Hariz melangkah masuk ke dalam rumah. Ruang tamu dituju, mendekati kedua ibu bapanya.
"Banyak kerja?" Soal Encik Yusuf. Wajah penat anak lelakinya ditatap. Hariz sekadar mengangguk sebelum melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Encik Yusuf.
"Boleh tahan lah ayah. Sakit juga pinggang nak hadap kerja tu." Puan Aida yang baru sahaja keluar dari dapur dipandang teruja.
"Ni, ibu buat air. Minum lah, buat basahkan tekak tu."
"Maceh ibu." Ucap Hariz manja. Air oren yang sudah dituangkan ke dalam gelas diambil lalu diteguk rakus. Puan Aida hanya menggelengkan kepala memandang telatah anak sulungnya.
"Ha itulah yang ayah rasa sebelum ni tau. Sekarang kamu pula kena." Ucap Encik Yusuf berserta tawa. Hariz sekadar mencebik mendengar ulahan dari bapanya.
"Ardell mana? Tak nampak pun." Hariz melihat sekeliling ruang tamu rumah keluarganya sebelum pandangannya beralih kepada Puan Aida. Meminta jawapan dari wanita itu.
"Ada dekat atas tu. Ibu suruh rehat sebab tadi dia mengadu sakit pinggang." Hariz mengangguk. Dia terus bangun dari duduknya, mahu naik kebilik untuk bertemu dengan isterinya.
"Hah sebelum nak peluk isteri kamu tu, make sure mandi dulu. Kamu tu baru balik kerja." Sempat Puan Aida memesan kepada anak lelakinya. Bukan boleh percaya sangat dekat Hariz.
"Iya ibu. Hariz tahu lah." Hariz memuncungkan bibirnya sebelum meminta diri untuk naik ke atas.
Sampai sahaja di bilik, matanya menatap tubuh isterinya yang berbaring membelakanginya. Senyuman nipis terbentuk di bibirnya sebelum dia bergerak masuk ke tandas.
Selang beberapa minit, dia terus keluar dari tandas dengan hanya bertuala separas pinggang. Matanya memandang ke arah Ardell yang duduk bersandar pada kepala katil. Terus sahaja kakinya melangkah mendekati isterinya.
"Dah bangun." Ardell angguk perlahan. Tangan milik Hariz disalam sebelum dia menarik lelaki itu untuk duduk disebelahnya.
Duduk sahaja Hariz, terus Ardell memeluk tubuh milik suaminya sebelum mukanya disembamkan pada bahu lelaki itu.
"Mengada." Hariz tergelak perlahan. Rambut milik Ardell dikusutkan olehnya. Dapat Hariz dengar suara rengekkan manja dari Ardell.
"Kenapa balik lambat?" Ardell memandang wajah Hariz dari tepi. Pinggang lelaki itu dipeluk erat olehnya.
"Sorry. Abang banyak kerja." Hariz mengusap perut Ardell yang sudah membukit. Kandungan gadis itu kini sudah berusia 8 bulan.
"Anak papa sihat tak harini? Ada naughty tak?" Soal Hariz lembut. Mukanya dirapatkan dengan perut Ardell sebelum perut bulat gadis itu dicium. Ardell hanya tersenyum melihat telatah suaminya.
"Baby sihat je, papa. Harini baby terlebih aktif. Asyik tendang mama je."
"Mentang-mentang dah pandai menendang, asyik nak tendang mama je kan." Ardell tergelak perlahan. Dia kembali memeluk leher milik Hariz.
"Abang..." Hariz menggumam perlahan. Ada lah tu nak minta apa-apa kalau suara dah manja tu.
"Nak cotton candy." Ucap Ardell meleret. Jari bermain dengan rambut Hariz.
"No sweets, sayang. Tak elok untuk baby."
"Tapi baby yang nak." Ardell muncungkan bibirnya. Wajah Hariz ditatap dengan mata yang sengaja dikerdip beberapa kali.
"Kesian anak papa, belum lahir lagi dah kena fitnah." Hariz tergelak kuat apabila Ardell bertindak menampar bahunya. Gadis itu terus mencerlung tajam wajah milik suaminya.
"Taknak lah cakap dengan abang!" Badan Hariz ditolak kuat oleh Ardell. Terus gadis itu baring membelakanginya.
"Merajuk ke hm?"
"Tak!" Hariz tersenyum. Tak merajuk konon. Lengan Ardell diusap lembut. Sempat dia melabuhkan ciuman di sisi kepala gadis itu.
"Abang pakai baju jap. Nanti kita keluar cari cotton candy tu." Mendengar sahaja kata-kata Hariz, terus sahaja Ardell memusingkan badannya. Bersinar matanya memandang Hariz.
"Betul ke, abang?!" Hariz sekadar angguk menjawab soalan membuatkan gadis itu bersorak gembira.
"Aip tapi tak boleh makan banyak sangat. Manis tu sayang. Tak elok untuk sayang dengan baby."
"Ai ai captain!" Ardell mengangkat tangan ke dahi, seakan tabik pada Hariz. Dia bangun lalu mendekati Hariz. Bibir lelaki itu dicium sekilas olehnya. Tersenyum suka Hariz apabila menerima ciuman dari isterinya.
"Thank you sayang."
゚°☆☆° ゚
"Sayang banyak makan manis harini tau." Hariz mencerlung tajam wajah isterinya. Ardell yang sedang menjilat aiskrim kon memandang Hariz sebelum tersenyum. Sebelah tangannya naik memeluk pinggang Hariz.
"Harini je abang. Lepasni janji tak dah." Hariz menggulingkan matanya. Janji lah sangat. Lepasni minta lagi.
Hariz hanya diam memandang Ardell. Comel aje. Makan aiskrim macam budak-budak. Comot sampai ke hidung.
Dagu milik Ardell ditarik lembut untuk menghadapnya. Hidung serta tepi bibir isterinya yang comot dilap dengan tisu. Ardell hanya diam memerhati wajah suaminya yang fokus mengelap mukanya. Terbit senyuman dibibir gadis itu.
"Kenapa tengok abang macam tu." Hariz mengangkat sebelah keningnya. Pelik dengan pandangan dari gadis di hadapannya.
"Handsome lah suami Ardell ni." Pipi Hariz dicubit geram. Mengaduh kuat lelaki itu dek kerana cubitan kuat dari isterinya.
Ardell yang melihat wajah masam suaminya terus tergelak sebelum dia menggosok lembut pipi lelaki itu.
"Sorry abang. Ardell geram tengok abang hehe."
"Abang pun geram je nak terkam mak buyung ni! Nasib boleh tahan tau."
PAP
"Hah membiru lagi. Dekat public ni." Hariz sengih. Pehanya yang menjadi mangsa tamparan Ardell diusap. Pedih woo.
"Jom balik. Penat. Pinggang Ardell pun sakit." Ardell memuncungkan bibirnya. Lengan milik Hariz dirangkul erat.
"Malam nanti abang urut okay? Kaki tu pun dah bengkak dah." Ardell angguk. Terus sahaja tangannya ditarik untuk ke kereta.
"Orang suruh rehat dekat rumah dia taknak. Sekarang penat lah." Kata Hariz perlahan. Ibu jarinya mengelus lembut tangan isterinya.
"Kalau Ardell tak ikut nanti abang keluar dengan perempuan lain. Ye lah Ardell kan dah gemuk. Tak cantik dah." Selamba Ardell berkata. Air mineral yang dipegang diteguk perlahan.
"Siapa cakap sayang tak cantik? Abang tengok cantik je. Comel, sexy." Hariz senyum nakal.
"Ish gatal!"
"Dengan isteri abang je." Hariz tergelak kuat. Suka tengok muka malu isterinya itu. Alahai mak buyung ni, nasib comel.
YOU ARE READING
[C] HARDELL: Friend To Lover
RomanceDari status sahabat, bertukar kepada status suami isteri ? Itulah yang dialami Ardell Dahlia dan Hariz Aiman. Persahabatan yang terjalin sejak berumur 16 tahun secara tiba-tiba digantikan dengan perkahwinan yang ditentukan oleh keluarga masing-masin...