat yang sedang berbaring di atas sofa sambil bermain iPhone.

"Date." Balas lelaki tadi dengan penuh selamba.

"Date? Sejak bila kau ada girlfriend ni?" Lelaki itu terus bangkit daripada pembaringan lalu memandang lelaki yang sedang berdiri itu dengan riak wajah ceria.

"Apa nama dia?" Tanya lelaki itu lagi bersama riak wajah yang penuh dengan keterujaan.

"Tak adalah, aku gurau je. Aku nak ada girlfriend? Lambat lagilah jawabnya. Dahlah, aku nak mandi." Balas lelaki tadi lalu terus beredar.

"Woi! Habis tu, kau pergi mana tadi? Woi! Kedekut punya abang, huh!"

Lelaki itu mencebik sebelum membaringkan diri ke atas katil miliknya, iPhone dibuka. Aplikasi WhatsApp, Twitter, Instagram, Kakaotalk dan sebagainya discroll dengan wajah bosan. iPhone kembali ditutup.

Tidur lagi best!  

the boy's badgirl Where stories live. Discover now