Aku yang lagi sibuk mencuci pinggan terhenti tatkala terasa pinggang aku dipeluk dari belakang. Terus aku pusing menghadap gerangan itu sebelum pipi aku menjadi sasaran bibirnya mendarat.
"Rajinnya. Isteri siapa lah ni." Soalnya. Aku tersenyum sedikit.
"Tak tahulah isteri siapa. Tapi bertuah kan suami dia dapat isteri rajin macam ni?" Kata aku bernada mengusik.
"Itulah tu. Sudah lah rajin, baik, cantik pula tu." Aku tergelak.
"Lagi."
"Lagi? Bijak, pandai masak, sweet, cute, manja. Apa lagi erh?" Dia membuat gaya seperti berfikir. Pelukannya pada pinggang aku semakin dieeratkan.
"Ni puji melebih ada lah tu apa-apa." Aku memusingkan badan menghadapnya. Sebelah kening diangkat.
"Mana ada lah. Abang tengok Ardell sorang-sorang aje dekat dapur. Abang sebagai suami yang baik lagikan handsome datang lah teman sayang abang ni." Hariz tersengih bangga. Ceh sempat angkat bakul sendiri.
"Ye lah abang. Abang memang suami yang baik. Sudah tak payah peluk-peluk bagai. Nanti orang nampak lah." Aku cuba untuk leraikan pelukannya. Namun semakin aku cuba, semakin kuat pula rangkulan pada pinggang aku.
"Biarlah orang nampak pun. Kita dah halal kan, sweetheart." Dia tersenyum nakal ke arah aku. Wajahnya pula semakin dirapatkan dengan wajah aku.
"Abang." Aku mengecilkan mata, memandangnya tajam. Geram pula aku dengan mamat ni.
"Yela yela. Nak sweet-sweet dengan dia pun tak boleh." Hariz melepaskan pelukannya. Bibir dicebikkan. Nak merajuk lah tu. Dasar baby tua.
"Abang merajuk ke? Nanti lah Ardell pujuk. Ardell nak cuci pinggan ni." Aku kembali menghadap singki. Pinggan yang sudah aku sabun tadi diambil lalu dibilas dengan air. Hariz disebelah aku buat macam tak wujud. Biarlah dia, nak merajuk sangat kan.
"Betul ni taknak pujuk?" Soalnya inginkan kepastian. Aku menutup paip air apabila selesai mencuci pinggan. Wajahnya aku pandang.
"Haih susah betul lah kalau jaga baby tua ni." Aku jalan mendekatinya. Kaki dijinjitkan terus pipi milik dia aku cium. Dapat aku tangkap bibirnya mengukirkan senyuman. Mengada!
"Dah tak merajuk?" Hariz gelengkan kepala dia.
Senang betul nak pujuk dia ni. Bukan macam orang tu, kena bagi ayat sweet-sweet dulu baru okay.
"Hehe thankyou sayang." Pipi aku dicubitnya.
"Kawan-kawan ayah dengan baba ada lagi ke dekat luar?" Soal aku. Kepala dipanjangkan untuk melihat tetamu di luar.
"Ada lagi tu. Berbual pasal business diorang la. Abang yang dengar pula naik muak." Hariz buat muka menyampah. Aku pula sudah tergelak mendengar omelan dia.
Hariz memang pelajar jurusan business, tapi sekali pun dia tak berminat akan bidang itu. Dia terpaksa ambil pun sebab dia akan mewarisi syarikat ayah nanti. Yelah dia kan anak lelaki, yang sulung pula tu. Nak bagi Hanna, lambat lagi.
"Kita duduk dapur je lah abang. Malas lah Ardell nak keluar. Lagipun Ardell tak suka lah tengok anak-anak perempuan kawan ayah tu pandang-pandang abang. Tahulah suami Ardell ni handsome." Aku memuncungkan bibir.
"Jealous?" Dia senyum mengusik. Tangan aku ditarik untuk duduk di kerusi kaunter dapur.
"Mesti lah. Diorang tu dah lah cantik-cantik. Kalau abang tergoda nanti macam mana?" Hariz tergelak mendengar bebelan aku. Pipi aku dia usap lembut.
"Diorang memang cantik. Tapi secantik-cantik diorang still tak boleh lawan cantik isteri abang ni."
"Lelaki. Depan cakap lain belakang cakap lain." Aku membuat riak wajah merajuk. Sengaja je sebenarnya tu. Nak dengar dia bagi ayat sweet. Bagi cair sikit hati seketul Ardell Dahlia yang mengada ni.
"Betul lah sayang. Datang lah seratus orang pun perempuan cantik, tapi still tak boleh lawan kecantikkan bidadari abang ni." Aku ukirkan senyuman. See. Bagi ayat macam tu je terus melebar senyuman aku. Lagi-lagi dari orang yang aku sayang.
"Ha macam tu. Senyum. Kan comel tu. Ni tak monyok je. Macam hantu wan peah."
"What?!" Hantu wan peah dia panggil aku?! Ni yang tak boleh ni.
Melihat sahaja muka aku seperti mahu menerkamnya, terus Hariz genggam tangan aku.
"Hehe gurau je sayang." Kepala aku diusap lembut. Tahu takut.
゚°☆☆° ゚
"Kak~"
Panggilan dari Ardeena aku abaikan. Malas aku melayan.
"Kak Dell~" Giliran Hanna pula memanggil aku. Lengan kanan aku dipeluk olehnya.
"Ish rimas lah." Aku menjeling kedua mereka. Mata aku kembali fokus pada telefon pintar milikku.
"Kak Dell jom lah. Kak Dell tak sayang Hanna dengan kak Deena ke?" Soal Hanna. Suara sengaja berubah kepada nada sedih. Nak suruh aku kesian lah tu.
"Korang berdua ni kenapa? Dari tadi abang tengok duk pujuk kak Dell." Hariz duduk di kerusi berhadapan dengan aku.
Wajah kedua gadis itu dipandang dengan tanda tanya. Pelik lah tu sebab budak dua orang ni dari tadi berkepit aje dengan aku.
"Kitorang nak ajak kak Ardell pergi cafe yang baru buka tu abang. Cafe tu cantik tau. Aesthetic gitu." Kata Hanna. Ardeena disebelah hanya menganggukkan kepalanya.
"Yang pergi ajak kak Dell korang tu dah kenapa? Bukannya dia tahu drive pun." Aku jeling Hariz. Ceh perli aku ke apa mamat ni?
"Abang jom! Abang kan pandai drive~" Hanna tergelak suka apabila melihat muka aku berubah cemberut. Suka lah tu boleh kenakan aku. Abang dengan adik sama aje.
"Jom. Abang pun nak tengok juga aesthetic dia tu macam mana." Dapat aku lihat mata milik Ardeena dan Hanna bersinar-sinar memandang wajah Hariz. Suka lah tu abang kesayangan diorang ikut permintaan diorang.
"Jom kak! Akak kan suka kalau ada cafe theme macam tu. Student culinary arts kan." Ajak Ardeena. Kening diangkat berkali-kali. Aku menggeleng.
Ya memang lah aku suka kalau ada cafe theme aesthetic macam tu. Kalau tak memang tidak lah aku nak ambil course aku yang sekarang ni. Tapi malas menguasai diri, penat kemas rumah tadi pun tak hilang lagi.
"Jom lah sayang. Alah budak berdua ni nanti confirm-confirm palau abang." Hariz memujuk aku. Aku pandang dia sekejap sebelum mengangguk.
"Ish yelah yelah. Pergi lah bersiap." Terus Ardeena dan Hanna bersorak. Suka lah tu.
"Kena 'kesayangan' dia pujuk dulu baru dia nak pergi." Usik Ardeena. Sengaja ditekan perkataan kesayangan itu.
"Akak tukar fikiran kan!"
"Tak tak. Hehe kitorang naik bersiap dulu erh." Terus dia menarik tangan kecil Hanna naik ke atas.
"Sayang pun pergi lah bersiap. Abang tunggu kat bawah."
"Hm yelah." Aku jeling Hariz sebelum bangun untuk naik ke bilik. Ish orang tengah malas ni lah dia nak ajak keluar. Sudah la pergi cafe baru buka, dah sah-sah ramai orang nanti. Leceh betul.
YOU ARE READING
[C] HARDELL: Friend To Lover
Lãng mạnDari status sahabat, bertukar kepada status suami isteri ? Itulah yang dialami Ardell Dahlia dan Hariz Aiman. Persahabatan yang terjalin sejak berumur 16 tahun secara tiba-tiba digantikan dengan perkahwinan yang ditentukan oleh keluarga masing-masin...