"Assalamualaikum." Laung Hariz. Tidak sampai beberapa minit pintu rumah terbuka dari dalam, terpampang wajah ibu yang elok tersenyum ke arah aku dan Hariz.
"Waalaikumussalam, sampai pun anak menantu ibu." Dapat aku dengar suara keterujaan ibu. Terus aku ditarik masuk ke dalam pelukannya.
Harini kami berdua bercadang untuk tidur di rumah ayah dan ibu. Esok ibu akan mengadakan jamuan makan sempena birthday Hanna. Jadi aku mahu tolong apa yang patut, takkan nak datang melantak je kan.
"Ibu ni dah lupa ke dekat anak ibu? Mana aci peluk Ardell je." Hariz memuncungkan bibirnya. Jealous lah tu sebab ibu peluk aku je.
"Alah kamu ni Hariz, bagi lah ibu lepaskan rindu dekat menantu ibu ni. Kamu tu ibu tak rindu sangat, dari kecik sampai besar menghadap kamu je. Sampai naik bosan dah." Bahu Hariz ditepuk perlahan. Makin memuncung bibir milik Hariz. Mengada betul. Suami siapa la tu.
"Ibu ni!"
Ibu hanya buat tak endah, tangan aku ditarik untuk duduk di sofa, bersebelahan dengannya. Hariz pula duduk di sofa sebelah kiri.
"Ayah dengan budak kecik tu pergi mana ibu?"
Hariz melilar ke segenap ruang rumah itu. Mencari keberadaan ayah serta Hanna. Haah lah tak nampak pun dua beranak tu. Kereta ayah pun rasanya tak ada tadi.
"Diorang pergi sekolah tadi. Nak ambil modul Hanna." Aku dan Hariz angguk sahaja.
"Lia dengan Hariz macam mana? Sihat?" Ibu memandang aku dengan Hariz silih ganti.
"Alhamdulillah. Kami berdua sihat je, ibu."
"Lia? Nampak berisi sikit ni." Ibu tersengih-sengih memandang aku. Aku pula dah blur. Apa maksud ibu ni. Aku nampak gemuk ke?
"Maksud ibu? Lia nampak gemuk ke?" Usai berkata begitu, terus telinga aku dapat menangkap suara gelakan dari tepi. Siapa lagi kalau bukan Hariz.
"Mana tak gemuk ibu kalau 24 jam asyik makan je." Aku pandang dia tajam. Makin galak dia ketawa melihat wajah cemberut aku. Amboi mamat ni. Aku wwe kang.
"Bukan itu lah maksud ibu. Ni Lia dah ada isi ke?" Ibu pegang perut aku. Apabila faham maksud ibu, terus aku terbatuk-batuk. Kekok mula menguasai diri.
"B-belum lagi ibu. Belum rezeki lagi." Aku menggaru kepala aku yang berlapikkan tudung. Pipi pun sudah terasa bahang. Alahai ibu jangan lah tanya soalan macam tu.
"Ibu. Kitorang fokus dekat kuliah dulu. Pasal anak tu-" kata-kata Hariz laju sahaja dipotong oleh ibu.
"Ye lah ibu faham." Aku senyum nipis ke arah ibu. Faham lah aku yang ibu pun nak merasa ada cucu. Mana tidak nya, Hariz kan anak sulung. Mesti ibu terlalu berharap pasal tu.
Ibu mengusap kepala aku lembut. Aku yang selesa diperlakukan begitu terus melentokkan kepala ke bahu ibu.
"Sayang! Ibu abang punya lah." Hariz menjeling aku. Dia bangun lalu menyelit di antara aku dan ibu. Terus muka aku berubah cemberut. Kacau betul lah dia ni.
"Ish kacau lah. Dell pun nak manja dengan ibu juga!" Aku tampar bahu Hariz. Dia hanya buat muka selamba. Geram pula aku tengok.
"Meh sini tidur kat bahu abang. Jangan nak manja dengan ibu. Abang je boleh." Hariz tarik kepala aku lalu diletakkan di bahu dia. Ibu pula sudah tergelak melihat gelagat aku dan Hariz.
"Kamu ni Hariz. Apa buat isteri macam tu. Biarlah dia nak bermanja dengan ibu."
"Kan ibu kan. Sibuk je." Hariz buat-buat pekak. Sempat juga dia menjelirkan lidahnya ke arah aku. Ish geram aje nak potong lidah tu. Biar tak boleh bercakap!
YOU ARE READING
[C] HARDELL: Friend To Lover
Storie d'amoreDari status sahabat, bertukar kepada status suami isteri ? Itulah yang dialami Ardell Dahlia dan Hariz Aiman. Persahabatan yang terjalin sejak berumur 16 tahun secara tiba-tiba digantikan dengan perkahwinan yang ditentukan oleh keluarga masing-masin...