Tu kan aku cakap. Confirm ramai punya orang dalam cafe ni. Ni lah sebab kenapa aku malas pergi sangat.
"Kitorang dua nak duduk situ tau. Abang dengan akak pergi duduk jauh-jauh. Kitorang taknak kacau korang dating."
"Eh takde-takde. Duduk sekali aje." Aku mencerlung tajam wajah adik dan adik iparku. Amboi menghalau kitorang nampak. Tadi bukan main ajak.
"Ke korang nak jumpa boyfriend ni." Aku mengecilkan mata. Budak muda zaman sekarang bukan boleh percaya sangat, kecik-kecik pun dah pandai bercinta bagai ni.
"Ish mana ada lah. Kitorang nak spend time berdua aje. Akak dengan abang Hariz pun pergilah duduk berdua. Kitorang tak kacau." Ardeena sengih ke arah aku dan Hariz.
Belum sempat aku ingin membuka mulut, mereka berdua telah pun bergerak meninggalkan aku dan Hariz di hadapan pintu masuk cafe itu.
"Budak-budak ni."
"Sudah lah sayang. Diorang dah bagi kita peluang dating tu, jangan sia-siakan." Kata Hariz.
Tangan aku ditarik untuk ke sebuah meja kosong yang terletak dia tengah-tengah cafe itu. Cantik betul perhiasan dia.
"Ish abang ni. Suka lah tu." Aku menjeling Hariz. Aku syak dia dah plan semua ni dengan budak berdua tu. Kalau tak takdenya muka tu asyik senyum je dari tadi.
"Mesti lah. Dating dengan bini sendiri, siapa je taknak." Kata Hariz selamba. Wajah aku yang berada di hadapannya ditatap penuh minat.
Aku menjeling manja Hariz. Mata aku terus melilar memandang segenap ruangan cafe itu. Bertemakan Industrial-Style. Tak terlalu simple dan tak terlalu over. Just nice!
"Suka ke dengan theme cafe ni?" Aku angguk perlahan.
"Cantik." Kata aku berserta senyuman lebar ke arahnya. Dia senyum nipis sebelum mengusap lembut kepala aku.
"Orang dah tak ramai tu, biar abang order lah. Sayang nak makan apa?"
"Strawberry smoothie je lah. Ardell kenyang lagi lah makan tadi." Kata aku bersama sengihan. Hariz angguk perlahan sebelum bergerak menuju ke kaunter.
Sekali lagi kepala aku melilar ke seluruh ruang cafe itu. Mata aku terus terarah ke arah Ardeena dan Hanna yang tidak berhenti bergambar di hujung cafe.
"Tch bergambar je kerja. Buang masa aku je ikut ajakan diorang dua ni." Aku menggelengkan sedikit kepala. Macam-macam lah dua ketul ni.
゚°☆☆° ゚
"Tiga minggu je lagi! Hua tak sabar nya nak habis belajar!" Aku menjerit sedikit kuat. Badan dihempaskan di atas katil.
Hariz aku lihat masih tegak berdiri di hadapan pintu bilik. Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum ke arah aku. Pintu bilik ditutup rapat sebelum dia berjalan mendekati aku.
"Yelah sweetheart. Tiga minggu je lagi lepastu kita boleh pergi honeymoon." Hariz menjongketkan keningnya berkali-kali bersama sengihan nakal. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan aku.
"Itu je abang fikir kan."
Hariz sengih. Dia turut baring di atas katil. Terus sahaja aku ditarik masuk ke dalam dakapannya.
"Peluk sayang lah benda paling best abang pernah buat." Ujar Hariz lembut. Badan aku dipeluk kemas olehnya.
"Kenapa? Peluk perempuan lain sebelum ni tak best ke?" Kata aku mendatar. Dia sengih sebelum menggeleng.
"Tak. Sebab abang tak pernah buat." Kata Hariz manja. Dahi aku diciumnya berkali-kali. Aku tergelak kecil melihat perlakuannya.
Sejak kahwin ni, perangai Hariz berubah seratus peratus. Dia selalu sangat tunjuk dia punya perangai comel berbanding perangai macho dia. Dan perangai tu hanya keluar bila dia berdua dengan aku sahaja.
Aku memusingkan badan menghadapnya. Wajah disembunyikan di sebalik lehernya. Bau maskulin Hariz menusuk masuk ke rongga hidung aku. Wangi!
"Abang pakai minyak wangi apa? Wangi lah." Kata aku yang masih tidak mengangkat kepala dari lehernya. Aku tidak berhenti menghidu lehernya.
"Geli lah sweetheart. Jangan nak hidu sangat, karang ada yang menangis."
Aku mengangkat kepala untuk memandang Hariz yang sudah tergelak. Dadanya aku pukul perlahan sebelum aku kembali menyembamkan wajahku di ceruk lehernya.
"Abang cakap benda betul, sayang. Jangan main-main dengan lelaki tau." Hariz mencium sekilas tepi kepala aku. Belakang badan aku diusap olehnya.
"Gatal!" Terletus tawanya apabila mendengar kata-kata aku. Pipi aku menjadi sasaran bibirnya mendarat.
"Ish dah lah. Ardell nak pergi cuci muka. Abang tidur lah dulu." Mendapat sahaja anggukan dari Hariz, aku terus bangun dan bergerak masuk ke tandas.
Usai sahaja mencuci muka, terus aku bergerak keluar dari tandas. Mata aku menangkap figura milik Hariz yang sudah nyenyak dibuai mimpi. Terbit satu senyuman dibibir.
Langkah dibuka ke arah katil beradu kami. Wajah polos Hariz aku tatap penuh rasa sayang. Hailah suami, handsome nya.
Tangan aku naik mengusap rambutnya yang sedikit serabai. Sungguh aku tak sangka lelaki yang selama ini sebagai kawan sekarang sudah menjadi suami aku. Pelindung aku dan syurga aku.
"I love you, abang."
Dahi milik Hariz aku cium sekilas sebelum aku turut berbaring menghadap kearah nya. Aku hanya menatap wajah kacak milik dia sebelum aku juga turut masuk ke alam mimpi.
YOU ARE READING
[C] HARDELL: Friend To Lover
RomansaDari status sahabat, bertukar kepada status suami isteri ? Itulah yang dialami Ardell Dahlia dan Hariz Aiman. Persahabatan yang terjalin sejak berumur 16 tahun secara tiba-tiba digantikan dengan perkahwinan yang ditentukan oleh keluarga masing-masin...