+ 1 1 +

4.7K 215 0
                                    

Alhamdulillah!! Semua dah selesai. Tiada lagi majlis. Sekarang fikir untuk rehat je. Cuti sem pun lagi 2 minggu nak habis.

Aku menghempas kuat badan ke katil. Tudung masih tersarung di kepala. Bagi aku rehat dulu. Tak larat pula nak buka tudung, baju semua ni walaupun rimas.

Mata dipejam rapat. Tunggu masa saja untuk masuk ke alam mimpi.

Ramai betul orang tadi. Baba dengan ayah ni jemput satu Malaysia agaknya. Jenuh aku dengan Hariz nak melayan sorang-sorang.

Terasa henyakkan di sebelah, terus aku buka mata. Dapat aku lihat Hariz duduk disebelah. Butang bajunya dibuka satu-persatu.

"Ardell pergi bersihkan diri dulu. Baru tidur." Katanya lembut. Aku buat derk je. Sumpah penat ni. Tak larat nak bangun.

"Ardell."

"Riz pergi lah mandi dulu. Ardell penat lah. Nak rest kejap."

"Iyalah. Nanti saya dah siap mandi, Ardell pula mandi, ya? Jangan tidur macam ni tak elok."

Aku angguk. Kepala aku diusap lembut sebelum dia bangun menuju ke tandas. Aku tersenyum sedikit ke arahnya. Aduh handsome betul dia harini. Rasa macam taknak pandang tempat lain. Nak pandang dia je hekhek.

Waktu majlis tadi pun bukan aku tak nampak, ramai betul anak-anak gadis kawan baba dan ayah duk tengok tengok Hariz. Tak ada kerja agaknya tu.

Aku buka tudung yang menutup kepala. Terus aku campak ke tepi. Rimas betul. Aku baring semula. Mata kembali ditutup. Nak tidur.

Nasib malam ni kami menginap di hotel ni aje. Jadi tak payah susah-susah kemas baju. Untuk beberapa minit aku lelapkan mata, namun kembali terbuka apabila mendengar suara Hariz.

"Ardell, I'm done. Pergi mandi."

Panggilan Hariz aku abai. Cepat pula dia mandi. Ni mandi ke apa? Tapi biasalah lelaki kan.

"Sweetheart! Wake up." Dia menampar lembut pipi aku. Menyuruh aku untuk bangun.

"Riz~ Dell betul-betul penat ni." Kata aku meleret. Badan aku dipusingkan membelakanginya. Suka betul dia kacau aku tidur.

"Ya Riz tahu. Tapi mandi dulu. Makin Ardell tidur macam ni, makin lesu badan tu." Lengan aku diusap lembut.

"Ke Ardell nak Riz tolong mandikan?" Dia membuat suara menggoda. Terus terbuka luas mata aku.

Wajahnya aku cari. Dapat aku tengok dia sudah tergelak sakan. Suka lah tu dapat kenakan aku.

"Riz! Ish tak suka lah gurau macam tu!" Aku menjelingnya. Sempat mata aku melihat badannya.

Erk? Dia hanya bertuala paras pinggang je? Dengan rambut yang basah menutupi dahi. Rawr seksi. Mata aku merenung pula bar coklat yang ada di perutnya. Ya dia tak tipu, dia memang ada abs.

"Dah puas tenung badan saya?"

Allahuakbar. Dia perasan. Aku terus kalihkan pandangan ke arah lain.

"Ish ya lah. Saya pergi mandi dulu." Aku bangun dari pembaringan dan turun dari katil. Sempat aku menjelingnya yang sudah tersenyum senget ke arah aku.

Dah la benci aku. Suka sangat ejek aku. Baru tiga hari jadi isteri dia.

゚°☆☆° ゚

Aku duduk di birai katil. Badan direnggangkan bagi menghilangkan lenguh. Aku melihat jam di telefon. 9.10 malam. Bosan lah pula.

"Riz!" Jerit aku selepas melihat Hariz keluar dari tandas. Jelas di wajah nya terkejut. Mana tidaknya, baru aje keluar tandas terus kena sergah. Nasib takde sakit jantung. Kan tak pasal-pasal jadi janda muda nanti.

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now