17

47 7 0
                                    

"Ish, kau ni kan. Jangan ikut aku, boleh tak? Hari tu kau juga yang tak nak jumpa aku, kan?" Kata Ayra kepada Qaiz yang sedari tadi membuntuti langkahnya.

"Itu hari tu, hari ni dah lain." Balas Qaiz lalu tersengih.

"Kau kalau tak mengada dengan aku memang tak sah, kan?" Tanya Ayra lalu memberhentikan langkah sebelum berpaling, dia bercekak pinggang memandang ke arah lelaki di hadapannya itu.

"Apa masalahnya? Salah ke aku nak tenung muka bidadari syurga aku ni?" Ujar Qaiz disertakan senyuman nakal.

"Kau fikir sweet ke, hah?" Balas Ayra bersama wajah garang.

Itulah sifat Qaiz sejak kebelakangan ini, asyik mahu bersama dengannya sahaja. Kalau hari tu, huh! Bukan main tak nak jumpalah, itulah, inilah. Tapi sekarang, ha kau tengoklah sendiri.

Lelaki itu juga seakan - akan sudah berubah sikapnya. Jika dulu lelaki itu hanya tenang dan cool, namun kini dia lebih kepada ceria dan mengada - ngada. Ha, itu tak termasuk lagi pakej sweet talker dia.

"Aku tak sweet, kau tu yang sweet. Marah pun nampak manis je." Ujar Qaiz selamba, masih tidak menghiraukan pandangan tajam yang diterima daripada gadis di hadapannya itu.

"Dah, aku tak nak kawan dengan kau!" Kata Ayra lalu terus berpaling sebelum memulakan langkah.

"Lah, siapa cakap kita kawan? Kita kan..." Kata - kata itu membuatkan Ayra pantas mendapatkan Qaiz semula, mulut lelaki itu segera ditekup.

"Jagalah sikit mulut kau tu. Aku dah cakap aku tak nak orang tahu, kan? Aku setuju nak kahwin dengan kau pun dah kira okey, bersyukurlah sikit." Marah Ayra bersama wajah tegas, Qaiz tersenyum sebelum mengalihkan tangan gadis itu.

"Apa salahnya kalau orang tahu." Ujarnya lalu tersengih lagi.

"Kau..."

"Diam boleh tak?" Pinta Qaiz, memintas kata - kata Ayra.

"Tak boleh. Kau fikir dengan perangai gila kau ni, aku boleh diam macam tu je ke?" Balas Ayra lalu mula bercekak pinggang.

"Aku dah pernah cakap, kan? Aku gilakan kau." Balas Qaiz lalu mula menjongketkan kening, tanda bangga dengan ayatnya tadi.

"Haih, susahlah cakap dengan kau ni." Ayra memicit dahinya, pening melayan karenah lelaki itu.

"Ayra! Qaiz!" Suara itu membuatkan kedua - dua remaja itu berpaling ke arah pemiliknya.

"Ha, kau nak apa datang sini?" Tanya Ayra kepada Hafiz yang sedang berjalan menghampiri.

"Entahnya. Kacau line je." Balasan Qaiz membuatkan Ayra terus mencubit lengannya, dia hanya mengabaikan rengekan kesakitan daripada lelaki itu.

"Aku mengganggu ke?" Tanya Hafiz, dia menyorok sengih apabila melihat mata Qaiz yang sedang mencerlung tajam ke arahnya.

"Eh, tak apalah. Aku dah hal nak kena buat ni. Kau orang berdua sambunglah date." Hafiz menayangkan senyuman nakal sebaik sahaja selesai menuturkan ayatnya, kakinya melangkah pergi bersama sengihan mengusik.

"Waktu rehat dah habis, aku nak masuk kelas. Dah, kau jangan ikut aku." Tegas Ayra sambil menatap mata Qaiz.

"Takkanlah saya nak tinggalkan cinta hati saya ni." Kata - kata daripada lelaki itu membuatkan Ayra menghembuskan nafas kasar sebelum dia membuka langkah untuk beredar, makin dilayan makin menjadi - jadi si Qaiz ni.

"Dear, tunggulah aku." Qaiz pantas mendapatkan Ayra yang sudah berada beberapa meter di hadapannya.

"Suka hati kaulah, Qaiz. Aku dah malas nak layan."

*****

"Ha, kau ni kenapa? Muka macam nak makan orang je aku tengok." Tegur Lyn dengan selamba sebelum dia melabuhkan duduk di sebelah kakak kembarnya itu.

"Kau tanya aku, Lyn? Tengoklah perangai si Qaiz tu, mengada - ngada. Setiap masa nak dekat dengan aku je, kalau boleh tak nak berenggang langsung." Adu Ayra lalu mengeluh.

"Lah, okeylah kalau dia nak dekat dengan kau. Kalau akulah kan, memang aku suka sangat kalau Qay buat macam tu." Balas Lyn lalu tersenyum manis.

"Kau memanglah, gatal!" Gadis itu tersengih saat mendengar kutukan daripada kakak kembarnya itu.

"Aku tak sabar sangat nak kahwin." Kata Lyn lalu tersengih sendiri.

"Sepatutnya kau dengan Qay je yang kahwin, kenapa angkut aku dengan Qaiz sekali?" Ujar Ayra dalam nada tak puas hati.

"Aku tak fahamlah dengan kau ni, Ra. Apa yang kurang sangat pada si Qaiz tu sampai kau tak suka sangat dekat dia? Kau kena ingat, Ra. Perkahwinan kau dengan dia bukan atas kehendak keluarga, tapi pilihan dia.

Dia yang ajak kau kahwin lebih - lebih lagi pada usia yang muda ni, kau rasa ada maksud lain ke? Dia tak nak lelaki lain dapat kau dulu. Dia tak nak perasaan dia terus disimpan, dia nak cepat - cepat halalkan kau. Sebab apa? Sebab kau dah curi hati dia.

Dan kau pula, sedang menafikan perasaan sendiri. Kalau betullah hati kau bukan untuk dia, kenapa kau tak bantah je perkahwinan ni? Aku kenal kau, Ra. Kalau kau tak setuju, maknanya memang tak setujulah. Orang paksa pun tak akan jadi apa - apa.

Tapi sekarang, tak. Kau tak bantah, kau tak tolak. Kau cuma cakap tak nak, tapi kau tetap buat. Sebab apa? Sebab kau pun cintakan dia. Kenapa kau tak mengaku? Sebab ego." Kata - kata Lyn yang tenang sedikit demi sedikit menyedarkan Ayra, ada betulnya juga kata - kata adik kembarnya itu.

Dia boleh sahaja batalkan, tapi kenapa dia tetap meneruskan?

*****

"Qaiz." Panggil Ayra kepada lelaki itu yang sedang ralit berbual dengan Hafiz, Iman dan Qaiz.

Qaiz yang melihat gadis itu serta - merta menayang senyuman semanis gula, menunjukkan betapa gembiranya dia. Mereka yang lain pula hanya menayang senyuman mengusik, lebih - lebih lagi Qay.

Hanya dia, Ayra, Lyn dan Qaiz sahaja yang mengetahui hubungan rasmi mereka. Hafiz dan Iman? Masih menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu mereka, kang tak pasal - pasal budak berdua itu pengsan sebab terkejut.

"Yes, Sofiyyah?" Sahut Qaiz, dia pantas mendapatkan gadis yang telah berjaya mencuri hatinya itu.

"Uuu, Sofiyyah." Usik Hafiz, manakala Iman dan Qay hanya menayang senyuman nakal.

"May I talk to you?" Pinta Ayra, hanya mengabaikan usikan yang diterima daripada ketiga - tiga sahabatnya tadi.

"Sure, dear."

*****

"I'm sorry." Ucap Ayra sambil menunduk, Qaiz pula hanya mampu mengerutkan dahi tanda kepelikan.

"Why?" Tanya lelaki itu bersama dahi yang berkerut.

"Sebab dah lukakan hati kau." Kata - kata itu membuatkan bibir Qaiz mengukir sengihan kecil.

"So, kau datang ni untuk rawat hati akulah kiranya?" Balasannya disertakan sebuah senyuman nakal.

"Ish, dia ni kan!" Qaiz pantas memegang tangan Ayra yang cuba memukulnya.

"Aku tak kisah dan aku tak ambil hati pun. Cuma, adalah juga terasa sikit." Kata Qaiz bersama nada sayu, Ayra mengetap bibir.

"Aku minta maaf, Qaiz. Kau nak aku buat apa? Jangan buat aku rasa serba - salah, please?" Balas Ayra sambil menatap mata lelaki itu, Qaiz tersengih lagi.

"Aku gurau jelah. Aku tahu yang kau cintakan aku, cuma tak nak mengaku. Aku tahu kau malu dan aku faham tu."

Ayra cuba memukul Qaiz menggunakan sebelah lagi tangan namun sekali lagi, lelaki itu lebih pantas memegang lengannya lalu ketawa sebelum dia tersenyum manis.

"Dear. You're my wife and I'm your husband. When I said I love you, I really mean it. And if you feel the same, don't be shy to confess, okey? You must know the reason, right? Because I have the same feeling."

the boy's badgirl Where stories live. Discover now