+ 016

13 2 0
                                    

  — ✯ —

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— ✯ —

(chapter 15 terdelete ;-;)

"Shit... korang serius nak masuk ke?" Mikael menelan liur. Satu jeritan perempuan ketakutan kedengaran dari dalam. Mikael pandang Levi di sebelah. Levi nampak teruja.

"Penakut. Duduk tepi sanalah." Mikayla memutarkan bebola matanya ke atas. Tiba-tiba saja dia datang. Selepas dia melihat kawan abangnya beratur di barisan rumah hantu, laju saja dia mengekori. Kawannya yang lain semua sudah cabut lari, tak berani punya fasal.

"Siapa takut?" Anaqi bertanya. Dia baru saja sampai.

"Mika."

"Ehhhhh, siapa kata aku takut? Mana ada!" Mikael garu leher.

"Jom, jom masuk." Anaqi di tengah-tengah menepuk bahu Mikael dan juga Daniel.

"It will all be fine." Levi berbisik kepada dirinya sendiri.

Mereka berenam mara ke depan dengan perasaan yang berlainan. Takut ada, excited ada. Airel? Daniel sudah pegang kemas tangan lelaki itu supaya dia tidak kemana-mana.

"Airel!" panggil Dayyan. Langkah mereka terbejat lalu memandang ke arah suara jeritan itu. Seorang lelaki memegang lututnya barangkali dia sedang tercungap-cungap mencari nafas.

"Dayyan?" Mikael pelik. Dah kenapa ahli DAZE ada dekat sini?

"Airel, kat sini rupanya kau. Kau tak buka telefon kau langsung ke?" Lantas, Airel menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefon. Ada 10 missed call terpapar pada skrin.

"Sorry, silent mode. Apa hal?" Airel menjongket kening.

"Kau kena tolong kita orang. Ed, dia tak dapat datang. Sekarang tak ada siapa main bass."

"So?" Airel nampaknya masih tidak faham tujuan Dayyan mencari dia.

"Please Airel, tolong kitaorang kali ni."

"Aku main gitar aje. Kau pun tahu."

"Tak, kau tipu. Kau pandai main bass." Dayyan masih berkeras.

"Aku tak ada masa sekarang ni. Nak tak nak kau kena tolong aku jugak." Dayyan menarik tangan Airel secara paksa. Lantaklah Airel setuju atau tak. Kalau nak tunggu dia cakap ya, tahun depan agaknya.

Secara tidak langsung, Airel terlepas daripada memasuki rumah hantu. Sekejap saja, figura Airel dan Dayyan hilang daripada pandangan mereka.

"Melepaslah Airel nak merasa adrenaline rush." Anaqi menggeleng kepala.

"Weh tiba-tiba perut aku sakit. Aku pergi tandas dulu eh." Mikael melangkah cepat dengan keadaan berbongkok sambil memegang perut.

"Ah tak ada! Menipu lebih! Kau ikut sekarang." Mikayla terus tarik tangan abangnya. Mikayla dan Mikael mendahului Daniel, Anaqi dan Levi.

Silver Knight | HWhere stories live. Discover now