"It's this sphere thing that brought us closer also makes us crumbles."
— ✯ —
Di dalam bilik wad 309 terbaring seorang remaja lelaki di atas katil. Matanya perlahan-lahan dibuka. Sinar cahaya daripada lampu membuatkan matanya berkelip beberapa kali.
Anaqi bangun daripada duduk. Tangan kanannya yang bersimen dilihat sayu. Telefon miliknya dicapai menggunakan tangan yang lagi satu.
10:30
Tuesday, 10 November 2020Keluhan meniti keluar dari bibir Anaqi. Kakinya menyentuh lantai, menyarung selipar yang tersedia.
Tenang Anaqi melangkah keluar. Dia berjalan perlahan dia kawasan koridor menuju ke bilik yang menempatkan Isyraf. Sedih hatinya mengingatkan keadaan kawan baiknya yang tidak dapat berjalan buat masa yang agak lama.
Anaqi ingin memujuk Isyraf. Kerana semua yang berlaku ini telah melenyapkan peluang mereka berdua untuk mara menjadi pemain bola keranjang yang handal.
Anaqi ligat berfikir kata-kata semangat yang boleh dilontarkan apabila berdepan dengan Isyraf nanti. Dalam masa yang singkat kakinya sudah pun berada di depan wad 319. Dengan lafaz bismillah, tangan kirinya menolak pintu tersebut.
Wajah yang ceria dikekalkan, demi Isyraf dia perlu kuat.
— ✯ —
Tetapi semuanya tak semudah apa yang Anaqi fikirkan.
"Diam!"
"Isyraf... dengar dulu apa aku nak cakap." Air mata Anaqi mengakur laju seperti sungai di pipi melihat kawannya bertindak seperti itu.
"Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau! Ini semua salah kau!" Isyraf hilang kawalan. Dia mencapai pasu bunga di atas meja lalu dibaling ke arah Anaqi.
Serpihan kaca berterabur di atas lantai. Seorang jururawat masuk ke dalam bilik rawatan selepas mendengar kekecohan yang berlaku. Anaqi masih statik berdiri, dia sendiri tidak kuat melihat kawannya terlantar di atas katil dengan kaki kirinya berbalut simen.
"Kau keluar! Kau bukan lagi kawan aku!" teriak Isyraf.
Jururawat tersebut menyuruh Anaqi keluar agar Isyraf tidak melakukan sesuatu yang boleh membahayakan nyawa. Anaqi keluar lalu menutup pintu. Dia berganjak ke tepi pintu, badannya disandarkan pada dinding.
Anaqi masih lagi terisak-isak menangis. Tangan kanannya yang berbalut dia pandang sekilas. Dia perlahan-lahan mencangkung, merapatkan mukanya ke dua-dua lututnya.
"Maafkan aku, Isyraf. Ini semua salah aku." Pandangan orang lain yang lalu-lalang tidak diendahkan.
"Iman... aku tak kuat. Kenapa kau tinggalkan kita orang?"
— ✯ —
"Is it actually impossible for us to become what we like before?"
YOU ARE READING
Silver Knight | H
Teen Fiction"People might see us as a basketball team. But for me, you guys are my family." Setiap orang tidak lari daripada membuat kesilapan. Setiap orang juga mempunyai masalah tersendiri yang tidak mampu diluahkan. Ini kisah satu kumpulan basketball. Silver...