Aku melihat diri aku pada pantulan cermin. Mengenakan dress kembang yang bertemakan warna navy blue, pilihan aku. Sungguh cantik.
Baju yang aku pakai ni takde lah terlalu kembang macam princess dalam disney, tapi cukup lah buat aku rasa terpukau dengan kecantikkannya. Pandai mama dan ibu design baju ni.
"Ish Riz! Terkejut lah!" Marah aku pada Hariz apabila dia tiba-tiba sahaja memeluk aku dari belakang. Hariz aku lihat sudah tergelak. Dia mengeratkan lagi pelukan pada pinggang aku. Dagunya pula diletakkan pada bahu aku.
"Cantiknya isteri saya harini. Hampir-hampir aje saya tertukar dengan bidadari tadi." Ujar Hariz. Dia tersenyum manis ke arah aku.
"Harini je ke saya cantik? Hari sebelum ni? Buruk?" Usai aku berkata begitu, terus dia tertawa kuat. Ish aku ada buat lawak ke?
"Isteri saya ni hari-hari cantik tau. Tidur sampai terkeluar air liur pun cantik. Tapi harini 10 kali ganda cantik." Pujinya. Aku menjelingnya sekilas, sempat kutuk aku erh.
Namun untuk seketika sebelum aku menundukkan wajahku. Sumpah aku cakap, perangai Hariz berubah seratus peratus lepas kami kahwin. Makin sweet tau tak. Ada juga yang kena potong kaki nanti sebab dapat suami terlebih gula.
"Awak pun handsome juga. Tak pernah saya tengok awak se handsome ni." Ucap aku jujur.
"Jangan lah salah faham. Macam awak cakap pada saya tadi, sebelum ni pun awak handsome. Tapi harini lebih sikit." Kata aku selepas melihat perubahan wajahnya tadi. Muncung-muncung, jadi itik baru tahu.
"Nampak sangat awak selalu usya saya." Kata Hariz bernada mengejek. Aku menepuk lembut tangannya yang berada di perut aku. Bibir dimuncungkan. Tak baik fitnah tau- Eh tapi macam betul je hehe.
"Ardell." Panggilnya di tepi telinga aku. Aku hanya menggumam perlahan. Tangannya yang melingkar pada pinggang aku diusap lembut.
"Thanks tau. Sebab sudi terima saya jadi suami. Walaupun kita ni dulu kawan, dah kenal perangai gila masing-masing. Dah tahu perangai tak senonoh masing-masing. Tapi awak still terima saya."
"Macam saya cakap malam tu, saya faham kalau awak masih awkward dengan hubungan baru kita ni, tapi saya harap awak cuba untuk biasakan diri. Saya pun akan buat benda yang sama okay?" Aku hanya mendiamkan diri. Mendengar kata-kata Hariz.
"Saya harap hubungan kita ni akan kekal sampai ke syurga. Biar maut sahaja yang memisahkan kita." Aku angguk. Jujur aku cakap, dari awal persahabatan kami, aku taknak kehilangan dia.
Dan ayat itu juga lah yang selalu Hariz ulang setiap kali kami bersama. Dulu kami tiada apa-apa hubungan yang sah, jadi peratus untuk perpisahan itu tinggi, namun apabila sudah berkahwin, sumpah aku taknak hilang dia. Aku nak dia sentiasa ada di sisi aku selamanya.
"Semalam saya ada cakap kan. Kita berdua cuba untuk selesakan diri masing-masing. Saya harap benda tu dapatlah merapatkan hubungan kita sebagai suami isteri. Dan Dell taknak kehilangan Riz tau." Hariz senyum sebelum angguk. Kami berdua diam untuk seketika.
"Riz." Panggil aku perlahan.
"Ardell tak janji untuk jadi isteri yang sempurna. Tapi Ardell janji Ardell akan cuba untuk jadi yang terbaik untuk Riz." Aku senyum ikhlas kepadanya.
Hariz terus memusingkan badan aku menghadapnya. Saat itu juga lah mata coklat cair aku bertembung dengan mata hitamnya. Aku bagaikan terpukau. Terpukau dengan renungan matanya terhadap aku.
"Atas dunia ni, tiada seorang pun manusia yang sempurna. Tapi di mata saya, awaklah yang paling sempurna. Yang paling sempurna dalam hidup saya."
"Saya janji akan jadi suami yang baik untuk awak. Saya janji akan jaga awak, sama macam baba dan mama jaga awak. Insya Allah saya akan bimbing awak sampai ke syurga." Kata Hariz lembut.
YOU ARE READING
[C] HARDELL: Friend To Lover
Roman d'amourDari status sahabat, bertukar kepada status suami isteri ? Itulah yang dialami Ardell Dahlia dan Hariz Aiman. Persahabatan yang terjalin sejak berumur 16 tahun secara tiba-tiba digantikan dengan perkahwinan yang ditentukan oleh keluarga masing-masin...