+ 2 2 +

3.5K 136 1
                                    

Beberapa bulan kemudian

"Assalamualaikum." Hariz berjalan masuk ke dalam rumah. Kunci kereta diletakkan di dalam bakul kunci yang telah disediakan sebelum kakinya melangkah ke arah ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Waalaikumussalam. Lewat abang balik harini." Ardell bergerak ke arah Hariz. Dia duduk bersimpuh di hadapan lelaki itu. Stokin milik Hariz dibuka dan diletakkan di tepi.

Hariz tersenyum melihat Ardell. Tali lehernya dilonggarkan sebelum tiga butang teratas kemejanya dibuka.

"Banyak kerja lah sayang. Kalau ikutkan pukul 4 tadi lagi abang nak balik. Tapi tulah, kena siapkan kerja Iman dulu sebab esok dah kena submit."

Terang Hariz panjang lebar. Tangan Ardell dicapai lalu menarik gadis itu untuk duduk disebelahnya. Terus sahaja dia melabuhkan kepala di atas riba gadis itu.

"Kerja Iman? Kenapa abang pula kena buat. Iman pergi mana?" Soal Ardell. Tangannya mengusap lembut rambut Hariz.

"Iman dah ambil cuti. Jeha dah kena masuk ward."

"Jeha dah nak bersalin ke abang?" Ardell menundukkan kepalanya, memandang Hariz diribanya.

"Haah. Nanti apa-apa Iman update lah tu. Nanti kita pergi lawat diorang okay?" Ardell hanya sekadar mengangguk. Jarinya sibuk bermain dengan rambut hitam Hariz.

Hariz yang menerima sentuhan isterinya itu seakan terbuai. Perlahan-lahan matanya ditutup. Dia menguap kecil. Penat menguasai dirinya tika itu. Baru sahaja dia ingin terlelap, namun matanya kembali dicelikkan apabila bahunya ditampar lembut.

"Hey. Pergi naik mandi dulu. Ni dah makan ke belum?"

Hariz menggeleng perlahan sebelum menyembamkan mukanya pada perut Ardell. Pinggang gadis itu dipeluk erat.

"Abang ni kan. Kerja tu kerja lah juga. Tapi jangan lah lupa untuk makan. Kalau abang sakit macam mana? Nanti Ardell juga risau."

Hariz hanya diam mendengar bebelan isterinya. Tiada tenaga nak melawan. Sungguh dia rasa penat ketika itu.

"Mandi dulu lepastu turun makan okay?"

"Tak nak lah sayang. Abang nak tidur je. Penat." Ujar Hariz meleret. Pandangan simpati diberikan kepada gadis itu.

"Iyalah. Dah pergi naik mandi sana. Ardell nak kemas dapur kejap. Nanti Ardell naik."

Hariz angguk. Dia terus bangun dari pembaringan. Sempat dia cium dahi Ardell sebelum bergerak masuk ke bilik mereka.

゚°☆☆° ゚

"Abang!" Hariz memusingkan kepala memandang ke arah Ardell yang sudah berada di sebelahnya. Kening dijongketkan apabila melihat gadis itu tersenyum penuh makna.

"Kenapa senyum senyum ni? Ada menang loteri ke?" Soal Hariz mengusik. Terus sahaja tangan Ardell naik mencubit perut berotot lelaki itu.

"Auch sayang. Sakitlah." Hariz mencebik. Perut yang menjadi mangsa cubitan Ardell diusap olehnya. Padu bhai rasa.

"Siapa suruh abang main-main!"

"Ish yelah. Nak apa ni?" Ardell tersenyum kembali mendengar soalan dari suaminya. Dia memusingkan badannya menghadap Hariz sebelum tangan lelaki itu diusap lembut.

"Kita tidur rumah mama dengan baba nak tak harini? Abang Ar dengan Abang Ian ada kat sana. Ardell rindu lah nak main dengan baby El." Ujar Ardell manja. Jari runcingnya mencucuk-cucuk tapak tangan Hariz.

"Kalau abang cakap tak nak?" Ardell mengangkat kepala memandang wajah serious suaminya. Matanya sedikit berkaca apabila mendengar jawapan lelaki itu.

"Takpe lah kalau macam tu. Nanti Ardell bagitau mama kita tak jadi balik." Ujar Ardell perlahan. Hariz sembunyi senyum. Alahai makin manja ya sekarang.

"Nak pergi mana ni." Hariz menarik lengan Ardell untuk duduk kembali. Terlepas tawanya apabila wajah Ardell yang sudah kemerahan, menahan diri dari menangis.

"Ya Allah sayang. Jangan lah nangis. Abang gurau aje lah." Ujar Hariz. Badan kecil Ardell ditarik masuk ke pelukannya. Belakang badan gadis itu diusap lembut.

"Ardell..Ardell nak balik rumah ma-mama." Tersedu sedan suara Ardell mengungkapkan ayatnya itu. Wajah disembamkan pada dada bidang Hariz lalu menghamburkan tangisannya.

"Ya ya kita balik rumah mama petang nanti okay. Dah taknak nangis macam ni. Abang bergurau je tadi." Hariz menyapu sisa air mata Ardell. Matanya menikam lembut anak mata coklat milik isterinya.

"Cengeng sangat ni kenapa? Selalu kalau abang bergurau, confirm dia marah. Tapi kalini sampai nangis. Habis basah baju abang."

Ardell memandang baju Hariz yang sudah basah di bahagian dada dek kerana air matanya tadi. Dia menundukkan kepala sebelum air matanya kembali menitis.

"Abang marah Ardell ke?" Soal Ardell perlahan.

"Mana ada abang marah. Abang cakap jelah, sayang." Pipi milik Ardell diusap lembut. Hariz melabuhkan ciuman pada kedua kelopak mata milik Ardell. Badan kecil gadis itu kembali ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"Rindu mama dengan baba ke?"

"Hm." Hariz senyum nipis. Kepala Ardell diusap lembut. Faham sahaja perasaan isterinya itu.

Dia sekarang selalu sahaja sibuk sejak mula bekerja di syarikat milik Encik Yusuf. Sedarlah dia yang dia jarang bawa gadis itu untuk pulang ke rumah keluarga Ardell mahupun keluarganya sendiri.

"Pergi kemas kemas dulu. Lepas asar kita pergi rumah mama, okay. Lagipun esok abang cuti lagi." Ardell angguk laju.

"Ardell pergi kemas dulu eh. Love you abang!" Pipi Hariz dicium sekilas. Terus sahaja dia berlari masuk ke dalam biliknya dan Hariz. Hariz menghantar pemergian Ardell dengan ekor matanya.

"Love you too, sayang." Hariz berkata perlahan. Senyuman langsung tidak pudar dari bibirnya. Bahagia!

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now