+ 0 5 +

4.5K 213 0
                                    

"Assalamualaikum future wife." Aku mengangkat kepala memandang ke arah Hariz. Haih sejak kami bertunang, dia tak habis-habis panggil aku macam tu.

"Kau ni boleh tak jangan panggil aku macam tu. Kalau orang dengar macam mana?" Aku memandangnya tajam. Dia pula hanya tersengih.

"Biar lah kalau orang nak tahu pun."

"Riz. Kan aku dah cakap haritu." Kata aku perlahan.

"Iya aku tahu lah. Mana ada orang dekat sini. Itu yang aku panggil macam tu. Kau ni pun." Dia menjeling aku. Terus bukunya dikeluarkan.

"Kena siapkan awal-awal lah nampaknya kerja ni. Takut tak sempat buat dalam cuti nanti." Dia ketawa.

Kedua-dua keluarga sekarang sudah sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan kami. Ada lah aku tawar diri untuk tolong tapi mama dengan ibu tak kasi. Diorang suruh aku fokus dengan pengajian aku dulu.

Esok pula dah start cuti sem. Waktu cuti tu memang aku dan Hariz sibuk la. Nak fitting baju lah, nak kena pergi kursus kahwin lah. Itu yang kitorang kena siapkan awal-awal assignments kitorang.

"Kan bagus buat kerja awal-awal. Nanti tak ada lah serabut." Dagu aku ditongkatkan dengan tangan. Mata sibuk memandang Hariz yang kusyuk membuat kerjanya.

"Ish diam lah Dell."

"Tak nak!" Kata aku dengan suara mengejek.

Hariz memberhentikan kerjanya. Matanya terus menikam mata aku.

"Aku ni bakal suami kau tau. Tak baik lawan cakap aku."

"Bakal suami je bukan suami. Sebelum kita kahwin bagi aku kesempatan untuk lawan cakap kau dulu. Nanti dah kahwin tak dapat merasa semua ni." Aku sengih segaris. Dia aku lihat sudah memusingkan matanya. Hahaha mesti menyampah kan.

"Iyalah Ardell Dahlia. Silakan." Dia menyambung membuat kerjanya. Malas melayan aku.

"Weh. Tak rasa awkward ke nanti? Kita kan asal kawan, tiba-tiba nak kena tukar status jadi suami isteri." Soal aku. Mata masih memandangnya.

"Tak pelik. Ramai je macam tu." Balas Hariz acuh-tak-acuh

"Tch. Malas lah cakap dengan kau." Aku memusingkan wajah aku ke arah lain. Malas nak tengok dia.

Hariz Aiman kalau sudah mulakan kerja, memang fokus betul-betul. Tsunami datang pun dia tak layan. Yang penting kerja dia siap.

"Ardell." Panggil Hariz perlahan, namun matanya masih setia pada kerja-kerjanya yang bertimbun di atas meja batu yang kami duduki.

"Hm."

"Lapar lah. Tolong belikan aku sandwich boleh? Aku malas lah nak berhenti. Kalau aku berhenti nanti confirm dah tak jalan kerja aku ni."

Kata Hariz panjang lebar. Dapat aku dengar suara manjanya itu. Tch nak buat aku tergoda lah tu.

"Malas." Hariz angkat kepala memandang aku tidak puas hati.

"Ish kau ni. Tak kesian ke dekat bakal suami kau ni?" Dia membuat mimik sedih. Dia fikir hati aku boleh cair tengok muka dia macam tu?

"Tadi kenapa tak beli dulu sebelum datang sini?" Soal aku. Iya genk. Aku betul-betul tengah malas nak bergerak ni. Lagipun kelas lambat lagi, itu yang rasa nak melepak aje dekat sini.

"Lupa lah. Alah please. Tak sayang aku ke? Nanti kalau aku kena gastrik macam mana?" Dia sekali lagi membuat mimik sedih di hadapan aku. Aku pula sudah buat muka menyampah. Ceh drama king betul mamat ni.

"Iyalah iyalah. Mengada erh. Kejap aku pergi beli." Dapat aku tangkap wajah gembira Hariz apabila melihat aku sudah pun bangun dari duduk.

"Thanks sweetheart!"

゚°☆☆° ゚

"Mentang-mentang lah esok dah start cuti, dia bagi kerja macam hari esok tu dah takde."  Bebel Hariz.

"Siapa?"

"Sir Naim dengan Madam Zahra. Agaknya diorang dah berpakat tu nak bagi kerja banyak kat kitorang." Aku tergelak. Dah agak.

"Gelak-gelak. Assignments kau banyak ke?" Aku menggeleng.

"Tak sangat. Tapi nak siapkan tu makan masa juga rasanya."  Hariz hanya angguk.

Kitorang memang satu kolej, tapi berlainan course. Hariz ambil course business management. Mesti lah lepas habis belajar nanti dia akan mewarisi syarikat ayah.

Aku pula ambil course culinary arts management. Aku memang suka memasak. Macam-macam masakan aku boleh buat. Dan paling penting semua jenis masak tu mesti akan dihidangkan dengan kemas dan cantik. Aesthetic.

"Aku rasa kan lepas aku kahwin dengan kau, mesti aku gemuk." Dia senyum ke arah aku.

"Nanti hilang lah roti kat perut aku ni." Sambungnya.

"Ada ke?"

"Ada lah. Nak tengok? Tak payah lah. Lepas kahwin aku tunjuk." Usai dia berkata begitu, terus aku pukul bahu dia dengan beg tangan aku.

"Sakitlah Ardell."

"Siapa suruh cakap macam tu. Menang kena lah."  Aku menjelingnya.

"Gurau je. Rilek lah." Katanya mendatar. Wajah aku dijeling tajam.

"Sorry." Dia mengangguk. Terus dia masuk ke dalam keretanya. Tak pandang aku pun.

"Merajuk?"

"Dell masuk la. Duk tercegat lagi dah kenapa? Nak aku tinggal?"

"Tak tak." Aku tersengih. Terus aku loloskan diri ke dalam keretanya.

"Kau ni kan, aku tengah tak tahan ni boleh pula kau main-main." Terus aku menoleh kearahnya.

"Lah kenapa tak pergi tandas tadi?" Muka cemberut dia aku pandang.

"Malas la. Ni balik rumah aku dulu erh. Nanti aku hantar kau balik."

Aku tergelak melihat wajahnya. Terus aku angguk.

"Iyala. Kawal sikit muka tu, lucu lah."  Kata aku bersama tawa yang masih bersisa.

"Diam Dell."

Makin galak aku ketawakannya. Comel. Dia pula sudah buat muka tidak puas hati. Ni confirm sakit perut sebab makan lewat tadi.

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now