+ 0 7 +

4.4K 206 0
                                    

Aku baringkan badan ke katil empuk milikku.  Telefon yang berada di meja lampu tidur aku capai. Aplikasi Whatsapp dibuka. Nama Hariz aku tekan. Online? Tak tidur lagi ke mamat ni.

Aku menjongketkan bahu sebelum jariku lincah menaip mesej untuk dihantar kepadanya.

Hariz<3

Tak tidur lagi?

Baru nak tidur. Kenapa?

Nervous lah weh TT
✓✓

Rilek-rilek aje. Yang salam tok kadi esok
aku. Bukan kau.

Dah pergi tidur sana. Aku nak tengok
bakal isteri aku cantik esok.

Hm yela. Gudnite future husband
✓✓

Gudnite sweetheart.

Aku terus off telefon. Esok adalah hari bahagia untuk aku dan Hariz. Semoga hari esok berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Aku memejamkan mata aku. Namun untuk seketika mata aku kembali terbuka. Kepala aku kembali mengingati panggilan yang Hariz berikan kepada aku.

Sweetheart.

Panggilan yang mampu buat jantung aku berdegup dengan kencang. Tanpa sedar, bibir aku mengukirkan senyuman, senyuman yang aku sendiri tak dapat tafsir maksudnya.

Ya. Hariz bukan sekadar kawan baik aku, dia juga crush kepada seorang Ardell Dahlia.

Tipu lah kan kalau aku cakap aku tiada apa-apa perasaan dekat dia. Hampir 6 tahun kut kami bersama. Dengan cara layanan dia kepada aku lagi, sudah pasti lah buat aku jatuh hati pada dia.

Tapi aku diam kan sahaja perasaan aku. Takut kena friendzone. Yela mana tahu dia cuma anggap aku sebagai kawan, aku je yang melebih.

Risau juga lepas aku confess perasaan aku, dia akan jadi tak selesa nak berkawan dengan aku.

Tapi lepas aku dapat tahu yang dia bakal suami aku, sumpah demi Allah, hati aku betul-betul bahagia. Tapi ...

Boleh ke dia terima aku...

...lebih dari kawan?

゚°☆☆° ゚

"Lawa nya adik kak Qila ni." Kak Qila mengusap bahu aku lembut. Senyuman tak lekang dari bibirnya dan bibir kak Lisa.

"Ardell, make up ni kak Lisa buat simple simple aje ye? Muka Ardell dah cantik dah. Tak perlu make up tebal sangat." Aku hanya mengangguk.

Memang sengaja aku suruh kak Lisa dandankan aku. Kak Lisa memang pandai make up. Waktu kak Qila kahwin dulu pun dia yang make up kan. Serious cantik macam patung.

"Thank you akak. Cantik sangat." Aku lihat pantulan wajah aku. Senyuman aku mula terukir pada wajah.

"Uwa!! Cantiknya kakak Deena!" Ardeena berlari ke arah aku. Muka aku ditenung penuh minat. Senyuman tidak lekang dari wajahnya.

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now