5

52 8 0
                                    

"Yeay, back to school!" Jerit Ayra teruja sambil memandang ke arah bangunan yang berada di hadapannya.

"Finally, habis juga sebulan. Aku dah bosan asyik duduk terperap dekat rumah." Balas Lyn, wajah cerianya bersinar - sinar.

"Same here, sister. Tunggu apa lagi? Jomlah masuk." Ajak Ayra, Lyn lantas mengangguk.

Mereka berdua terus berjalan ke arah pintu pagar sekolah. Beberapa orang pengawas yang sedang berjaga di situ tersenyum manis ke arah mereka berdua, mereka membalasnya.

"Nampak macam permulaan yang bagus untuk hari pertama sekolah lepas kena gantung." Ujar Ayra.

"Yup! So, nak pergi mana dulu?" Tanya Lyn sambil memandang sekeliling, rindu betul suasana dekat sekolah.

"Alah, nak pergi mana lagi? Rooftoplah, macam biasa!"

Mereka berhigh-five lalu berjalan ke arah bangunan yang mempunyai rooftop, tempat di mana mereka berdua selalu lepak. Tangga didaki sambil berbual. Namun, dahi mereka berkerut saat mendengar suara beberapa orang gadis.

"Kau dengar, kan?" Tanya Ayra meminta kepastian.

"Ya, ya. Aku dengar." Balas Lyn sambil meneruskan langkah.

Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan sebuah pintu, ia terus dibuka. Mereka masuk ke dalam pintu yang membawa mereka ke rooftop sekolah. Kelihatan beberapa orang gadis sedang duduk di atas kerusi sambil berbual sakan.

"Apa yang kau orang buat dekat sini?" Tanya Lyn dalam nada datar.

"Apa yang kita orang buat dekat sini? Suka hati kita oranglah. Kenapa? Ni tempat kau orang lepak ke? Sorry not sorry, tapi tak ada nama kau orang dekat sini." Balas salah seorang daripada mereka.

"The Divas, just blah." Arah Ayra selamba.

"Kalau kita orang tak nak?" Balas Wana sambil menjongket kening.

"Kalau tak nak, tak apa. Kita orang boleh beritahu pengetua yang kau orang ponteng kelas." Ugut Lyn disertai sebuah senyuman sinis.

"Berani kau..."

"Yeah, kita orang memang berani. Kita orang tak pernah takut pun dengan kau orang ni. Setakat badan lembik macam sotong, huh." Sinis Ayra.

"Both of you ni memang ergh! I hate you! Fisya, Wana, let's go!" Marah Sarra lalu terus segera beredar bersama sahabat - sahabatnya.

Ayra menghembuskan nafas kasar sebelum melabuhkan duduk di atas lantai, Lyn turut membuat benda yang sama. Langit ditatap sebelum keluhan dilepaskan.

"Agak - agaknya lah kan, bila Cikgu Maimunah akan sedar?" Tanya Lyn, Ayra terus memandangnya.

"Entahlah wey, cuma aku harap dia sedar secepat yang mungkin. Lagi senang kerja kita nanti."

*****

Hafiz yang merupakan pengawas bertugas sebagai pengerusi majlis dalam perhimpunan pada hari itu berjalan ke arah pentas. Microphone diambil, butang on ditekan.

"Test, satu, dua, tiga."

Namun, suaranya masih seperti biasa, tiada gema yang terhasil ke seluruh bahagian dewan. Lelaki itu mengulangi tindakannya tadi, namun tetap tiada hasil. Dahinya berkerut.

"Minggu lepas okey je, takkanlah tiba - tiba je rosak." Gumamnya sendiri.

Lelaki itu memandang ke arah para pelajar yang berada di bawah pentas. Sehinggalah dia ternampak kelibat Ayra dan Lyn yang sedang tersengih ke arahnya, Hafiz menepuk dahi sendiri. Nampak gaya, persoalannya sudah terjawab.

the boy's badgirl Where stories live. Discover now