+ Special Chapter +

4.8K 147 7
                                    

"Daryan. Main dekat sini je tau. Jangan pergi jauh-jauh. Mama duduk sana dengan adik okay?" Daryan yang sudah terduduk di atas pasir pantas mengangguk.

Ardell tersenyum sebelum bergerak ke arah tikar yang sudah dibentang oleh Hariz. Tangan menepuk perlahan Hayfa Daria, anak kedua mereka yang berada dalam dukungannya.

"Sayang, Daryan mana?" Soal Hariz yang baru sahaja tiba di situ. Ardell tidak menjawab malah hanya menjuihkan bibir ke arah Daryan yang bermain dengan pasir pantai itu.

Hariz mengangguk perlahan. Bakul berisikan makanan yang dibawa dari rumah diletakkan di atas tikar. Terus punggung dilabuhkan bersebelah isterinya.

"Hey Hayla. Bangun sayang. Orang nak berkelah dia boleh tidur pula." Pipi tembam kemerahan Hayla dicuit lembut.

"Abang jangan lah. Dia baru tidur je ni. Nanti merengek." Ardell menolak lembut tangan Hariz apabila melihat wajah berkerut anak gadisnya. Risau kalau kalau tersedar.

Hariz tergelak perlahan. Jelingan maut isterinya diendahkan. Terus dia mencium dahi Hayla berkali-kali.

"Abang.." Rengek Ardell. Geram betul dengan suaminya itu. Sudahlah anak gadisnya itu susah untuk tidur. Ni bila dah tidur, bapak dia pula sibuk kacau.

"Hehe geram lah sayang. Comel sangat princess abang ni. Macam mama dia." Bibir Ardell yang memuncung ditarik lembut. Sempat dia melabuhkan ciuman pada pipi gadis itu.

"Mochi favorite abang." Pipi Ardell ditarik geram sebelum dia bangun dan bergerak ke arah Daryan. Pandangan tajam Ardell dihiraukannya. Buat apa nak takut, beras kita beli.

゚°☆☆° ゚

"Sayang makan lah dulu dengan Daryan. Abang pergi tidurkan Hayla dalam bilik." Anak gadisnya yang berusia 5 bulan itu diambil dari dukungan Ardell sebelum dicium lembut.

"Betul ni? Abang taknak makan ke?"

"Iya sayang. Abang makan lepasni. Dah sayang makan je dulu. Ni susu Hayla mana?" Soal Hariz.

"Jap Ardell ambil." Ardell bangun dari duduk sebelum bergerak ke dapur yang sudah tersedia di dalam chalet itu.

"Daryan teman mama makan dulu okay? Papa nak tidurkan adik."

"Ocey papa." Daryan tersengih menampakkan gigi kecilnya yang tersusun rapi. Hariz senyum sebelum mengusap lembut rambut hitam milik Daryan.

"Nah. Habis susu ni nanti tidurlah anak abang tu." Botol susu milik Hayla bertukar tangan.

"Abang masuk bilik dulu ya." Ardell mengangguk. Sempat dia mencium dahi milik Hayla.

"Goodnight sayang mama."

"Mama. Nak kiss adik juga." Daryan mengangkat tinggi tangannya kepada Ardell, meminta agar wanita itu mendukungnya.

"Goodnight pincess." Hariz dan Ardell hanya tersenyum melihat Daryan yang mencium lembut pipi adiknya. Comel aje anak sulung mereka. Pasti suatu hari nanti bakal jadi abang yang hebat untuk adiknya.

"Jom makan." Ujar Ardell teruja. Daryan diletakkan di atas kerusi disebelahnya. Pantas tangan mencedok nasi dan lauk ke dalam pinggang anak lelakinya.

"Aipp. Baca doa dulu, sayang?"

"Opps. Sowwy mama." Daryan tersengih ke arah Ardell sebelum menadah tangan untuk membaca doa. Ardell disebelah hanya tersenyum melihat perlakuan anak sulungnya. Muka Hariz tapi perangai sebiji dengan dirinya.

゚°☆☆° ゚

"Suka tak tempat ni?" Soal Hariz selepas melabuhkan duduk di sebelah Ardell. Tangan naik merangkul bahu isterinya sebelum menarik wanita itu merapatinya.

Itu sahaja masa untuk mereka berdua bersama. Apabila anak-anak sudah tidur. Kalau tidak ada sahaja gangguan.

"Suka. Cantik dan tenang. Hilang terus penat bila sampai sini." Ujar Ardell. Kepala dilabuhkan di atas bahu Hariz.

"Abang."

"Hm?"

"Apa kata kita buat rumah dekat sini!" Hariz mengerutkan dahi selepas mendengar cadangan isterinya.

"Mengarut lah sayang ni." Ardell tergelak perlahan. Tangan naik melingkar pada pinggang lelaki itu.

"Nanti kita datang lagi. Tapi berdua je erh." Ardell terus mengangkat kepala, memandang wajah kacak suaminya dengan mata yang terkebil-kebil.

"Berdua je? Habistu anak-anak abang tu nak letak mana?"

"Apa guna ada baba, mama, ibu dan ayah sayang oi. Diorang tu kalau bab suruh jaga anak-anak on je selalu. Memang bagi je kalau kita nak pergi honeymoon hari-hari."

Ardell menjeling Hariz yang sudah tersengih nakal. Honeymoon hari-hari lah sangat.

"Tunggu lah Hayla besar sikit. Dia still menyusu badan lagi lah abang. Takut nak tinggalkan." Hariz angguk.

"Boleh je. Nanti bila dia dah besar senang. Nak tambah adik pun boleh kan- aduhh aduh sayang sakit!" Hariz memegang tangan Ardell yang mencubit perutnya. Gigi diketap kuat apabila terasa pedih disitu.

"Gatal erh abang. Anak baru 5 bulan dah fikir nak tambah lagi." Ujar Ardell bersama jelingan tajam. Tempat yang dicubit tadi diusap lembut.

"Hehe. Takpe lah sayang. Ramai anak kan best. Makin suka tok ibu dengan tok ayah diorang tu."

Ardell hanya mencebik. Malas mahu berlawan mulut dengan suaminya itu. Ada sahaja perkara yang dia nak buat gaduh.

Ardell merapatkan badannya dengan badan tegap Hariz. Kepala disandarkan pada dada bidang lelaki itu. Terus sahaja matanya dipejam.

Hariz yang melihat perlakuan isterinya itu hanya tersenyum. Rambut Ardell diusap lembut olehnya. Ubun-ubun gadis itu dicium berkali-kali.

"Bidadari abang." Ujar Hariz perlahan.

"Syurga Ardell." Ardell senyum. Badan dipusingkan menghadap Hariz sebelum wajahnya disembamkan pada dada lelaki itu. Pinggang lelaki itu dipeluk erat olehnya.

"I love you sayang. And thank you for everything you have done for me." Ujar Hariz. Kepala ditundukkan memandang Ardell yang masih menyembamkan muka di dadanya.

"I love you more abang." Hariz tersengih. Belakang badan wanita yang bergelar isterinya itu diusap lembut. Membiarkan sahaja gadis itu tidur dalam dakapannya.

Mata hitam Hariz hanya merenung suasana malam di tempat itu. Perlahan-lahan bibirnya melebar.

"Goodnight sweetheart." Ujar Hariz perlahan apabila mendengar dengkuran halus dari celahan bibir mungil isterinya. Dahi gadis itu dicium lama.

'My sweetheart, my love, my Jannah and my everything'

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now