— ✯ —
Kring!!Waktu rehat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pelajar lain berpusu-pusu keluar ingin merehatkan minda dan pergi membeli makanan.
"Mikael, jom rehat," ajak Levi. Meja Mikael dituju. Dia baru saja menghantar tugas Matematik hanya melalui iPadnya. Apa susah, Google Classroom kan ada.
"Kau keluarlah dulu, nanti aku cari kau."
Apple pen di tangan Mikael masih lagi bergerak dia atas skrin gajetnya. Dia ingin segera menghantar kerja Madam Heidi. Barulah dia boleh bebas berjalan.
"Cepat sikit, aku tak ada geng."
"Ha, yalah."
Mendengar jawapan Mikael, Levi keluar dari kelas 4 Diamond. Langkahnya perlahan, bebola matanya mundar-mandir melihat sekeliling.
Seminggu telah berlalu, Levi dapat membiasakan diri dalam Scarlett. Sekarang dia ada kawan baru, Hashaf Mikael. Fizikalnya lebih tinggi sedikit daripada Levi sendiri. Mikael lebih banyak bercakap berbanding dia. Setiap kali Mikael ketawa, terserlah dua lesung pipit di pipinya.
Suasana sekolah juga boleh tahan. Uniform sekolah yang simple dan minimalist. Kemeja putih dan tie hitam untuk lelaki dan skirt hitam panjang bagi perempuan. Tudung pun warna hitam bagi pelajar perempuan Islam.
Levi dengar dari mulut Mikael yang dia terkenal di sekolah akibat blog yang dimuat naik oleh seorang pelajar. Mula-mula Levi tak percaya tapi beberapa hari ini ramai betul yang menyapa dia dan kebanyakannya bukan namanya yang disebut. Mengingatkan perkara itu, Levi mengeluh perlahan.
"Hayden!"
Seorang gadis datang berdiri di depan Levi dengan sebuah buku di tangan. Tajuk buku itu Levi baca secara terbalik di pandangan matanya. Dork diaries : Secret Crush Catastrophe. Buku yang dia nampak dekat mall sebulan lepas.
"Hai Hayden! Nama saya Elise!"
Dengan teruja Elise memperkenalkan dirinya kepada Levi. Senyuman di bibir Elise masih lagi tidak pudar.
"Er... hai. Nice to meet you."
Mata Elise memerhati tag pelajar yang disangkut pada leher Levi. Tersenget kepalanya ke kiri. Kenapa lain?
"Asyraf Levi?" soal Elise perlahan tetapi masih boleh didengar oleh Levi.
"Jadi, Hayden tu siapa? Saya salah orang ke?" soalnya lagi. Tangannya menggaru-garu kepala.
Levi tersenyum nipis. Entahlah, dia malas nak hadap benda ini lagi.
"Tak, tak. Nama penuh saya Asyraf Levi bin Qalif Hayden. Hayden tu nama ayah saya," jawab Levi.
Krik, krik.
"Aaaaaa!" Elise menutup mukanya dengan buku dan terus berlari dari situ. Dia rasa malu! Tak nak lagi dah terserempak dengan Levi.
YOU ARE READING
Silver Knight | H
Teen Fiction"People might see us as a basketball team. But for me, you guys are my family." Setiap orang tidak lari daripada membuat kesilapan. Setiap orang juga mempunyai masalah tersendiri yang tidak mampu diluahkan. Ini kisah satu kumpulan basketball. Silver...