+ 0 3 +

4.4K 227 0
                                    

"Ardell."

Aku mengangkat kepala. Wajah baba aku tatap sekejap sebelum pandangan jatuh kepada makanan aku semula.

"Kalau baba suruh Ardell kahwin, Ardell nak tak."

"Uhuk!" Melihat sahaja muka aku yang sudah memerah akibat tersedak, terus abang sulung aku, Ardhan Danish menghulurkan air. Belakang aku ditepuk lembut.

"Okay tak." Aku mengangguk sedikit. Mata ditutup menahan perit yang terasa di tekak.

"A-apa baba cakap tadi?" Aku memandang serious wajah baba. Dapat aku lihat baba dan mama sedang memandang satu sama lain.

"Baba nak Ardell kahwin. Ardell okay ke?"

Okay Ardell tenang. Dah kenapa tiba-tiba nak aku kahwin ni?!

"Terima je lah kak. Kau tu pun dah tua kan." Aku menjeling Ardeena. Ish budak ni kalau tak cari pasal dengan aku memang tak sah kan.

"Kenapa tiba-tiba je ni, baba?" Soal aku dengan wajah berkerut. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba suruh aku kahwin.

"Baba nak juga merasa ada menantu lelaki. Nak tunggu adik lambat lagi. Jadi baba nak Ardell lah kahwin. Lagipun Ardell dah 21 tahun kan?"

Ya Allah alasan dia. Tak logik langsung. Tak cukup ke anak lelaki dua orang sampai nak ada menantu lelaki pula ni?

"Terima je lah Dell. Daripada kau jadi andartu."

"Diam la abang Ardrian!" Pandangan tajam aku berikan kepadanya. Tengah serabut ni boleh pula dia cari pasal. Kesian anak dia lahir tak ada ayah nanti kan.

"Marah-marah. Berkedut muka tu nanti, lari bakal suami kau tu kak." Ya Allah sekor lagi.

"Ardrian, Ardeena." Mama mencerlung tajam muka kedua mereka. Terus mereka terdiam. Tahu takut.

"D-dengan siapa?"

Dapat aku tangkap bibir baba terangkat. Sus-

"Lusa keluarga diorang akan datang rumah. Baba jemput dinner sama-sama. Alang-alang Ardrian pun ada balik sini. Senang lah nak bincang." Jawab baba dengan tenang.

"Terus meminang ke baba?" Abang Ardhan memandang wajah baba. Aku juga berbuat benda sama.

"Diorang datang dinner je. Nanti boleh la Ardell kenal-kenal dengan anak lelaki diorang."

Aku mengeluh perlahan. Wajah baba dan mama aku lihat seperti berharap yang aku akan terima. Terus aku memberikan senyuman kepada mereka.

"Iyala baba, mama. Dell ikut je."

"Alhamdulillah. Baba tahu anak-anak baba ni semua baik-baik." Baba mengusap kepala aku. Senyumannya aku lihat tidak lekang di bibir. Bahagia sangat.

Tak apa lah. Berkorban sedikit demi baba dan mama. Tengok diorang bahagia pun dah buat aku bahagia. Kalau baba yang pilih jodoh, pasti nya bukan calang-calang orang. Mesti dia pun nak yang terbaik untuk aku.

Insya Allah, percaya dengan takdir Allah, Ardell Dahlia.

゚°☆☆° ゚

"WHAT?!"

Bahu Hariz aku pukul dengan fail yang berada di tangan aku. Ya Allah dia punya jeritan tu boleh pekak telinga aku.

"Jangan jerit la bongok." Marah aku tapi tak diendahkan olehnya. Pandangan tidak percaya dia berikan kepada aku.

"K-kau tak tipu kan?" Soalnya.

"Buat apa aku nak tipu kau! Ish buang masa je."

"Tapi dengan siapa?" Aku mengangkat bahu. Terus aku mengeluh kasar.

"Aku pun tak tahu. Semua baba dengan mama uruskan."  Kataku perlahan.

"Jadi kau terima lah?"

"Entahlah. Baba macam berharap sangat aku terima. Jadi aku terima aje lah. Aku tak nak kecewakan dia." Kepala ditundukkan. Bersediakah aku untuk jadi isteri orang?

"Alah nanti kau dah kahwin, mesti kita dah tak boleh lepak macam biasa. Mesti husband kau tak kasi kau keluar dengan aku kan?" Aku memandang sayu wajah Hariz. Suaranya juga berubah kendur.

"Berani dia tak kasi aku lepak dengan kau! Kau tu kawan baik aku tau. Aku kenal kau lagi lama dari aku kenal dia. Kalau dia berani marah aku sebab keluar dengan kau, memang aku cincang-cincang badan dia."

Terletus tawa milik Hariz. Terus aku pandang dia. Dah kenapa dia ni?

"Ardell tak baik la. Kau ni. Jangan pula sebab aku nanti kau gaduh dengan 'bakal suami' kau tu." Katanya dengan tawa yang masih bersisa. Sengaja dia tekan perkataan bakal suami.

"Iya tahulah. Tapi apa-apa pun kau tetap kawan aku yang paling aku sayang. Kita kawan sampai mati tau. Ingat janji kita dulu!" Kata aku tegas. Sebenarnya aku nak sembunyikan rasa sebak aku.

"Iya. Dan aku janji yang hubungan kita takkan berakhir lepas kau kahwin. Hubungan persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila." Kata Hariz pula.

"Tapi jangan lah abaikan suami tu." Sambung dia bersama tawa. Terus aku membuat muka menyampah.

"Ish sudah la. Tak payah cakap pasal dia." Aku menyilangkan tangan ke dada.

"So malam ni kau jumpa bakal suami kau?"

"Enough Hariz Aiman!" Aku menjelingnya.

"Orang tanya je kan." Dia mencebik. Datang dah perangai manja dia tu.

"Ya. Malam ni dia dinner rumah aku." Dia angguk. Keadaan diantara kami sunyi seketika.

"Kau datang juga malam ni!" Membulat mata Hariz.

"Amende kau ni. Taknak aku. Nanti menyibuk pula. Tu kan urusan keluarga kau dengan bakal suami kau."

"Ish kau ni." Giliran aku pula mencebik. Terus aku pusingkan badan, membelakangi Hariz.

Dapat aku dengar Hariz ketawa perlahan di belakang aku. Ish boleh pula dia ketawakan aku? Pujuk la Hariz!!

"Sudah la. Aku ada kelas ni. Nanti balik tunggu dekat cafeteria erh?" Pesannya. Aku hanya mengangguk. Terus dia bangun dan meninggalkan aku.

Sosok tubuh dia aku pandang sehingga kelibat dia hilang dari pandangan aku.

'kenapa hati aku jadi sakit tengok wajah sedih kau, Hariz?"

Aku memejamkan mata. Ya Allah aku taknak sebab aku dah kahwin nanti, hubungan kitorang terus hancur. Aku hanya mampu berdoa. Berharap bakal suami aku faham hubungan aku dengan Hariz.

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now