+ 0 2 +

5K 241 0
                                    

"Kak Qila!" Aku berlari ke arah meja makan. Badan milik kak Qila dipeluk erat. Rindu betul dekat kakak ipar aku yang seorang ini. Kalau kak Lisa aku tak rindu sangat. Hari-hari dapat jumpa. Rumah dia pun selang 2 rumah aje dengan rumah baba.

"I miss you, kak." Tutur aku perlahan. Perutnya yang sudah membulat itu aku usap lembut.

"Baby, maktih rindu awak juga." Kak Qila tergelak melihat gelagat aku. Aku memang macam ni, manja dengan kedua-dua kakak ipar aku. Maklum la tak dapat merasa nak ada kakak. Ada adik perempuan pun perangai macam anak pungut.

"Abang Ardrian kau tak rindu ke, Dell?" Aku memusingkan kepala ke arah abang kedua aku, Ardrian Darief. Mulut sudah memuncung memandang ke arah aku. Gedik.

"Tak. Dell rindu kak Qila dengan baby je." Senyuman mengejek aku berikan kepadanya. Sengaja ingin mengusik.

"Takpe abang. Adik ada. Adik selalu rindu abang Ardrian." Ardeena yang entah datang dari mana terus memeluk abang Ardrian. Senyuman manis diberikan.

"Thank you adik. Kau je la satu-satunya adik abang Ardrian." Kalini dia pula yang memberikan senyuman mengejek kepada aku. Aku apa lagi, bagi muka menyampah la.

"Kisah pula aku. Dell ada abang Ardhan. Dia je abang kesayangan Ardell. Korang dua ni anak pungut je."

"Eleh kau tu yang anak pungut. Muka kau pun lain dari kitorang."

"Ish kak Qila~ tengok abang Ardrian tu." Aku memuncungkan bibir. Badan kak Qila kembali dipeluk oleh ku.

"Takpe Dell. Kak Qila ada. Akak jadi geng Ardell harini." Kak Qila menepuk-nepuk belakang aku. Terus aku tersenyum. Pandai akak aku sorang ni pujuk aku.

"Dengar tu bang. Kak Qila geng aku! Werk!" Muka bangga aku berikan kepadanya. Dapat aku lihat wajah kelat abang Ardrian. Mesti jealous dengan aku tu.

"Alah Ardell gurau aje la. Mesti la rindu abang Ardell sorang ni!" Aku menolak badan Ardeena ketepi. Giliran aku pula untuk peluk abang Ardrian. Nak lepaskan rindu dekat abang busuk aku ni.

"Tapi sikit jela rindu abang. Rindu dekat kak Qila lagi banyak." Dapat aku rasa dada nya bergerak-gerak. Terus aku angkat kepala memandangnya.

"Kenapa abang gelak?"

"Tak ada lah. Comel aje adik abang ni." Pipi aku dicubit. Terus cemberut muka aku. Pantang betul orang cubit pipi aku ni. Nanti makin tembam macam mana?!

"Ni kak Ardell pakai lawa-lawa nak pergi mana?" Ardeena memandang aku atas bawah.

"Keluar kejap. Nak cari barang untuk assignment." Abang Ardrian angguk.

"Dell nak pergi dengan siapa? Baba?" Aku menggeleng. Baru sahaja aku ingin membuka mulut, kedengaran seseorang memberi salam dari luar rumah.

"Oh dengan abang Hariz~" Ardeena senyum senget. Tahu la aku apa yang ada dalam kepala budak tu.

"Ni betul ke nak pergi beli barang? Ke nak pergi dating." Ardeena menjongketkan keningnya berkali-kali. Senyuman mengejek dia berikan kepada aku.

"Tak payah nak fikir bukan-bukan erh. Dah la Ardell pergi dulu. Tadi Ardell dah bagitau baba dengan mama." Tangan milik abang Ardrian dan kak Qila aku salam. Terus aku bergerak ke pintu utama. Kesian pula budak Hariz tu tunggu aku.

゚°☆☆° ゚

"Weh Ardell. Baba dengan mama ada bagitau apa-apa tak dekat kau?" Aku memandang Hariz pelik.

"Maksud kau?" Kening dijongketkan.

"Entahlah. Tadi aku dengar ayah on call dengan baba."

"Apa yang peliknya? Biasa la tu kan. Baba dengan ayah kan kawan." Dia menghela nafas. Terus matanya menikam lembut mataku.

"Tapi cara diorang cakap tu macam something tau. Aku dengar ayah cakap 'insya Allah dua-dua setuju'. Setuju apa erh?"

Aku menyengetkan kepala. Cuba untuk berfikir.

"Projek baru kot." Aku angkat bahu aku. Malas lah nak ambil kisah.

"Projek baru apa Ardell? Bukan ke kerja baba semua abang Ardhan yang handle?" Kata Hariz. Eh betul juga kan.

"Ya tak ya juga kan. Alah kau ni tak payah masuk campur lah hal orang tua. Baik kau fokus untuk assignments kau yang berlambak tu." Selesai berkata begitu, terus dia menjeling aku.

"Jangan mention pasal assignments boleh tak? Menyampah lah." Aku tergelak melihat muka cemberut nya. Bila lah dia ni nak insaf. Malas betul nak siapkan kerja tu.

"Bila nak berubah hah? Kau ni tak baik tau buat macam tu. Kalau lecturer yang mengajar kau tu tak halalkan ilmu dia macam mana?"

"Aku bukan nya tak hantar terus kerja tu Miss Ardell. Aku buat je tapi last minute." Dia sengih ke arah aku.

"Tch. Nasib kau budak pandai tau."

"Well." Dia mendabik dada.

"Handsome with brain." Katanya bangga. Aku pula sudah pasang riak menyampah. Ceh sempat puji diri sendiri.

"Dah la makan cepat."

"Iya sabar la. Tercekik kan. Menangis tak berlagu kau nanti sebab rindu aku." Dia menyuapkan spaghetti ke dalam mulutnya.

Aku hanya memerhati sahaja tingkah lakunya itu. Sesekali bibir aku mengukirkan senyuman melihat wajah nya ketika makan. Comel aje. Macam budak.

"Asal tenung aku macam tu?" Dia mengangkat sebelah keningnya.

"Tu comot. Kau makan macam budak kecik." Kata aku. Tisu dihulurkan kepadanya.

"Tolong lap kan." Hariz mendekatkan mukanya ke muka aku, sehingga aku dapat rasa nafas dia menampar muka aku. Terus membahang wajah aku namun cepat-cepat aku sembunyikan.

"Mengada" kata aku perlahan. Tepi bibirnya aku lap. Begitu lah aku setiap kali perangai manja dia muncul. Sampaikan pelajar-pelajar dekat kolej fikir kami ni pasangan bercinta.

"Thanks sweetheart!" Aku angguk. Dia senyum sedikit sebelum menyambung makan spaghetti nya.

Aku memegang dada aku. Wahai jantung jangan lah kau berdegup laju sangat. Tahulah senyuman dia tu kacak maut, tapi tolonglah kesiankan tuan kau juga ni. Mahunya jatuh kat sini, naya aku hiks.

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now