+ 0 6 +

4.3K 228 0
                                    

"Riz~"

"Yes sweetheart." Hariz memusingkan kepala. Memandang aku yang sudah merengek macam budak kecil.

"Taknak warna tu. Tak cantik lah." Kata aku dengan suara yang sengaja dimanjakan. Mata pula dikelip banyak kali. Bagi dia cair.

"Apa yang tak cantik nya. Aku tengok elok je." Dia mengangkat keningnya.

"Ish warna lain lah. Navy blue ke? Emerald green ke? Taknak soft color." Aku mencebikkan bibir ke arahnya.

Kami sekarang berada di butik pengantin. Dari tadi aku dengan dia bergaduh memilih warna tema baju. Dia nak warna yang terang, aku pula nak warna gelap.

Hariz menggulingkan matanya. Dia mengeluh perlahan sebelum menjeling aku yang sudah tersengih ke arahnya.

"Iyalah. Kau ni. Kalau tak ikut kan nanti merajuk macam budak kecik." Bibir aku terus tersenyum mekar. Nak aje aku peluk dia. Tapi bila teringatkan kami belum halal lagi, jadi aku batalkan niat tu.

"Dah habis gaduh?" Tanya mama. Aku dan Hariz memandang sesama sendiri sebelum pandangan beralih kepada dua wanita yang duduk di hadapan kami.

"Eh lupa pula ibu dengan mama ada." Kata Hariz bersama sengihan. Belakang lehernya digosok.

"Macam-macam kamu berdua ni. Dah pilih warna apa?" Soal ibu. Terus aku melebarkan senyuman aku.

"Navy blue!" Kata aku teruja. Mana tidaknya, tu warna favorite aku. Mesti lah aku happy kan.

"Baju akad nikah warna putih. Baju sanding warna navy blue?" Soal pekerja butik itu. Kami mengangguk.

"Haah. Kalau akad nikah, baju kurung moden biasa pun tak apa. Tapi kalau sanding saya nak reka bentuk baju tu macam ni. Boleh kan?" Tanya mama. Pekerja itu mengangguk.

"Boleh, puan. Nanti bila baju dah siap kami hubungi puan, ya."

"Baik. Terima kasih." Pekerja itu menunduk sedikit terus kami berempat keluar dari butik itu.

"Mama dengan ibu nak cari barang sikit. Kamu berdua nak pergi mana pergi lah dulu. Nanti dah siap mama call erh?"

Melihat anggukan dari aku, terus kedua wanita itu berjalan meninggalkan kami berdua. Aku pandang Hariz disebelah apabila nama aku diseru olehnya.

"Aku nak pergi tandas jap erh." Pamit Hariz.

"Aku tunggu dekat depan sana tau?" Dia angguk sebelum beredar dari situ. Aku pun turut bergerak ke arah kerusi-kerusi yang disediakan di dalam mall itu. Nampak sahaja tempat kosong, terus aku duduk di situ.

Mata aku melilar memandang sekeliling mall. Ramai betul orang harini. Naik pening pula aku tengok.

Aku terus mengeluarkan telefon dari beg tangan. Mahu check kalau-kalau ada mesej masuk. Tapi sayang, kosong. Sendu betul hidup aku ni kan. Aku terus menutup aplikasi Whatsapp dan mula membuka aplikasi Instagram.

Sedang syok aku meng-scroll aplikasi itu, telinga aku menangkap bunyi bising di kawasan berdekatan aku. Terus aku angkat kepala, memandang beberapa orang gadis yang sedang melihat ke arah aku atas bawah. Tch ada hutang ke nyah?

"Sombong." Kata aku perlahan apabila salah seorang dari gadis itu menjeling aku. K menyesal aku senyum dekat diorang.

Mata kembali tertacap pada telefon pintar milikku. Cuba untuk hiraukan mereka. Namun untuk beberapa minit sahaja selepas mereka tiba-tiba menjerit macam kena histeria.

Eh tak ada lah sampai macam tu. Tapi aku dapat dengar lah. Lagipun jarak kami bukannya jauh sangat. Diorang hanya berada dihadapan aku.

"Handsome sia mamat tu."

"Weh dia datang arah kita lah."

"Jodoh aku ke tu?"

Aku menggulingkan bebola mata. Gedik betul. Harapkan bertudung tapi baju yang dipakai ketat nak mampus. Sakit pula mata aku tengok.

"Lama tunggu?" Aki pusingkan kepala melihat gerangan yang sudah duduk di sebelah aku. Aku senyum sekilas ke arahnya.

Waktu itu aku dapat lihat gadis-gadis itu sudah pandang aku tak puas hati. Sedarlah lelaki yang diorang puji tadi adalah Hariz. Eh asal? Berkenan ke tengok tunang aku? Tahulah dia handsome tch.

"Sorry sweetheart. Orang ramai lah dalam tandas tadi."

"Maaf diterima. Tapi biy kena belanja sayang aiskrim. Boleh?" Kata aku manja. Sengaja ingin membuat gadis-gadis itu panas.

"H-huh?" Hariz kaku. First time aku berbahasa seperti itu dengannya. Siapa je tak terkejut.

"Boleh tak biy?" Kata aku lagi. Bibir sudah dicebikkan. Ya Allah lepasni confirm aku nak sental mulut aku pakai sabun basuh jamban. Gedik semacam aje ni.

"Anything for you, sweetheart. Let's go." Dia bangun dari duduk dan terus menarik lengan baju aku. Aku hanya ikut dari belakang. Sesekali kepala aku dipusingkan ke belakang, melihat gadis-gadis gedik itu tadi. Hehe kena korang. Menggedik dengan bakal suami aku lagi.

゚°☆☆° ゚

"Hariz Aiman! Merajuk lagi erh." Hariz memandang datar ke arah aku. Dia terus berjalan masuk ke dalam rumah banglo milik keluarga aku.

Semalam selepas kami berdua beredar dari gadis-gadis itu, terus aku bagitau dia yang aku panggil dia macam tu sebab nak buat diorang cemburu.

Terus cemberut muka Hariz. Seharian dia tak bercakap dengan aku. Aku call tak angkat, chat tak reply. Ya Allah makin nak dekat tarikh kahwin, makin kuat dia merajuk. Agak-agak lepas kahwin nanti macam mana ya?

"Riz kau marah aku lagi erh? Sorry lah. Aku tak sengaja." Aku memuncungkan bibir. Pinggangnya aku cucuk dengan pen yang berada di tangan aku.

"Ardell." Dia mengecilkan matanya memandang aku. Terus aku sengih macam kerang busuk.

"Sorry okay. Taknak la merajuk macam ni, baby" Aku memuncungkan bibir aku lagi. Ish susah betul nak pujuk jantan sorang ni.

"Ya Allah tiba-tiba rasa gatal dalam telinga ni. Hanna jom masuk bilik kak Deena. Bahaya duduk sini. Kan cair tahi telinga nanti."

"Ardeena Darwisyah." Panggil aku dengan suara keras. Wajahnya aku pandang tajam.

"Hehe sorry kak. Ha sambung lah ngorat abang Hariz. Kitorang tak kacau dah. Bye~"

"Tata~" Ardeena dan Hanna melambai ke arah kami. Ish dua-dua sama je. Busybody.

Aku pusingkan kepala ke arah Hariz semula. Hariz aku lihat sudah tersenyum nakal ke arah aku.

"Panggil sekali lagi sweetheart." Hariz dekatkan telinganya dengan muka aku. Sengaja mahu mengusik selepas melihat wajah aku sudah memerah seperti tomato.

"Babi." Bisik aku perlahan ditelinganya. Terus aku lari ke arah mama dan ibu yang sibuk memasang pelamin dengan anak buah mereka.

"Ardell Dahlia!"

Jeritannya itu aku abai. Nak merajuk sangat kan. Ha rasa kau!

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now