Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dah kenapa dengan dia ni?Demam? Tak pernah-pernah tegur aku,hari ni tegur pula.Dia tak sihat kot.
"Takda apa.Tadi aku terlanggar pintu tandas.Yang kau sibuk sangat tanya aku ok ke tak dah kenapa?,"Jisung mengecilkan mata memandang Hyejin lalu tersenyum sinis.
"Kau ingat aku tak reti beza ke kesan terlanggar pintu dengan kesan kena tumbuk?Kau ingat aku lembap sangat ke ha?Sapa tumbuk kau?,"terkejut Suzy mendengar kata Jisung. Panahan mata Suzy ke arah Hyejin membuatkan Hyejin tersenyum pahit.
"Tak guna betul dia ni!Macam mana dia tahu yang aku kena tumbuk!," Hyejin berbisik pada hati.
"Jom ikut aku,"berkerut dahi Hyejin.
"Nak pergi mana?,"sudahlah lepas ni ada guru yang akan masuk ke dalam kelas mereka.Jisung pula nak merayau.
"Ikut je boleh tak.Takpayah banyak tanya.Kalau rasa nak hidup lama kau ikut je aku.Takpayah banyak tanya," Jisung berlalu pergi dari situ, meninggalkan Hyejin di belakang.
"Problem betul lah dia ni,"Hyejin menyusun langkah mengikuti Jisung dari belakang.
🐭🐭🐭
Bilik kesihatan?Apa budak ni nak buat kat sini?Dia sakit ke?Tengok cara dia jalan elok je.Takda pula terhuyung-hayang.
"Nak buat apa kat sini?,"Jisung membiarkan dulu soalan Hyejin tidak terjawab.
Langkah di atur mengambil kotak first aid kit yang terletak elok di dalam rak kaca.
"Duduk kat katil sana tu,"Hyejin tidak membantah.Dia menuju ke arah katil lalu melabuhkan duduk.
Setelah mengambil kotak first aidkit,Jisung membuka tingkap pula.
"Kau ni!Aku tanya jawablah.Kau nak buat apa kat sini.Kau jangan nak macam-macam dengan aku.Aku tumbuk kau nanti,"Jisung yang berdiri di hadapan Hyejin terus menghembus nafas berat.Jisung memandang Hyejin.
"Kau nampak kotak first aid kit ni?," Hyejin mengangguk.
"Kau rasa ni untuk apa ?,"tanya Jisung.
"Untuk rawat luka,"jawab Hyejin.
"Jadi kau rasa aku nak buat apa sekarang ?,"tanya Jisung kembali.