"Mama!" Ardell berlari mendapatkan Puan Raudah. Tubuh tua itu dipeluk erat olehnya. Rindu dengan wanita yang bergelar ibu itu.
"Ya Allah Ardell. Macam budak-budak lah kamu ni." Puan Raudah tergelak perlahan. Badan Ardell diusap lembut.
"Assalamualaikum ma." Hariz menghulurkan tangan, bersalaman dengan ibu mertuanya. Puan Raudah tersenyum dan menyambut tangan menantunya itu.
"Mari masuk. Semua ada dekat dalam tu hah." Puan Raudah memberi laluan kepada Hariz dan Ardell masuk. Terus sahaja ketiga mereka berjalan ke ruang tamu, dimana semua ahli keluarga Ardell berada.
"Baba. Ardell rindu." Giliran Encik Arfan pula menjadi mangsa pelukan Ardell. Pipi milik lelaki berusia itu dicium sekilas sebelum dia bersalam dengan Ardhan, Ardrian, Alisa dan Aqila dan terus mengambil tempat di sebelah kakak ipar keduanya itu.
"Dah ada suami pun, perangai still macam budak." Ardrian menjuih bibirnya. Menyampah tengok perangai tidak matang adiknya yang seorang itu. Mengada je lebih.
"Diam lah kau. Tahu lah jealous takde orang rindu." Hariz menepuk lembut peha isterinya.
"Betul lah." Ardell memeluk tubuhnya. Merajuk karang. Dia terus menghiraukan Hariz lalu bermain dengan Elyana yang berada dalam dukungan Aqila.
"Ardell bila lagi nak bagi baba dengan mama cucu?" Soal Encik Arfan. Matanya hanya memandang Ardell yang sedang mengagah bayi berusia 5 bulan itu.
"Belum rezeki lagi. Kalau ada nanti ada lah." Ardell berkata selamba. Matanya hanya fokus pada anak saudaranya itu. Langsung tidak menghiraukan pandangan dari semua orang.
"Itu je jawapan kau dik." Ardhan menjeling manja adiknya itu. Malas mahu melayan. Perangai tak berubah. Ingatkan dah kahwin, matang lah perangai tu.
"Ardeena, Damia dengan Dayyan pergi mana? Sunyi je rumah ni?"
"Ibu dengan ayah Hariz dah culik diorang pagi tadi. Katanya nak pergi waterpark." Hariz tergelak mendengar jawapan dari Alisa.
"Mentang-mentang lah ayah tu dah tak kerja. Jalan-jalan je erh. Dah lah culik anak dengan cucu orang." Terletus tawa semua disitu mendengar tutur kata Hariz.
"Ayah bosan lah tu duduk rumah. Tak buat apa-apa. Nak main dengan cucu, cucu takde lagi." Ujar Puan Raudah dan mendapat anggukan dari Hariz. Mana tidaknya, sebelum ini ayahnya itu asyik sibuk dengan kerja aje. Bila dah bersara ni, confirm lah bosan sebab hanya goyang kaki aje dekat rumah.
"Ardell nak naik dulu lah. Nak mandi. Badan ni dah rasa melekit dah." Mendapat sahaja anggukan dari semua, Ardell terus menarik tangan Hariz untuk mengikutinya.
"Nak mandi pun kena teman."
"Suka hati lah. Suami orang!" Tajam jelingan mata Ardell kepada Ardrian. Ini lah abang keduanya, tak jumpa rindu, bila berjumpa asyik gaduh aje. Macam anjing dengan kucing aje.
゚°☆☆° ゚
"Ardell. Ardell dengan Hariz sibuk ke?" Puan Raudah memandang Ardell yang duduk di ruang tamu. Mata gadis itu fokus menonton drama di televisyen.
"Tak pun ma. Kenapa?" Ardell memandang Puan Raudah yang sudah berdiri di sisi sofa yang dia duduk. Sesekali tangannya naik menyuap keropok yang diambil di dapur tadi.
"Tolong mama belikan barang dapur boleh tak? Mama nak pergi tapi baba dah keluar dengan abang Ar tadi. Abang Ian pula keluar dengan kak Qila."
"Boleh boleh. Mama bagi list nanti Ardell beli. Ardell pergi bagitau Hariz kejap." Puan Raudah mengangguk.
Hilang sahaja kelibat Puan Raudah, Ardell terus bergerak naik ke bilik. Masuk sahaja bilik, matanya menangkap figura Hariz sedang berbaring di atas katil.
"Abang buat apa tu?" Ardell melabuhkan punggungnya di birai katil. Wajah Hariz ditatap, menunggu jawapan.
"Check kerja je. Kenapa sayang?" Hariz meletakkan telefonnya di sisinya. Badan digerakkan sedikit sebelum kepalanya diletakkan di atas riba Ardell.
"Mama minta tolong beli barang. Jom. Lagipun Ardell tak tahu nak buat apa sekarang ni."
Hariz angguk perlahan. Terus sahaja dia bangun dari pembaringan dan duduk menghadap isterinya.
"Pergi lah bersiap. Nanti kita pergi." Ujar Hariz lembut.
"Abang pun pergi lah bersiap. Takkan nak pergi dengan tak berbaju macam ni." Kata Ardell mendatar. Hariz sudah tersenyum nakal. Ada lah tu benda yang dia rancang dalam kepala dia.
"Boleh je kalau Ardell nak."
"Tak payah mengada Hariz Aiman. Badan abang tu Ardell je boleh tengok!" Hariz tergelak kuat mendengar suara tidak puas hati isterinya itu. Alahai comel je.
Ardell yang melihat Hariz seperti tiada tanda-tanda untuk berhenti ketawa itu terus memasang riak wajah menyampah. Terus sahaja dia bangun dan bergerak ke almari baju miliknya. Baik bersiap dulu dari layan suami dia yang macam ada masalah wayar putus ni.
゚°☆☆° ゚
Ardell memeriksa kesemua barang dapur. Takut-takut ada yang tertinggal. Selepas memastikan kesemua sudah ada terus dia berpaling pada Hariz yang bersandar pada satu rak sambil bermain telefon.
"Abang."
Hariz mengangkat wajahnya. Telefon disimpan di dalam poket sebelum bergerak mendekati isterinya.
"Dah siap?" Ardell mengangguk perlahan. Hariz memandang isi troli di hadapan Ardell sebelum matanya tajam memandang isterinya.
"Amboi. Ambil kesempatan dalam kesempitan nampak." Perli Hariz. Ardell disebelah sudah tersengih menampakkan barisan giginya.
"Bukan selalu hehe." Hariz menggeleng perlahan. Troli ditolak ke arah kaunter. Ardell dibelakang hanya mengikutinya.
"Thank you." Hariz senyum nipis kepada penjaga kaunter. Tangan kecil Ardell diraih manakali lagi satu tangannya menolak troli keluar dari ruangan pasaraya itu.
"Abang.."
"Hm." Hariz memandang malas ke arah Ardell yang sudah memeluk erat lengannya. Mata gadis itu dikelipkan beberapa kali, seolah-olah ingin meminta sesuatu.
"Nak aiskrim tu..." Meleret sahaja suara Ardell. Tangan ditunjukkan pada gerai aiskrim yang berada di sebelah pintu keluar pasaraya.
"Yelah. Kita pergi letak barang dalam kereta dulu. Nanti abang belikan, okay?" Ardell mengangguk laju. Mereka berdua terus bergerak ke arah parking. Barang disusun ke dalam bonet kereta.
Usai sahaja menyusun barang, Hariz mengalihkan pandangan kearah Ardell. Kunci kereta diberikan kepada gadis itu.
"Duduk dalam kereta, lepastu kunci pintu. Abang pergi beli kejap." Ardell tanpa membantah terus masuk ke dalam kereta. Selepas memastikan kereta sudah dikunci, terus sahaja Hariz bergerak ke arah gerai aiskrim tadi.
Selang beberapa minit, Hariz kembali ke kereta. Aiskrim yang dibeli tadi diberikan kepada gadis itu sebelum dia bergerak ke arah tempat memandu.
"Thank you abang! I love you!" Pipi Hariz dicium sekilas. Senyuman di bibirnya langsung tidak pudar. Suka dapat aiskrim agaknya.
Hariz disebelah hanya tersenyum. Suka melihat wajah ceria isterinya itu. Tanpa membuang masa terus sahaja dia menghidupkan enjin kereta sebelum kereta mewahnya dipandu membelah jalan raya.
YOU ARE READING
[C] HARDELL: Friend To Lover
RomanceDari status sahabat, bertukar kepada status suami isteri ? Itulah yang dialami Ardell Dahlia dan Hariz Aiman. Persahabatan yang terjalin sejak berumur 16 tahun secara tiba-tiba digantikan dengan perkahwinan yang ditentukan oleh keluarga masing-masin...