+ 2 1 +

3.5K 150 0
                                    

Start dari sini saya akan gunakan pov readers. Senang untuk terangkan situasi.

°•❁•°

Disebabkan harini cuti hari minggu, jadi Ardell dan Hariz bercadang untuk rehat sahaja dirumah. Malas nak keluar ke mana-mana. Hargai cuti dengan baik lah katakan sementara belum start bekerja.

Minggu depan mereka berdua akan graduate. Jadi sebelum sibuk dengan hal lain, lebih baik luangkan masa berdua dulu, kan?

Ardell yang baru selesai mengemas dapur terus berjalan mendekati Hariz yang fokus bermain dengan telefonnya. Tanpa apa-apa terus sahaja Ardell duduk di sebelahnya sebelum meletakkan kepala ke atas riba Hariz.

"Kenapa ni?" Hariz tunduk memandang Ardell. Telefon pintar miliknya diletakkan di tepi sebelum kepala Ardell diusap lembut olehnya.

"Saja." Ardell tayang sengih kepada lelaki itu. Telefon yang berada di dalam kocek seluar dikeluarkan. Aplikasi candy crush dibuka.

"Macam tu pun boleh erh?" Hariz memicit perlahan hidung milik Ardell menyebabkan gadis itu tertawa kecil. Telefonnya yang diletakkan di tepi tadi dicapai kembali.

"Tadi bosan, sekarang mengantuk." Ardell berkata perlahan selepas lama bermain dengan telefon pintarnya. Telefon itu di off sebelum dia bangun dan meletakkannya di atas meja kopi ruang tamu itu.

Kepala kembali diletakkan di riba Hariz. Mata yang semakin memberat digosok lembut.

"Abang, Ardell nak tidur tau." Ardell berkata perlahan.

Hariz hanya mengangguk kepalanya. Terus sahaja tangannya naik mengusap kepala Ardell sambil berzikir. Cara yang selalu dia guna untuk dodoikan Ardell.

Ardell menguap kecil sebelum badannya dipusing. Wajahnya disembamkan pada perut Hariz yang berlapikkan baju t-shirt sebelum pinggang lelaki itu dipeluk erat.

"Ei mengada nak peluk-peluk ni." Kata Hariz diselangi dengan tawanya. Pipi milik Ardell dicubit lembut sebelum dia menyambung bermain dengan telefon miliknya.

Sunyi menemani mereka untuk beberapa saat. Hanya bunyi kipas sahaja kedengaran diruangan itu.

Hariz mengalihkan pandangan kearah Ardell yang tidur di ribanya apabila mendengar bunyi dengkuran halus dari celahan bibir gadis itu. Dia tersenyum kecil melihat wajah polos isterinya.

Hariz dengan berhati-hati mengangkat badan kecil Ardell untuk dibawa ke bilik mereka. Usai meletakkan gadis itu di atas katil, terus dia menarik comforter sehingga paras dada gadis itu.

"Sleep tight, sayang." Dahi Ardell dicium lembut. Selepas memastikan gadis itu selesa, terus sahaja dia keluar dari bilik.

゚°☆☆° ゚

"Asal tak call aku dulu sebelum datang." Soal Hariz yang baru sahaja keluar dari dapur. Dulang yang berisikan air untuk kawan-kawannya diletakkan di atas meja kopi.

Terkejut juga dia apabila tiba-tiba sahaja melihat kawan-kawannya itu berada di hadapan pintu sewaktu dia ingin keluar membuang sampah. Nasib dia sudah letakkan Ardell dalam bilik.

"Alah kau ni macam lah tak biasa. Sebelum ni pun kitorang datang tak bagitahu juga, kan? Elok je." Kata Haydan dan mendapat jelingan maut dari Hariz.

"Kau memang tinggal sini terus ke apa Riz? Aku tengok dalam peti tu banyak gila makanan." Hariz memandang Raykal yang berjalan ke arah mereka. Tangan lelaki itu penuh dengan keropok segera yang diambil dari dapur apartment Hariz.

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now