Jisung naik ke atas rooftop hospital.
Dia baru sahaja lepas melawat Johnny.Dia saja je nak tengok Johnny di hospital.Walaupun Johnny Suh itu
musuh dia,tak salahkan untuk dia melawat Johnny.Dia bukan datang dengan niat yang jahat untuk melawat Johnny tetapi dengan niat yang baik.Seburuk mana pun Johnny kerjakan dirinya dia tetap akan menganggap Johnny tu sebagai kawan.Walaupun Jisung cakap yang dia akan habiskan Johnny pada malam mereka menyerang antara satu sama lain,dia tidak akan buat begitu.
Dia ada lagi sifat kemanusiaan di dalam dirinya.Dia sapa untuk menghukum orang walaupun orang dah buat banyak jahat pada dirinya. Johnny masih koma tak sedarkan diri.
"Aku bukanlah sejahat yang kau sangka Johnny.Walaupun aku seorang gangster,tak semestinya aku takda perasaan kesian untuk membunuh orang.Bunuh diri sendiri pun aku tak sanggup,apa lagi nak bunuh orang.
Kau baik Johnny,cuma kau tersalah langkah.Appa kau bukan tak nak kau jadi pewaris dia,appa kau cuma nak kau tubuhkan group sendiri.Dia nak kau cari keberanian tu sendiri.Dia nak kau hadapi cabaran yang besar di dalam dunia ni dengan bijak.Sebab tu appa kau tak nak kau jadi pewaris group Helium,"Jisung melepaskan nafas yang berat.Sejujurnya,dia tak pernah rasa menyesal jadi gangster,
bagi dirinya gangster ni telah membuatkan dirinya rasa lebih berani untuk menghadapi cabaran di dalam dunia ini.Pintu rooftop di buka dari luar.Jisung
menoleh melihat gerangan manusia tersebut.Jisung menelan air liur.Dia bukan takut,tapi dia risau kalau manusia tersebut mencari pasal dengan dia sebab ketua mereka."Aku datang sini bukan nak cari gaduh dengan kau.Tapi,aku nak cakap something dekat kau,"Mingyu yang memakai cermin mata hitam melihat Jisung dengan pandangan yang suram.Tipulah kalau dia cakap yang dia tak sedih sebab Johnny masuk hospital.Johnny tu seorang ketua yang bagus pada dirinya.Kalau Johnny dah tiada nanti,perangai dia mungkin akan berubah sikit demi sedikit.
Jisung mengangguk dan terus membuang pandangan melihat awan.
"Aku pasti yang Johnny akan hidup lagi.Aku tahu,kau mesti nak aku masuk group kau bila Johnny dah takda nanti.Yes,aku tahu keadaan dia 50-50 sahaja.Tapi,Johnny kuat.Aku pasti yang dia takkan tinggalkan kami macam tu sahaja.Johnny ketua yang baik.Johnny akan selalu ada dengan kami,"Jisung yang mendengar ayat Mingyu mula rasa sebak.
Dia sedih kerana melihat group Helium mostly tidak boleh terima yang Johnny mungkin tidak akan sedar selama-lamanya.
"Masuk group Apricity Mingyu.Aku bukan nak kau berpaling tadah dengan group Helium.Aku nak kau cari keberanian kau sendiri.Aku tahu,yang kau tak suka duduk dalam group Helium sebab Johnny selalu arahkan kau.Tapi nak buat macam mana,kau sebagai kucu-kucu dia,kau kena hadap juga,"Mingyu menggeleng kepalanya.Dia tidak mahu meninggalkan group Helium.
"Aku akan bersiap sedia untuk melawan group Apricity balik.Bila Johnny sedar,aku pasti yang dia akan membalas dendam dengan apa yang korang dah buat dekat dia dan juga group Helium,"lihatlah Mingyu.Dia seperti tidak mahu menerima kenyataan kalau Johnny sudah tiada nanti.
"Ikan lagi di laut,lada garam sudah di sengkalan.Jangan terlalu cepat untuk bersiap sedia demi benda yang kau pun tak tahu yang kau akan dapat ke tidak.Kau pun tahu yang aku ni bukan calang-calang orang.Kau pun tahu yang aku ni susah untuk di kalahkan,"
"Ketua kau pun tengah terlantar kat dalam hospital.Percaya cakap aku,kalau kau masuk group aku,kau akan rasa lebih selamat dan kuat.Aku tak pasti yang Johnny akan sedar ataupun tak dengan keadaan dia macam tu Mingyu,"Mingyu melepaskan nafas yang berat.
TBC...🐭
Tuesday
19 October 2021
15:04 p.m.
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐋𝐂𝐎𝐔𝐓𝐇 셀쿠스 [𝐉𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠] ✓
Fanfictionꜱᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ 𝙽𝙲𝚃 🐭 - ʜɪᴅᴜᴘ ɴɪ ᴛᴀᴋ ᴀᴅɪʟ.ᴋᴇɴᴀᴘᴀ ᴅɪ ꜱᴀᴀᴛ ᴀᴋᴜ ʜɪᴅᴜᴘ ᴍᴇᴡᴀʜ,ᴀᴅᴀ ᴏʀᴀɴɢ ʟᴀɪɴ ʏᴀɴɢ ᴍᴇʀᴀꜱᴀᴋᴀɴ ᴋᴇꜱᴜꜱᴀʜᴀɴ - ᴊɪꜱᴜɴɢ - ᴍᴇꜱᴛɪ ʙᴇꜱᴛᴋᴀɴ ᴊᴀᴅɪ ᴀɴᴀᴋ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ᴘᴇᴍᴇɢᴀɴɢ ꜱʏᴀʀɪᴋᴀᴛ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴋᴇɴᴀʟ.ʏᴇʟᴀʜ ᴋᴀʏᴀ,ᴅɪ ꜱᴀɴᴊᴜɴɢ ᴛɪɴɢɢɪ, ᴅɪ ʜᴏʀᴍᴀᴛɪ,ʟᴀɪɴ ᴘᴜʟᴀ ᴏʀᴀ...