Aku tersedar dari tidur apabila perut aku sekali lagi terasa sakit. Inilah perkara yang paling aku benci setiap kali datang bulan. Bila period pain datang serang aku.
Telefon yang berada di atas night stand diambil. 2.15 pagi. Ya Allah selalu sangat sakit ni serang waktu pagi.
Kepala dipusingkan ke arah kiri, melihat Hariz yang nyenyak tidur. Nak kejutkan dia, kesian pula. Mesti dia penat sebab dari kolej tadi asyik jaga aku je.
Aku mengiringkan badan membelakanginya. Perut ditekan kuat, cuba untuk menghilangkan rasa sakit, namun gagal. Perut aku terasa semakin mencucuk-cucuk.
Air mata aku perlahan-lahan turun. Sumpah aku tak tahan sangat ni. Allahuakbar, sakitnya.
Aku pejam mata, namun untuk seketika sebelum mata aku kembali terbuka apabila terasa ada tangan yang menggosok lembut perut aku.
"Ardell? Ardell nangis ke." Soal Hariz dengan suara seraknya. Mungkin dia tersedar sebab pergerakan aku.
"Sayang okay tak ni?" Soalnya cemas apabila dia mendengar esakan dari aku.
"A-abang. Perut D-Dell sakit." Aku berkata dalam keadaan menangis. Dia memusingkan badan aku menghadapnya. Jelas di wajah Hariz riak risau. Mungkin waktu tu muka aku dah macam mayat agaknya.
"Abang urut okay?" Katanya lembut bersama usapan di rambut aku. Dia mengesot mendekati aku selepas dia mengambil minyak angin yang berada dalam laci night stand. Perut aku dia urut lembut.
"Is there anything I can do to make you feel better, sayang?" Soalnya lembut. Tangan masih setia mengurut aku.
"Hug." Kata aku perlahan. Terus aku pusing badan menghadapnya. Pinggangnya aku peluk erat. Aku kalau tak marah orang, aku jadi manja dengan orang setiap kali datang bulan.
Dulu dengan baba dan mama. Dapat peluk salah sorang aje mesti hilang sikit sakit tu. Kalini giliran Hariz pula menjadi mangsa aku.
"Ya Allah sayang. Terkejut abang." Katanya diselangi gelak tawa. Belakang aku dia tepuk perlahan. Baju aku dia selak sedikit sebelum tangan kasarnya mula mengurut pinggang aku.
"Sakit lagi?" Aku angguk perlahan.
"Sorry abang sebab dah kacau tidur abang."
"It's okay, sayang. Takkan lah abang nak biarkan Ardell sakit sorang-sorang. Abang nak jaga Ardell. Abang taknak Ardell masuk hospital macam haritu. Abang tak suka tengok sweetheart abang ni sakit." Katanya manja bersama bibir yang dimuncungkan. Aku gelak perlahan. Mengada.
Hariz baringkan badan dia di katil, terus aku ditarik masuk ke dalam dakapan hangatnya. Muka aku disembamkan pada dada bidang dia. Tangannya pula erat memeluk tubuh kecil aku.
Sesekali tangan dia naik menggosok belakang badan aku, seperti mendodoikan aku.
"Esok tak payah pergi kolej erh. Rehat je dekat rumah. Abang takut sayang sakit dekat kolej nanti. Abang pun tak pergi esok."
"Abang tak payah lah cuti. Pergi je kolej erh. Ardell boleh je jaga diri esok." Dia geleng.
"No. Nanti jadi macam tadi. Abang risau la." Dia bersuara keras, sengaja ingin buat aku takut dengannya. Aku hanya menggumam dalam pelukannya.
"Abang, perut Dell sakit lagi lah." Hariz tunduk memandang aku.
"Tidur dulu. Nanti tahan lah. Kalau sakit lagi bagitau abang, jangan tahan sorang-sorang macam tadi." Pesannya. Aku angguk.
Dia menepuk belakang badan aku. Dapat aku dengar suara merdunya mengalunkan alunan zikir sambil mendodoikan aku. Aku tersenyum sedikit.
Tenang berada dalam keadaan begitu. Terasa macam taknak lepas. Dahi aku dia cium sekilas sebelum kami berdua masuk ke alam mimpi.
゚°☆☆° ゚
"Ya Allah, Ardell Dahlia! Kan abang dah cakap tak payah masak harini. Abang suruh rehat je kan tadi. Degil sangat kenapa hm?" Hariz berjalan laju ke arah aku yang sedang mengeluarkan segala bahan untuk memasak.
"Takpe lah abang. Ardell dah okay. Ni kalau Ardell tak masak, abang nak makan apa?" Soal aku tanpa memandang matanya. Takut dengan renungan tajam yang dia berikan kepada aku.
"Boleh beli kan. Yang susah-susah nak masak tu kenapa?" Dia bersandar pada kabinet dapur. Tangan disilangkan di dada.
"Membazir lah. Takpe Ardell boleh masak. Ardell dah okay ni." Kata aku lagi. Dia terus jalan mendekati aku. Badan kecil aku diangkat lalu didudukkan di atas countertop dapur.
"Sayang, please dengar cakap abang. Jangan susahkan diri nak masak. Ya, memang sayang cakap dah okay. Tapi tak dekat mata abang. Muka tu pucat lagi lah."
Aku usap pipinya lembut. Muka putih bersihnya aku tenung. Jelas terpapar riak risau di wajahnya.
"Abang ni risau sangat lah." Aku gelak apabila mukanya berubah cemberut.
"Abang tak suka tengok sweetheart abang sakit." Kini giliran Hariz mengusap pipi aku. Dia tenung anak mata aku dalam.
"I'm okay, abang."
Usai aku berkata begitu terus Hariz dukung aku. Terkejut aku dibuatnya. Lehernya aku peluk erat. Risau kalau-kalau jatuh.
"Abang!" Aku pukul perlahan belakang badan dia. Dia pula sudah tergelak. Ish suka lah tu buat orang terkejut.
"Siapa suruh degil. Orang suruh rehat kan. Nak juga buat kerja tu kenapa. Abang babap kang." Aku hanya diam. Sampai sahaja di bilik terus dia baringkan aku atas katil. Selimut ditarik hingga paras dada.
"Ardell tak mengantuk lah. Ardell dah banyak sangat tidur tau."
"Okay kalau macam tu buat lah apa yang Ardell nak. Asalkan bukan kerja rumah. Sayang kena rehat." Aku menggulingkan bebola mata aku.
"Abang ni buat Ardell macam sakit kronik. Ardell senggugut je. And sekarang dah okay. Jangan la layan Ardell macam ni. Tak suka lah!" Kata aku dingin. Terus aku menjeling dia. Badan aku pusing membelakanginya. Geram tengok muka dia.
"Eleh dah okay konon. Habistu kenapa emo semacam je ni."
"Ish abang diam la. Pergi keluar. Ardell taknak tengok muka abang." Aku terus baring lalu selimut ditarik sehingga menutupi kepala aku. Merajuk!
"Alolo sweetheart abang ni merajuk ke?" Dia tarik selimut yang menutupi kepala aku. Aku apa lagi, terus bagi jelingan maut kepada dia.
"Ish rimas la." Aku menepis tangan Hariz yang sibuk menggomol pipi aku.
"Sayang~" panggilnya meleret. Ingat comel lah tu buat suara macam tu. Aku buat derk je. Malas nak layan perangai mengada dia tu.
"Sayang look at me!" Rahang aku ditarik lembut ke arahnya. Mata kami bertemu.
"I'm sorry. Abang just nak jaga sayang baik-baik. Abang nak Ardell cepat sihat. Abang tak suka lah tengok Ardell lemah, lepastu nangis sebab tahan sakit." Aku memandangnya sayu. Rasa bersalah pula layan dia macam tu tadi. Tapi bukan salah aku, emosi aku ni hah yang tak stabil!
"Sorry sweetheart abang." Dahi aku diciumnya. Asyik-asyik cium dahi aku, tahu lah dah jadi hobi dia.
"Ardell pun minta maaf juga. Terlebih emo pula tadi." Aku laga-lagakan jari telunjuk aku dihadapannya. Terus bibirnya melebar.
"Nak hug! Tadi sayang marah abang kan." Tangan didepakan terus aku masuk kedalam pelukannya. Kepala aku sandarkan pada dada bidangnya. Fav spot aku.
"Sayang." Panggilnya. Aku angkat kepala ingin melihat wajahnya. Tak semena-mena bibir kami bertemu. First kiss? Terus memerah wajah aku.
Seperti dapat mengagak tindakan aku, Hariz cepat-cepat meleraikan pelukan kami. Terus dia lari keluar dari bilik. Nak selamatkan diri.
"Hariz Aiman!" Jerit aku kuat. Dapat aku dengar suara gelakannya dari luar. Ya Allah malunya aku! Terus aku sembam wajah aku pada bantal. Siap la kau Hariz! Tidur luar malam ni!
YOU ARE READING
[C] HARDELL: Friend To Lover
RomanceDari status sahabat, bertukar kepada status suami isteri ? Itulah yang dialami Ardell Dahlia dan Hariz Aiman. Persahabatan yang terjalin sejak berumur 16 tahun secara tiba-tiba digantikan dengan perkahwinan yang ditentukan oleh keluarga masing-masin...