+ 1 6 +

3.8K 167 1
                                    

"Sayang~" Aku mengendahkan panggilannya. Tak habis lagi merajuk. Padan lah muka kau, siapa suruh cari pasal. Ada scandal konon!

"Sayang, abang gurau je tadi. Mana abang ada scandal. Gila lah abang kalau abang duakan isteri abang yang ni."

Jari milik Hariz bermain-main di lengan aku. Cuba untuk lembutkan hati aku yang panas ni. Aku menepis perlahan tangannya, rimas betul dengan mamat sorang ni.

"Sayang." Aku hanya diam ditempatku, malas nak melayan perangai dia.

"Sweetheart." Diam lagi.

"Babygirl."

"Love." Tahan Ardell. Jangan cepat cair!

"Pumpkin." Aku kemam bibir aku. Menahan diri dari senyum. Bahaya! Muka pun dah terasa bahang.

Pipi aku tekup. Cuba untuk menyembunyikan wajah yang sudah memerah. Melihat sahaja perlakuan aku, terus Hariz senyum nakal.

"Alolo dia blush lah." Usik Hariz. Pipi aku dia cucuk dengan jari telunjuknya. Geram punya pasal terus aku tepis jari dia. Badan aku pusing, membelakanginya.

"Bidadari syurga abang."

Deg!

Bibir aku secara automatik mengukir senyuman. Terus aku pusingkan badan menghadapnya semula. Hariz aku lihat sudah tersenyum kemenangan apabila melihat wajah teruja aku mendengar panggilannya itu.

"Abang panggil Ardell apa tadi?" Soal aku semula. Inginkan kepastian.

"Bidadari syurga abang." Ulangnya. Makin melebar senyuman aku.

"Sayang bidadari syurga abang. Insya Allah selamanya bidadari abang. Abang nak hubungan kita kekal di dunia dan di akhirat. Abang taknak hilang isteri abang, kawan baik abang, kesayangan abang. Ardell cinta pertama, terakhir dan selamanya buat abang."

Mata Hariz lembut menikam mata aku yang sudah berkaca-kaca. Terharu mendengar kata-katanya.

"Abang sayang Ardell, abang cinta Ardell kerana Allah. Abang bersyukur sebab Allah hantar Ardell untuk abang. Untuk jadi penyambung tulang rusuk kiri abang. Untuk bahagiakan hidup abang. Abang beryukur sangat-sangat."

Air mata yang aku tahan akhirnya mengalir laju di pipi. Manisnya. Tanpa amaran, terus aku peluk badannya erat. Aku hamburkan tangisan dalam pelukannya. Terima kasih ya Allah kerana hantar dia kepada aku.

"Abang sayang Ardell." Bisiknya perlahan. Badan aku dia peluk erat. Dahi aku diciumnya lama.

"Ardell pun sayang abang." Kata aku perlahan.

"Betul kan orang cakap. Bercinta lepas kahwin tu lagi indah." Belakang badan aku dia usap lembut. Dagunya direhatkan atas kepala aku. Aku hanya diam, menunggu dia menyambung kata-katanya.

"Kita dipertemukan sebagai kawan baik, dan sekarang disatukan dengan hubungan yang halal sebagai suami isteri. Memang ada perasaan cinta tu dulu, tapi kita dua-dua sembunyikan. Dan sekarang, abang dah jadi milik Ardell, dan Ardell milik abang. Insya Allah sampai ke syurga."

Aku angguk. Sungguh aku rasa selamat apabila bersamanya. Dan aku bahagia bersama dia, Hariz Aiman. Kawan baik aku yang kini sudah menjadi suami aku yang sah.

"Sayang dah tak merajuk kan?" Aku geleng perlahan. Macam mana nak sambung merajuk kalau dah dia bagi ayat yang boleh buat hati aku berbunga-bunga.

Aku mengeratkan lagi pelukan di pinggangnya. Kepala seperti biasa, disandarkan pada dada tegapnya.

"I love you, abang." Ucap aku perlahan.

"I love you too, sweetheart abang."

゚°☆☆° ゚

"Ramai ke tetamu yang ayah dengan ibu jemput?" Soal aku apabila melihat banyak hidangan yang sudah tersusun rapi di atas meja.

"Kawan ayah 3 orang dengan keluarga diorang, lepastu family Lia." Jawab ibu tanpa memandang aku. Dia lagi sibuk menyusun pinggang mangkuk. Aku pula sibuk membuat hiasan pada kek hari lahir Hanna.

"Assalamualaikum." Aku dan ibu menoleh ke arah pintu dapur. Melihat gerangan yang memberi salam.

"Waalaikumussalam, mama!" Jerit aku teruja. Mama sudah tergelak melihat reaksi aku. Terus dia datang ke arah aku dan hadiahkan ciuman di pipi aku. Ardeena di sebelah sudah pasang riak menyampah. Jealous lah tu mama lagi sayang aku.

"Semua dah siap ke, Aida?" Mama mendekati ibu. Ibu hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Semua dah siap dah. Tinggal tunggu tetamu sampai je sekarang ni." Ibu senyum. Dari lepas subuh lagi aku, ibu dan Hanna siapkan semua. Jadi cepatlah semua siap.

"Ibu. Hanna mana?"

"Ada dekat atas. Deena pergi lah naik. Tengok dia tu. Entah-entah dah tidur balik. Budak tu cakap je nak bersiap, tapi bukan boleh pakai sangat." Bebel ibu nembuatkan kami tiga beranak tergelak di situ.

"Okay ibu. Kalau dia tidur, Deena smackdown dia. Deena naik dulu." Pamit Ardeena.

"Uish lawa nya kek." Aku menoleh memandang Hariz yang baru masuk bersama beberapa plastik di tangan. Baru balik beli barang lah tu.

"Mestilah. Tengok tangan siapa." Kata aku bangga.

"Eee menyesal puji." Terus tangan aku naik memukul bahu dia. Dasar suami.

"Ardell apa pukul suami tu. Tak baik la." Mama mencerlung aku. Dapat aku lihat Hariz sudah tersenyum nakal.

"Dengar tu sayang. Tak baik pukul suami. Kalau cium suami takpe." Dia angkat kening berkali-kali. Ha mula la tu perangai miang dia datang. Mama dan ibu sudah tergelak melihat drama murahan aku dan Hariz.

"Ei gatal. Dah pergi keluar. Sibuk lah abang ni." Aku tolak badan dia. Namun Hariz hanya membatu. Senyuman mengejek dia berikan apabila aku tidak dapat menolak badannya. Ya Allah sabar je la.

"Kamu ni pun Hariz tak habis-habis nak mengusik Lia." Ibu menggelengkan kepalanya.

"Alah nak bermanja dengan isteri sendiri je bu. Takkan tak boleh." Hariz memuncungkan bibirnya.

"Gedik." Pipi Hariz aku tolak perlahan. Menyampah pula aku tengok muka sedih dia tu.

"Sweet-sweet tu macam dah tak lama je nak bagi mama dengan ibu cucu. Ye tak Aida?" Kata mama. Ibu tergelak perlahan sebelum mengangguk.

"Itulah Raudah. Macam dah tak lama je tu." Kata ibu pula. Aku? Buat-buat tak dengar je. Pipi pun dah terasa panas. Haih tak habis-habis lagi ke cakap pasal cucu ni.

"Again sayang. Diorang macam dah tak sabar nak ada cucu." Bisik Hariz perlahan dengan senyuman nakal menghiasi wajahnya. Ya Allah Hariz, jangan lah buat aku macam ni. Ada juga yang jatuh nanti.

"Diam lah Riz." Aku menjelingnya. Baik aku siapkan hiasan kek ni daripada melayan suami miang aku ni.




Assalamualaikum, Hi. Ya Allah maaf sebab lama sangat tak update. Asalnya nak update jumaat haritu tapi ade masalah pulak, jadi nah new chap. InsyaAllah kalau tak busy esok saya update lagi okehh. Maceh kepada yang masih setia menunggu <33

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now